Penggunaan Kata Singkatan dalam Laman Facebook “Kelab Dekorasi IKEA Malaysia”
DOI:
https://doi.org/10.37134/peradaban.vol20.2.7.2025Keywords:
kata singkatan, media sosial, laman muka buku, faktor, kesanAbstract
Kajian ini dilaksanakan bertujuan menjelaskan penggunaan kata singkatan dalam laman Facebook “Kelab Dekorasi IKEA Malaysia”. Kajian ini merupakan kajian berbentuk tinjauan yang menggunakan kaedah kualitatif dalam menganalisis data. Kajian ini juga menggunakan kaedah kepustakaan dalam mengumpul data. Instrumen yang digunakan merupakan laman Facebook “Kelab Dekorasi IKEA Malaysia”. Hasil kajian menunjukkan terdapat banyak kata singkatan yang digunakan dalam Facebook “Kelab Dekorasi IKEA Malaysia” seperti brp, hrga, mntk, tlg, diorg, dtg, dan sebagainya. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan kata singkatan didorong oleh faktor pengetahuan yang lemah dalam bahasa, kebebasan di media sosial dan pengaruh media dan rakan sebaya. Selain itu, dapatan kajian mendapati bahawa kesan penggunaan bahasa singkatan ini adalah seperti mencemarkan martabatkan bahasa Melayu, menyebabkan kekeliruan bahasa dan menjejaskan prestasi akademik pelajar. Dari segi implikasi, kajian ini dapat mengetengahkan kepentingan menggunakan bahasa yang betul, tepat dan gramatis dalam usaha mengekalkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, selain mengelak kekeliruan berbahasa daripada berterusan pada masa hadapan.
Downloads
References
Abdul Rasid Jamian dan Siti Nur Aisyah Hassan. (2021). Kerancuan bahasa Melayu dalam media sosial: Analisis linguistik terhadap penulisan pengguna Facebook. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(2), 45–58.
Ainal Akmar Ahmad et al. (2016). Kesantunan bahasa semasa berkomunikasi di laman sosial. International Conference on Government & Public Affairs 2016 (ICOGPA2016), 5–6 Oktober 2016, School of Government, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia.
Chew Fong Peng. (2016). Masalah pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 10–22.
Chong Seck Chim. (2004). All about texting, SMS, and MMS. Diperoleh pada 15 Mac 2022 daripada https://www.textually.org/textually/archives/cat_do_you_speak_sms.htm
Fatimah Akmal dan Ali Salman. (2015). Partisipasi politik belia secara ‘online’ melalui ruang demokrasi maklumat media baharu. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(1), 81–100.
Fazren Amat Pandi. (2011). Pencemaran bahasa dalam kalangan pelajar. Diperoleh pada 21 Disember 2016 daripada http://fazren91.blogspot.my/2011/11/pencemaranbahasa-dalam-kalangan.html
Frindah Selawati Pandiangan dan Mimi Rosadi. (2023). Analisis dialek dalam bentuk bahasa percakapan dalam Film “Imperfect” karya Meira Anastasia. Journal of Educational Research and Humaniora (JERH), Vol. 1. No.3, 47-58.
Gamba, R. (2004). Digital media news for Europe. Diperoleh pada 15 Mac 2022 daripada https://www.dmeurope.com/default.asp?ArticleID=1862
Kalbin Salim. (2018). Pengantar Kajian Kualitatif. Diperoleh pada 22 Disember 2025 daripada https://www.researchgate.net/publication/328736941_Pengantar_Kajian_Kualitatif
Masitah Muhammadin, Rohaidah Kamaruddin dan Sharil Nizam Sha’ri. (2018). Penggunaan bahasa Melayu pada papan nama premis perniagaan di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu. International Journal of the Malay World and Civilisation, 6(1), 41–50.
M. S. Nik Puteri Fatin Nor’ain dan Maslida Yusof. (2024). Bahasa singkatan dalam komunikasi di media sosial dalam kalangan Generasi Z. Jurnal Linguistik, Vol. 28(2), 75-89.
Nadzrah Abu Bakar, Norsimah Mat Awal dan Nor Hashimah Jalaluddin. (2011). Investigating Malay language writing proficiency level among upper secondary school students. GEMA Online® Journal of Language Studies, 11(2), 39–51.
Nazifah Hamidun, et al. (2017). Workplace communication technology focusing on implementing accurate language in emails. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(4), 218–233.
Nik Lah, et al. (2019). Media sosial dan impak kepada perkembangan bahasa menurut Islam. dalam K. A. Jasmi (Ed.), Prosiding Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19) (hlm. 195–210).
Norazleen Mohd Nor et al. (2011). Media baharu dan demokrasi di Malaysia: Ke arah perpaduan nasional. Persidangan Kebangsaan Perpaduan Nasional, Kuala Lumpur.
Nor Azida Sabri et al. (2020). The usage of English internet slang among Malaysians in social media. Selangor Humaniora Review, 4(1), 15–29.
Nur Azlina Jalaluddin dan Nurhasyinda Shahidan. (2017). Modenisasi bahasa di kalangan Gen Z. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan Kali Ke-2, 26–27 April, Selangor.
Nurul Ain Alizuddin dan Nik Nur Athirah Nik Mohd Arif. (2021). Analisis kesalahan bahasa dalam penulisan bahasa Melayu pelajar antarabangsa. International Social Science and Humanities Journal, 4(1), 113 -127.
Peyona Mokhtar. (2025). Pengaruh Media Sosial terhadap Penguasaan Bahasa Melayu dalam Masyarakat. Diperoleh pada 23 Disember 2025 daripada https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2025/05/31/18453/
Rozali Rejab. (2012). Kerancuan bahasa Melayu baku pelajar Lundayeh. Diperoleh pada 25 Januari 2022 daripada http://cikgu-rozali.blogspot.com/2012/06/kerancuan-bahasa-melayu-baku-pelajar.html
Soo Ruey Shing. (2025). Textism in digital communication: Usage of internet slang in social media among bilingual Malaysian youths. Malaysian Journal of Communication, 41(1), 55–72.
Tay Meng Guat. (2011). Analisis linguistik terhadap penggunaan bahasa SMS dalam kalangan guru pelatih. Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang, 10, 1–26.
Wan Amizah Wan Mahmud dan Muhammad Adnan Pitchan. (2017). Media baharu dan institusi raja di Malaysia: Kes penghinaan raja-raja di media sosial. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(1), 406–422.
Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2017). Pengaruh faktor sosial dalam pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Iban. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 74–84.
Yusriman. (2025). Interaksi sosial dalam era digital: Dampak teknologi terhadap hubungan manusia. Jurnal Dinamika Sosial Dan Sains. Volume. 2 No.2, 454-461.
Zaidi Ismail. (2012). Bahasa Melayu dalam media baharu: Sejauh manakah diutamakan? Dewan Bahasa, Jun 2012. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaitul Azma Zainon Hamzah et al. (2019). Adakah teknologi digital menghalang kecekapan berkomunikasi antara generasi? E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, 67–72.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Lokman Hakim Abdullah, Azizah Ligaspi, Nur Farahkhanna Mohd Rusli

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.

