Makna Kerohanian dalam puisi Gitanjali oleh Rabindranath Tagore

Authors

  • Aqhari Isa Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/peradaban.vol20.1.2.2025

Keywords:

Gitanjali, hermeneutika, puisi, Rabindranath Tagore, Tuhan

Abstract

Makalah ini memfokuskan unsur-unsur mistik yang terdapat dalam puisi Gitanjali oleh Rabindranath Tagore. Beliau merakamkan pengalaman kerohaniannya dalam puisi ini untuk bertemu dengan Tuhan. Pada asalnya, puisi ini ditulis dalam bahasa Bengali kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Makalah ini akan mengguna pakai teks Gitanjali versi bahasa Melayu yang diterjemahkan oleh A. Latiff Mohidin. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis hubungan kerohanian antara manusia dengan Tuhan. Perhubungan ini akan dirungkai menerusi sebuah teori yang mampu memberi tafsiran terhadap makna-makna kerohanian yang terdapat dalam puisi tersebut. Justeru makalah ini akan mengaplikasikan aliran hermeneutika atau teori interpretasi untuk menganalisis puisi Gitanjali dari sudut representasi makna. Dengan kata lain, teori ini merupakan suatu aliran falsafah yang boleh menafsir sesuatu naskhah berdasarkan penelitian dan uji kaji. Hasil daripada analisis kajian, didapati bahawa pengalaman kerohanian Tagore terbahagi kepada empat fasa (1) pencarian Tuhan, (2) pertemuan dengan Tuhan, (3) penyatuan dengan Tuhan dan (4) perpisahan dengan Tuhan. Diharapkan agar makalah ini dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada para sarjana lain untuk meneliti makna kerohanian puisi ini dengan lebih mendalam lagi. Sehubungan dengan itu, kajian ini dapat menambah pengetahuan tentang pengaplikasian teori interpretasi terhadap karya sastera terutama puisi.

Downloads

Download data is not yet available.

References

A. Preminger & T.V.F. Brogan, eds. (1993). Hermeneutics. In The New Princeton Encyclopedia of Poetry and Poetics. New Jersey: Pricenton University Press.

Ali Ahmad, Siti Hajar Che Man & Jelani Harun. (2005). Tasawwur Islam dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Bablu Ray. (2022). A Stylistic Analysis of Tagore’s Gitanjali. Language in India, 22(5), 54-65.

Dian Rahmani Putri. (2016). Studi Pandangan Dunia dalam Karya Rabindranath Tagore, The Post Office. Jurnal Ilmu Bahasa, 2(1), 110-126.

Dian Rahmani Putri. (2017). Eksistensi Diri dan Pencipta dalam Puisi Gitanjali Rabindranath Tagore: Kajian Semiotik Riffaterre. Soshum Jurnal Sosial dan Humaniora, 7(1), 105-117.

Kamus Dewan Edisi Ketiga. (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Krishna Kripalani. (1962). Rabindranath Tagore A Biography. London: Oxford University Press.

Lalita Sinha. (2008). Unveiling the Garden of Love: Mystical Symbolism in Layla Majnun & Gita Govinda. Bloomington, Indiana: World Wisdom, Inc.

Md. Salleh Yaapar. (1989). Minda Melayu dalam Cerita-cerita Melayu Tradisional. Dewan Sastera (Disember): 41-43.

Md. Salleh Yaapar. (2002). Ziarah ke Timur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd Asri Zainul Abidin. (2011). Minda Tajdid. Di Manakah Hendak Dicari Ketenangan Hakiki? Retrived from drmaza.com/home/?p=1407.

Nasr, Seyyed Hossein. (1981). Knowledge and the Sacred. New York: Crossroad.

Rabindranath Tagore. (1986). Gitanjali. (Terj.). A. Latiff Mohidin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rany Varghese. (2020). Rabindranath Tagore’s Gitanjali: An Ecocritical Study. The Creative Launcher, 5(3), 247-256.

Reeta Dutta Gupta. (2015). Rabindranath Tagore The Poet Sublime. New Delhi: Rupa Publications India Pvt.

Richard E. Palmer. (1969). Hermeneutics. Envanston: Northwestern University Press.

Sohaimi Abdul Aziz. (2014). Dahsyatnya Kesusasteraan Memerihalkan Kehidupan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

T. Thyrhaya Zein Sinar. (2003). Pancaran Filosofis Rabindranath Tagore dan Hinduisme pada Sanusi Pane: Satu Pendekatan Genetik. Studia Kultura Jurnal Ilmiah Ilmu Budaya, 2(3), 211-228.

Zahiri. (2016). Bersederhana dalam Beribadah: Hadis 144 dan 145. Dakwah dan Pendidikan Sunnah Online Berteraskan Al-Quran dan Hadith. Retrived from https://www.uito.org/2016/08/14/bersederhana-dalam-beribadah-hadith-144-dan-145/

Downloads

Published

2025-06-10

How to Cite

Isa, A. (2025). Makna Kerohanian dalam puisi Gitanjali oleh Rabindranath Tagore. Jurnal Peradaban Melayu, 20(1), 20-29. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol20.1.2.2025