Kearifan Tempatan dalam Kulit Buku Sastera Kanak-kanak Terpilih Terbitan PTS

Authors

  • Tengku Intan Maslina Tengku Mohd Ali Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
  • Madiawati Mamat@Mustafa Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
  • Rohayati Junaidi Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/peradaban.vol15.3.2020

Keywords:

Kearifan tempatan, PTS Publishing House Sdn. Bhd, sastera kanak-kanak, penerbitan sastera kanak-kanak

Abstract

Cerita kanak-kanak dalam penerbitan sastera kanak-kanak semakin berkembang pesat seiring dengan perubahan zaman dan kepesatan dunia dalam arus teknologi maklumat. Perkembangan pesat teknologi turut memberi kesan positif terhadap perubahan reka bentuk (design) kulit buku dalam penerbitan sastera kanak-kanak pada masa kini. Reka bentuk kulit buku kanak-kanak dihubungkan dengan konsep kearifan tempatan. Oleh hal yang demikian, makalah ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah reka bentuk kulit buku sastera kanak-kanak di Malaysia menerapkan ciri-ciri kearifan tempatan?  Kearifan tempatan merangkumi adat budaya, agama dan kepercayaan, cara hidup dan ilmu pengetahuan yang menjadi pegangan dari zaman berzaman dan identiti sesebuah masyarakat. Bahan kajian ini menggunakan reka bentuk kulit buku siri Young Aisyah dan Penulis Tunas Super yang diterbitkan oleh PTS Publishing House Sdn. Bhd. Justifikasi pemilihan ini kerana Syarikat PTS antara syarikat yang aktif menerbitkan buku sastera kanak-kanak di Malaysia. Kajian ini menggunakan konsep kearifan tempatan yang dikemukakan oleh Geertz (1973), Hiwasaki et al. (2014), Suraya Sintang, Khadijah Mohd Hambali @ Khambali (2015) dan The Center of Folklore Research (2007). Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah perpustakaan dan analisis teks. Dapatan kajian memperlihatkan reka bentuk kulit buku sastera kanak-kanak terbitan Syarikat PTS masih mempunyai ciri-ciri kearifan tempatan walaupun tidak secara keseluruhannya. Kesimpulannya, reka bentuk kulit buku cerita kanak-kanak dapat menjadi medium untuk memperkenalkan dan mengangkat kearifan tempatan yang menjadi identiti dan kemegahan bangsa.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Alhafizh Mahardika. (2017). Penanaman karakter bangsa berbasis kearifan lokal di sekolah. Jurnal Pendidikan Kewarganegaraan. Vol. 7 (2), 16-27.

Annual Report on the Social and Economic Progress of the People of Straits Settlement for the Year 1931 dalam CO.573/577, hlm. 46.

Arba’ie Sujud, Nurul Azimah Abdull Sedik, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi & Intan Zahariah Gaisun. (2014). Ekspresi emosi melalui bahan bacaan sastera kanak-kanak. Jurnal Melayu, 13, 72-84.

Ayu Nor Azilah Mohamad, Mohamed Ali Haniffa & Wayu Nor Asikin Mohamad. (2017). Hang Tuah lambang peradaban Melayu. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Special Issue, 20-34.

Badlihisham Mohd Nasir. (2012). Islam dan dakwah dalam zaman kebangkitan awal Islam dan era penjajahan Barat di Tanah Melayu. Islamiyyat, 34, 5-12.

Christine Suharto Cenadi. (1999). Elemen-elemen dalam desain komunikasi visual. Nirmana, Vol. 1 (1), 1-11.

Geertz, C. (1973). The interpretation of cultures: Selected essay. United States: Basic Books, Inc. Publishers.

Hadijah Rahmat. (2006). Peranan dan perkembangan sastera kanak-kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hanafi Mohd Tahir, Normah Mustaffa & Wan Amizah Wan Mahmud. (2018). Peranan visual reka bentuk kulit buku terhadap kemudahbacaan khalayak. Jurnal Komunikasi, 34 (4), 271-284.

Hanafi Mohd Tahir. (2016). Kemudahbacaan dan kebolehbacaan tipografi dan visual terhadap reka bentuk kulit buku. Dalam Muhamad Abdul Aziz AB Gani & Andang Iskandar (Eds.), Jurnal Seni & Budaya Malaysia. Indonesia (hlm. 58-63). Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak, Malaysia: Fakulti Seni Lukis & Seni Reka.

Hashim Musa, Normahdiah Sheik Said, Rozita Che Rodi & Siti Sarah Ab Karim. (2012). Hati budi Melayu: Kajian keperibadian sosial melayu ke arah penjanaan Melayu gemilang. Gema Online™ Journal of Language Studies, Vol. 12(1), 163-182.

Hiwasaki, L., Luna, E., Syamsidik & Marcal, J.A. (2014). Local and indigenous knowledge on climate-related hazards of coastal and small island communities in Southeast Asia. Climatic Change (2015), 128, 35-56.

Khaleda Irdina Batrisya. (2017). Puteri Berlian. Selangor: PTS Publishing House Sdn. Bhd.

Lawrence Dino. (2007). Pembangunan tarian tradisional zapin di Sarawak dalam memartabatkan seni tari Melayu Sarawak. Universiti Malaysia Sarawak, Sarawak.

Mohamed Anwar Omar Din. (2011). Asal-usul orang Melayu: Menulis semula sejarahnya. Jurnal Melayu, 7, 1-82.

