Perbandingan Umum antara Bahagian Dasar Struktur Kuno di Lembah Bujang, Pulau Jawa dan Selatan Thailand

Authors

  • Meljev Singh Sidhu MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.37134/peradaban.vol16.1.2.2021

Keywords:

Lembah Bujang, dasar struktur, Takuapa, Yarang, Batujaya, Cibuaya

Abstract

Bahagian dasar bangunan merupakan bahagian bangunan yang jarang diberi perhatian oleh para pengkaji yang lazimnya memberi perhatian kepada tinggalan yang terdapat di bahagian atas tanah.  Artikel ini mengkaji dasar struktur kuno yang terdapat Lembah Bujang di Kedah, Batujaya di Jawa serta Takuapa di selatan Thailand untuk menentukan sama ada wujudnya peralihan teknologi di antara ketiga-tiga petempatan ini. Perbandingan hanya boleh dibuat dengan membandingkan penulisan ahli arkeologi yang telah mengkaji struktur kuno ini, memandangkan struktur kuno di Lembah Bujang telahpun musnah sepenuhnya. Jenis bahan yang digunakan telah dikaji dan perbandingan telah dibuat di antara tapak-tapak di Lembah Bujang sendiri dan juga dengan Takuapa dan Batujaya. Kajian ini mendapati bahawa tidak terdapat persamaan di antara bangunan-bangunan berbeza di Lembah Bujang. Kajian ini juga mendapati bahawa tiada bukti terdapat persamaan di antara dasar bangunan di Lembah Bujang, Batujaya ataupun di Takuapa. Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat peralihan teknologi di antara ketiga-tiga petempatan ini. Ini menunjukkan bahawa teknologi pembinaan di petempatan ini telah berkembang secara berasingan.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Allen, J. (1988). Trade, transportation and tributaries: Exchange, agriculture and settlement distribution in early historic-period Kedah, Malaysia. (Tesis tidak diterbitkan).

Chaisuwan, B. & Naiyawat, R. (2009). Thung Tuk: A settlement linking together the maritime silk route. Bangkok: Department of Fine Arts.

Evans, I. H. N. (1927) Papers on the Ethnology and Archaeology of the Malay Peninsula. New York: AMS Press.

Hasan Djafar. (2010) Kompleks Percandian Batujaya Rekonstruksi Sejarah Kebudayaan Daerah Pantai Utara Jawa Barat. Jakarta: Penerbit Kiblat Buku Utama.

Jacq-Hergoualch, M. (1992). “La Civilisation de Ports-Entrepots du Sud Kedah (Malaysia) V-XIV Siecle”. Paris: L’Harmattan.

Jacq-Hergoualch, M. (2002). The Malay Peninsula Crossroads of the Maritime Silk Road (100 BC- 1300 AD). Leiden: Brill.

Lamb, A. (1960). Report on the excavation and reconstruction of Candi Bukit Batu Pahat Central Kedah. Federations Museum Journal No.5. Kuala Lumpur: Museums Department.

Manguin, P., & Agustijanto Indrajaya. (2004). “The archaeology of Batujaya (West Java, Indonesia): An interim report” in Uncovering Southeast Asia’s Past: Selected Papers from the 10th International Conference of the European Association of Southeast Asian Archaeologists. Singapore: NUS Press.

Meljev, S. S. (2018). Building materials and structural foundations in the Bujang Valley and comparisons with four regional settlements. Tesis PhD (tidak diterbitkan).

Quaritch-Wales, H. G. & Wales, D. C. (1940). “Archaeological Research on Ancient Indian Colonization in Malaya” dalam Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society Volume 18 Part 1. 1-47.

Stargardt, J. (1973). “The extent and limitations of Indian influences on the protohistoric civilizations of the Malay Peninsula” in South Asian Archaeology” Papers from the First International Conference of South Asian Archaeologists held in the University of Cambridge. London: Gerald Duckworth and Company Limited.

Sullivan, M. (1957). “Raja Bersiong’s Flagpole Base. A Possible Link between Ancient Malaya and Champa” dlm. Artibus Asiae Vol. 20 No. 4 (1957). 289-295.

Sullivan, M. (1958). “Excavations in Kedah and Province Wellesley, 1957” dlm. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society Volume 31. No. 1 (May 1958). 188-219.

Published

2021-06-23

How to Cite

Sidhu, M. S. (2021). Perbandingan Umum antara Bahagian Dasar Struktur Kuno di Lembah Bujang, Pulau Jawa dan Selatan Thailand. Jurnal Peradaban Melayu, 16(1), 9–18. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol16.1.2.2021