Konflik masyarakat dalam adaptasi drama Ayahanda berdasarkan Teori Konflik Max Weber

Authors

  • Wahidurafie Jafar Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan, Malaysia
  • Nurul Tasha Zuraimi Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan, Malaysia
  • Nur Aisyah Roslee Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan, Malaysia
  • Nurin Nadhirah Ahmad Zaki Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan, Malaysia
  • Sudirman Kiffli Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/peradaban.vol20.1.5.2025

Keywords:

adaptasi, Drama, Novel, Masyarakat Melayu, Konflik jiwa

Abstract

Pengadaptasian teks sastera ke dalam bentuk layar perak seperti filem atau drama bersiri merupakan salah satu kaedah yang berkesan dalam memberi pemahaman kepada masyarakat terhadap sesuatu karya teks sastera. Namun begitu, timbul beberapa permasalahan kajian yang membuatkan kajian ini dijalankan seperti konflik agama yang melanda masyarakat, konflik dalam ahli keluarga disebabkan keegoan diri dan kurangnya pengadpatasian karya sastera berkualiti ke bentuk layar perak. Oleh hal yang demikian, kajian ini memfokuskan kepada mengenal pasti konflik masyarakat yang ditampilkan dalam drama dan novel Ayahanda t berdasarkan Teori Konflik yang dikembangkan oleh Max Weber pada tahun 1905. Seterusnya, reka bentuk kajian ini menggunakan kualitatif deskriptif dengan menggunakan beberapa kaedah seperti kaedah kepustakaan dan carian internet berserta  menggunakan analisis teks dan analisis kandungan filem untuk mengumpul dan menganalisis data. Hasil dapatan kajian membuktikan terdapat pelbagai konflik masyarakat yang timbul dalam drama dan novel Ayahanda dan pengkaji telah membahagikan konflik-konflik tersebut kepada empat kategori iaitu konflik politik, konflik ekonomi, konflik sosial dan konflik agama. Oleh itu, sesebuah teks sastera amat penting untuk diadaptasi ke dalam bentuk layar perak agar memberi pemahaman yang jelas kepada masyarakat.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Azizi Hj. Abdullah. (1997). Ayahanda. Creative Enterprise Sdn. Bhd

Ahmad Tarmimi Siregar. (Pengarah). (2021). Ayahanda (Drama). Disney+Hotstar.

https://www.hotstar.com/my/shows/ayahanda/1260064734/replaced/1260064905/watch?filters=content_type%3Depisode

Cambridge University Press. (n.d.). Upcycling. In Cambridge dictionary. Retrieved November 10, 2023, from https://dictionary.cambridge.org/us/dictionary/english/upcycling

Dewan Bahasa dan Pustaka (Edisi Keempat). (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Max Weber. (2007). The protestant ethic and the spirit of capitalisme. Oxford University Press.

Max Weber. (2021). Basic concepts in sociology. Hassel Street Press.

Max Weber. (1993). The sociology of religion. Beacon Press

Max Weber. (2015). Weber's rationalism and modern society, tr. and ed. Tony Waters and Dagmar Waters (New York: Palgrave Macmillan); as "Politics as Vocation"

Mohamed Nazreen Shahul Hamid & Md. Salleh Yaapar. (2015). Adaptasi teks Hikayat Merong Mahawangsa kepada filem: Analisis perbandingan unsur naratif. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 8(2), 201-223.

Musliza Ahmad & Malike Ibrahim. (2014). Politik organisasi: Punca dan penyelesaian. In: 1st National Conference on Management and Communications (NCMC) 2014, 15-16 November 2014, Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur.

Rosnani Md Zain & Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi. (2018). Unsur konflik dalam novel Nenek karya Razali Endun. Malay Literature, 31(1), 124-142.

Syd Field, 1990. Lakon Layar Asas Penulisan Skrip. Diterjemah oleh Raja Omar Ibrahim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Hasmah Wan Teh & Md Salleh Yappar (2015), Pandangan S. Othman Kelantan dan U-Wei Haji Shaari terhadap masyarakat Melayu Kelantan dan Patani: adaptasi daripada novel Juara kepada filem Jogho. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 8(2), 224-244.

Downloads

Published

2025-06-10

How to Cite

Jafar, W., Zuraimi, N. T., Roslee, N. A., Ahmad Zaki, N. N., & Kiffli, S. (2025). Konflik masyarakat dalam adaptasi drama Ayahanda berdasarkan Teori Konflik Max Weber. Jurnal Peradaban Melayu, 20(1), 56-66. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol20.1.5.2025

Most read articles by the same author(s)