Mohd Jirey Kumalah, Gusni Saat, Jabil Mapjabil, Rosazman Hussin, Teuku Afrizal & Mustapa Abu Talip. (2015). Kearifan tempatan dan potensinya sebagai tarikan pelancongan berasaskan komuniti: Kajian kes komuniti Bajau Ubian di Pulau Mantanani, Sabah. Malaysian Journal of Society and Space, Vol. 11(12), 112-128.

Mohd Yusof Abdullah. (2015). Bicara dunia Melayu: Tradisi pelayaran Melayu. Kertas ini dibentangkan dalam Bicara Dunia Melayu, Tradisi Pelayaran Melayu di Jabatan Muzium Malaysia pada 29 Oktober 2015.

Norhayati Ab Rahman. (2014). Manifestasi kearifan masyarakat Melayu tradisional dalam karya sasterawan Fatimah Busu. Dalam Rahimah A. Hamid, (Ed.), Kearifan Tempatan: Pandainya Melayu dalam Karya Sastera (pp.139-153). Pulau Pinang, Malaysia: Penerbit Universiti Sains.

Nur Afiqah. (2016). P.A. Eksklusif. Selangor: PTS Publishing House Sdn. Bhd.

Nur Alia Irdina. (2017). Cik Diva Menari di London. Selangor: PTS Publishing House Sdn. Bhd.

Nur Nabihah. (2017). Persahabatan Dunia Ratu Berlian. Selangor: PTS Publishing House Sdn. Bhd.

Pengeran Mohd Pengeran Abd Rahman. (1992). Islam di Brunei Darusslam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rasmawati (Ed.). (2017). Ayahku Superhero. Selangor: PTS Publishing House Sdn. Bhd.

Rasmawati (Ed.). (2016). Sukan. Selangor: PTS Publishing House Sdn. Bhd.

Reja. (2015). Young Aisyah: Hari Kantin. Selangor: PTS Publishing House Sdn. Bhd.

Rozita Che Rodi & Hashim Musa. (2016). Tradisi maritim melayu yang hampir lenyap. Persidangan Antarabangsa Pengajian Alam Melayu 2016, 19-20 September 2016, Royal Asiatic Society, London. Anjuran Bersama Institut Alam dan Tamadun Melayu, ATMA, UKM, Dewan Bahasa dan Pustaka & Department of South East Asia, SOAS, University of London.

Salinah Jaafar. (2017). Unsur alam dan masyarakat dalam teks terjemahan bahasa Melayu Surah Arrahman. Diakses pada 21 Jun 2020 dari https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00001278_155188_66645.pdf.

Saridah Hamid & Reja. (2019). Young Aisyah: Rombongan Sekolah. Selangor: PTS Publishing House Sdn. Bhd.

Saridah Hamid & Reja. (2019). Young Aisyah: Juara Kampung Badak Berendam. Selangor: PTS Publishing House Sdn. Bhd.

Saridah Hamid & Reja. (2019). Young Aisyah: Cuti Sekolah. Selangor: PTS Publishing House Sdn. Bhd.

Saridah Hamid & Reja. (2019). Young Aisyah: Sayang Cikgu. Selangor: PTS Publishing House Sdn. Bhd.

Shaharuddin Pangilun & Farhah Zaidar Mohamed Ramli. (2017). Penyebaran dan perkembangan islam di alam Melayu. Persidangan Antarabangsa Pengajian Islamiyyat Kali Ke-3 (IRSYAD2017). Diakses pada 21 Jun 2020 dari http://conference.kuis.edu.my/irsyad/images/eproceeding/2017/1015.pdf.

Siti Norlina Muhamad, Ahmad Kilani Mohamed, Zulkifli Haron & Siti Aisyah Abdul Rahman. (2004). Budaya penyayang dalam kehidupan masyarakat Islam: Antara teori dan praktis. Diakses pada 21 Jun 2020 dari http://repo.uum.edu.my/1804/1/7.pdf.

Siti Haliza Yusop. (2017, September 28). Kerja rekaan kulit buku dipandang sebelah mata. Diakses pada 21 Jun 2020 dari https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2017/09/331281/kerja-rekaan-kulit-buku-dipandang-sebelah-mata.

Smith, J. D. (2019). The important of cover design. Writers & Artists: The Insider Guide to the Media. Diakses pada 21 Jun 2020 dari https://www.writersandartists.co.uk/self-publishing/articles/608/design-and-formatting.

Suraya Sintang, Khadijah Mohd Hambali @ Khambali. (2015). Budaya kenal-mengenal sebagai nilai kearifan tempatan di Sabah. Dalam Nazarudin Zainun (Ed.), Antropologi dan sejarah dalam kearifan tempatan (pp.94-100). Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

The Center of Folklore Research, Faculty of Arts. (2007). Local wisdom protection fieldwork. Bangkok: Chulalongkorn University.

Wilson, R., Landoni, M. & Gibb, F. (2014). Guidelines for designing electronic books. Diakses pada 21 Jun 2020 dari file:///C:/Users/Administrator/Downloads/Guidelines_for_Designing_Electronic_Books.pdf.

Downloads

Published

2020-12-30

How to Cite

Tengku Mohd Ali, T. I. M., Mamat@Mustafa, M., & Junaidi, R. (2020). Kearifan Tempatan dalam Kulit Buku Sastera Kanak-kanak Terpilih Terbitan PTS. Jurnal Peradaban Melayu, 15, 22–37. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol15.3.2020