Manifestasi Penciptaan Pantun Berlagu dalam Cerita Rakyat Negeri Pahang

Authors

  • Nor Sahara Mesman Pusat Bahasa dan Pengajian Umum, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.37134/peradaban.vol17.1.4.2022

Keywords:

Pantun, Teori Pengkaedahan Melayu, Identiti, Cerita Rakyat, Identiti, Cerita Rakyat, Negeri Pahang

Abstract

Makalah ini membincangkan berkaitan penciptaan pantun yang disampaikan secara berlagu menerusi cerita rakyat di Negeri Pahang. Pantun ini dicipta mengikut kreativiti penutur dengan menggabungkan unsur keindahan dan menonjolkan identiti penciptanya. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual dan rakaman untuk mendapatkan data. Data yang diperoleh akan dikategorikan mengikut perlambangan identiti masyarakat Melayu. Dari segi pemilihan tema berfokus kepada aspek keagamaan dan bermotif kepada objek, hari, serta alam. Rangkuman unsur keindahan ini diadun mengikut ciri-ciri pembayang dan maksud agar bertepatan dengan nasihat yang hendak disampaikan. Oleh itu, bagi menarik minat pendengar pantun ini didendangkan secara berlagu menggunakan rentak irama asli sama ada Dondang Sayang dan sebagainya. Berasaskan kepada Teori Pengkaedahan Melayu, kajian ini digarap dengan menggunakan pengkaedahan alamiah dan pendekatan dakwah serta pengkaedahan keagamaan melalui masyarakat dan seni. Hasil penelitian kajian mendapati masyarakat Melayu perlu berpegang teguh kepada ajaran agama untuk kehidupan yang lebih baik. Justeru, penciptaan pantun ini dijadikan sebagai medium penyampaian untuk mencerminkan manisfestasi pemikiran dan kebijaksanaan bangsa Melayu.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Airil Haimi Mohd Adnan & Indrani Arunasalam Sathasivam Pillay. (2020). The Malay Language ‘Pantun’ of Melaka Chetti Indians in Malaysia: Malay Worldview, Lived Experiences and Hybrid Identity. International Journal of Comparative Literature and Translation Studies. 8. 15-21. Doi. 10.7575/aiac.ijclts.v.8n.2p.15.

Hashim Awang. (2002). Teori Pengkaedahan Melayu dan Prinsip Penerapannya. Bengkel Teori Sastera, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur di Riviera Bay Resort, Melaka pada 28-29 Jun.

Mohd Asri Che Ibrahim & Shukeri Mohamad. (2018). Pelaksanaan dasar kesenian di Negeri Kelantan dari tahun 1990 hingga 2015: Analisis menurut siasah syar‘Iyyah. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 17, 24-40.

Nirwana Sudirman & Zulkifley Hamid. (2016). Pantun Melayu Sebagai Cerminan Kebitaraan Perenggu Minda Melayu. Jurnal Melayu, 15(2), 145-159. Diperoleh daripada http: // journalarticle.ukm.my/9964/1/16184-45371-1-SM.pdf.

Norazimah Zakaria, Azlina Abdullah, Sharifah Zarina Syed Zakaria, Mimi Hanida Abdul Mutalib , Alizah Lambri, Siti Salwa Jamaldin , Mashitah Sulaiman & Rosmah Derak. (2017). Akal Budi dan Cerminan Jati Diri Melayu dalam Pantun. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 4(2), 89-97.

Nordiana Ab Jabar & Nurul Ain Mohd Bukhari. (2018). Hubung Kait Pembayang dan Maksud Pantun Pak Nazel dari Perspektif Ekologi. Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN), 6, 171-189.

Nur Salihah Mohamad & Salmah Jan Noor Muhammad. (2019). The Implications of Pantun in Moulding the Identity of the Malay Community. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 9(5), 1113–1120. DOI: 10.6007/IJARBSS/v9-i5/6799.

Siti Hajar Che Man. (2013). Kelestarian Pantun: Rencah dan Leluhur Bangsa Dulu, Kini dan Selamanya. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman), 1(1),75 – 81. Diperoleh daripada http://journalarticle.ukm.my/6395/1/IMAN1_6.pdf.

Zikmal Fuad. (2015). Pendekatan Dakwah Melalui Seni oleh Shaykh Muim Al-Wahhab. Jurnal Pengajian Islam, 8(3), 1-19.

Published

2022-06-23

How to Cite

Mesman, N. S. (2022). Manifestasi Penciptaan Pantun Berlagu dalam Cerita Rakyat Negeri Pahang . Jurnal Peradaban Melayu, 17(1), 27–34. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol17.1.4.2022