Kesesuaian Teknik Permainan Bahasa bagi Pembelajaran Kaedah Ejaan Bertema Tulisan Jawi dalam Bahasa Melayu
DOI:
https://doi.org/10.37134/peradaban.vol20.1.7a.2025Keywords:
kesesuaian, teknik permainan bahasa, kaedah ejaan bertema, tulisan JawiAbstract
Kajian ini membincangkan kesesuaian teknik permainan bahasa bagi pembelajaran kaedah ejaan bertema bahasa Melayu bertulisan Jawi. Teknik permainan bahasa yang digunakan ialah Lingkaran Kekata, Menangga Kata, Sisip Glotis, Silang Sinonim, Teka-teki, Bentuk Kata, Kata Bersilang, Teka Kata, Teka Sinonim dan Silang Kata. Pendekatan kuantitatif menerusi kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik bertujuan menganalisis pandangan responden terhadap permainan bahasa bagi pembelajaran kaedah ejaan bahasa Melayu bertulisan Jawi. Sampel kajian dipilih menggunakan persampelan bertujuan yang melibatkan 40 orang responden dari Universiti Pendidikan Sultan Idris berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) dan mendapati bahawa responden mempunyai persepsi yang positif terhadap teknik permainan bahasa ini khususnya penggunaan dua versi tulisan iaitu Rumi dan Jawi serta jenis permainan bahasa yang digunakan adalah menarik. Permainan bahasa yang paling berkesan ialah Silang Sinonim dan Menangga Kata. Kajian ini berjaya membuktikan bahawa penggunaan teknik permainan bahasa adalah bersesuaian dengan pembelajaran kaedah ejaan bertema Jawi. Oleh itu, para guru diharap dapat mengaplikasikan teknik permainan bahasa ini untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Jawi yang lebih menyeronokkan dan berkesan.
Downloads
References
Bond, T. G., & Fox, C. M. (2015). Applying the Rasch Model: Fundamental Measurement in the Human Sciences (3rd ed.). Mahwah, NJ: L. Erlbaum.
Fenny Lau Yeo Feng, Kee Guek Fen, Khoo Phau Liang & Lee Huoy Shin. (2021). Kaedah pengajaran dalam talian guru Bahasa Melayu dan motivasi murid sekolah jenis kebangsaan Cina sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ), 11(1), 57-74.
Lukas Lapu & Matius Tandikombong. (2022). Pkm peningkatan kosa kata siswa bahasa inggris dengan games untuk menunjang kemahiran Bahasa Inggris anak–anak tingkat SD di Lembang Marante, Kecamatan Sopai, Toraja Utara. TONGKONAN: Jurnal Pengabdian Masyarakat, 1(2), 80-85. https://doi.org/10.47178/tongkonan.v1i2.1759
Muhammad Izyan Bohan. (2018). Aplikasi permainan kad Su-Ka bagi menggabungkan suku kata terbuka dalam bidang Jawi sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Islam Kontemporari, 1, 95-103.
Mohd Fikruddin Mat Zin, Siti Hajar Mohamad Yusoff, Najihah Abd Wahid & Zuraidah Juliana Mohamad Yusoff. (2021). Pendekatan gamifikasi dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) Pendidikan Islam di Malaysia: Satu tinjauan ringkas. Global Journal of Educational Research and Management (GERMANE), 1(2), 69-76. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.1.9.2025
Mohd Mazhan Tamyis, Zahari Suppian & Abu Hashim Saad. (2022). Pelaksanaan bidang Jawi dalam kurikulum Pendidikan Islam: Suatu penilaian proses. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(2), 294-308. https://doi.org/10.37134/bitara.vol14.2.5.2021
Mohd Nashahrudin Mat Daud & Mohd Sobhi Ishak. (2022). Penerapan nilai patriotisme di Malaysia: Satu tinjauan literatur. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(10), 1-13. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i10.1729
Mohd Sabri Ahmad, Harun Baharudin & Nurul Solehah Mohd Zubir. (2021). Pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi (KCJ) di sekolah rendah daerah Selangau, Sarawak. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 144-153. DOI: https://doi.org/10.37134/bitara.vol14.2.5.2021
Norma Jusof & Mohd Isa Hamzah. (2020). Kemahiran guru Pendidikan Islam di sekolah rendah terhadap pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid: Satu analisa. International Journal of Education and Pedagogy (IJEAP), 2(3), 1-26.
Noorajamsha Nasrin & Azizan H Morshidi. (2018). Kecerdasan Emosi (EI) dan Perbezaan Gender dalam Pekerjaan. Jurnal Kinabalu Edisi Khas Seminar Pascasiswazah (Special Issue Postgraduate Seminar), 91-102.
Nur Hasanah, Fatimah Azzahroh & Ning Ira Faturrohmah. (2023). Upaya meningkatkan motivasi belajar siswa menggunakan media Word Search pada siswa kelas III SDIT Al-Iman. Jurnal Bintang Pendidikan Indonesia, 1(1), 188-201. https://doi.org/10.55606/jbpi.v1i1.1084
Revathi Raja Gopal, Dahlia Janan & Nasir Masran. (2022). Kekangan kemahiran membina ayat bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun empat SJKT. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(11), 1-21. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i11.1916
Sadiku L.M. (2015). The Importance of Four Skills Reading, Speaking, Writing, Listening in a Lesson Hour. European Journal of Language and Literature Studies. 1(1), 29-31.
Sarinab Ariffin @ Eduny, Saifulazry Mokhtar, Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin & Syamsul Azizul Marinsah. (2022). Pendekatan kaedah latih tubi dalam kemahiran menulis Jawi murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Ladang Sandak, Sandakan. International Journal Of Education, Psychology And Counselling (IJEPC), 7(45), 112-126. https://doi.org/10.35631/IJEPC.745009
Savitry Chelliah & Norasmah Hj Othman. (2022). Tahap penguasaan bahasa Melayu dengan pencapaian prestasi mata pelajaran perniagaan murid bukan Melayu. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(5), 1-16. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i5.1509
Suryani Garwan & Naniek Jusnita. (2020). Peningkatan penguasaan kosa kata bahasa Inggris melalui metode permainan Word Search Game di siswa kelas viii smpn 4 Kota Ternate. Edukasi, 18(1), 186-192.
Zuriani Hanim Zaini, Norjumira Abd Raof, Noorhidayah Abu Hasim, Nurul Huda Adnan & Nor Izzuani Izhar. (2022). Hubungan kemahiran komunikasi interpersonal pensyarah dengan efikasi kendiri pelajar. Jurnal Kesidang, 7, 145-159.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Sabariah Sulaiman, Nur Alia Syafikah Hamdan, Shahir Asyraf Sharuddin, Anida Sarudin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.

