Amalan dan Kepercayaan Tradisi Pemakaian Sunduk Masyarakat Dusun Tindal di Sabah

Authors

  • Salbiah binti Kindoyop Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA
  • Nurul Aisyah binti Othman Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.37134/peradaban.vol16.2.2.2021

Keywords:

Amalan, Kepercayaan, Pemakaian, Sunduk, Dusun Tindal

Abstract

Amalan adalah sesuatu yang dilakukan sebagai suatu kebiasaan dan kepercayaan pula adalah keyakinan yang membenarkan sesuatu, iman dan iktikad mengenai sesuatu (Kamus Dewan, 2005). Amalan dan kepercayaan masyarakat Dusun Tindal terhadap pemakaian sunduk atau surunduk merupakan suatu kebiasaan dan keyakinan mereka terhadap amalan yang telah diwarisi daripada nenek moyang. Sunduk adalah salah satu bahagian yang terdapat dalam pakaian tradisional wanita masyarakat Dusun Tindal di Kota Belud, Sabah. Sunduk dipakai untuk menutup bahagian kepala dan sebagai pelindung daripada cahaya matahari. Dalam majlis perkahwinan, pengantin wanita juga akan memakai sunduk sebagai penambah seri dalam kecantikannya. Selain itu, sunduk juga digunakan oleh para Bobolian (pengamal ritual) ketika mengadakan upacara ritual. Menurut kepercayaan masyarakat Dusun Tindal, pemakaian sunduk dalam kalangan wanita bukan sahaja dapat menjaga kulit wajah tetapi dipercayai mempunyai roh yang memudahkan bobolian untuk berhubung dengan kuasa ghaib. Kajian melalui kaedah kerja lapangan dan penelitian ini akan mendokumentsikan amalan dan kepercayaan penggunaan sunduk dalam kehidupan masyarakat Dusun Tindal.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Benedict Topin. 1996. Sharing on Kadazandusun Culture. Sabah: KDCA.

Irene Benggon-Charutuks. 1992. Cultures, Customs and Traditionas of Sabah. Kota Kinabalu: Sabah Tourism Promotion Corporation.

Ismail Hj Ibrahim, Jane Wong Kon Ling. 2002. Warisan Seni Etnik Sabah. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Mohd. Razalee bin Goroh @ Symin bin Goroh.1982. Titian adat istiadat kaum Dusun/Kadazan, Kota Belud. Kota Kinabalu: Sabah State Museum. REPEAT AUTHOR

Mohd. Razalee bin Goroh @ Symin bin Goroh.1986. Panduan adat-istiadat suku Dusun/Kadazan, Kota Belud. Kota Kinabalu: Muzium dan Arkib Negeri Sabah.

Rita Lasimbang. 1997. An Introducation to the Traditional Costum of Sabah. Kota Kinabalu Sabah: Natural History Publicition.

Saidatul Nornis Hj Mahali. 1999. Bahasa dan Alam Pemikiran Masyarakat Bajau. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Published

2021-12-30

How to Cite

Kindoyop, S. binti, & Othman, N. A. binti. (2021). Amalan dan Kepercayaan Tradisi Pemakaian Sunduk Masyarakat Dusun Tindal di Sabah. Jurnal Peradaban Melayu, 16(2), 13–19. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol16.2.2.2021