Akal Budi Melayu dalam Karya M. Nasir

Authors

  • Hairul Anuar Harun Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Mohd Azam Sulong Fakulti Muzik & Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/peradaban.vol18.2.2.2023

Keywords:

akal budi Melayu, lirik lagu, Canggung Mendonan, Phoenix Bangkit;, M. Nasir

Abstract

Akal budi dalam konteks Melayu merupakan konsep yang dikenal pasti melalui pandangan kearifan cara bangsa Melayu berfikir dan berpekerti. Akal budi Melayu dapat dilihat dengan mengkaji karya kesusasteraan dan hasil seni bangsa yang mempunyai nilai kebijaksanaan. Pembangunan aspek akal budi juga merupakan unsur kemanusiaan yang penting bagi setiap insan mahupun bangsa, agama dan negaranya. Penulisan lirik lagu juga merupakan salah satu cabang kesusasteraan yang jarang diperkatakan kerana ia bersifat popular namun sebahagiannya masih mengandungi nilai estetika malah mempunyai bahasa sastera yang tinggi serta mampu mencabar pemikiran khalayak. Untuk membuktikan bahawa lirik lagu juga mampu mendewasakan pemikiran, ilmu ketamadunan, serta mempunyai nilai akal budi Melayu yang tinggi, kajian ini akan memberi tumpuan kepada karya-karya seorang seniman yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia iaitu M. Nasir. Sebanyak lapan buah lirik lagu hasil ciptaan sepenuhnya M. Nasir di dalam album Canggung Mendonan dan Phoenix Bangkit, dianalisis dan dihuraikan dengan memberi fokus terhadap unsur falsafah bangsa dan alam, serta mengaitkannya dengan kata hikmah dan kisah inspirasi, melalui perspektif akal budi Melayu yang menjadi teras kepada penyelidikan ini. Dapatan telah menemukan bahawa seniman M. Nasir berjaya mencorakkan pemikirannya dengan menggabungkan unsur falsafah yang dipengaruhi faktor keilmuan seniman dalam menghasilkan karya-karya bermutu dengan cara yang penuh estetika, berhikmah, berinspirasi, bermakna dan bermanfaat.

Downloads

Download data is not yet available.

References

A. Susanto (2017). Filsafat ilmu suatu kajian dalam dimensi ontologis, epistemologis dan aksiologis. Jakarta: Bumi Aksara.

Aidh Al-Qarni (2013). Kebahagiaan ada pada diri anda. (Syahrin bin Jasah & Muhammad Akhyar, Penterjemah). Kuala Lumpur: Pustaka Al-Shafa.

Akmal Abdullah (2009, Mac 1). Mungkin konsert solo terakhir M Nasir? Berita Minggu.

Awang Sariyan (2016). Asas falsafah dan pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ayu Rini (2008). Ensiklopedia fenomena alam. Yogyakarta: Pinus Book Publisher.

Baharudin Ahmad (2008). Rangkaian sastera sufi. Kuala Lumpur: ISTAC.

Gugun El Guyanie (2021). Syekh Siti Jenar - Sejarah, ajaran dan kisah kematian yang kontroversial. Yogyakarta: Penerbit Araska.

Hassan Ahmad (2009). Ke luar jendela. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

HM Tuah Iskandar (2004). Membina jati diri gemilang. Shah Alam: Karya Bestari.

Junaini Kasdan & Nor Hashimah Jalaluddin. (2018). ’Ikan di laut asam di darat, di dalam kuali bertemu jua': Analisis semantik inkuisitif dalam kiasan, kognitif dan akal budi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Junaini Kasdan (2020). Penciptaan istilah dan akal budi Melayu. International Journal of the Malay World and Civilisation, 8(1), 3-16.

Koleksi Mutiara Hadis (2014). Diperoleh April 1, 2024 daripada http://www.hadis.my/

M. Nasir (2024, Mac 18). Transkrip temu bual bersama M. Nasir. Tesis Doktor Falsafah Hairul Anuar Harun. Institut Peradaban Melayu. Universiti Pendidikan Sultan Idris. (Tidak diterbitkan).

Mana Sikana (1996). Falsafah dan seni kreatif Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maniyamin Ibrahim (2006). Menggali keintelektualan silam membina seni masa kini, dalam Persuratan dan peradaban nasional, (Mohamad Saleeh Rahamad, S.M. Zakir Eds., Penyelenggara) Kuala Lumpur: PENA.

Mohd Azam Sulong (2016). Unsur-unsur gaya bahasa dalam seni kata lagu Melayu Terbaik karya cipta M. Nasir. Kertas Kerja dibentangkan pada Seminar Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu Asean ke-3. Universiti Fatoni, Thailand. 25-26 Mei 2016.

Mohd Azam Sulong (2019). Estetika lagu-lagu Melayu popular berdasarkan aspek seni kata dan melodi lagu. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tesis Doktor Falsafah. (Tidak diterbitkan).

Mohd Yusof Hasan (2009). Pemikiran global sasterawan negara Shahnon Ahmad. Tanjong Malim: Penerbit UPSI.

Muhammad Zaairul Haq (2011). Faridudin ‘Attar dan kisah-kisah hikmahnya. Bantul: Kreasi Wacana.

Mustafa Mohd Isa (1992). Pengaruh Islam dan pembinaan kesusasteraan Melayu Klasik bercorak Islam di Nusantara, dalam Sastera sufi, (Baharudin Ahmad, Penyelenggara). KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Naim Tamdjis (2020). Manuskrip Melayu yang hilang. Kuala Lumpur: Patriots Publishing.

Ninian Smart (2015). Falsafah Dunia. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Buku Malaysia.

Payatt (2017, Disember 23). M. Nasir yang versatil. Harian Metro, 8.

Raja Iskandar bin Raja Khalid (2020). Perkembangan muzik popular di Malaysia – satu tinjauan sejarah tahun 1900-1969 dalam Muzik independen (S.O. Husain, Nur Hanim & Mohamad Huzaifah, Penyelenggara). Ipoh: Kampung Karyawan Amanjaya.

Shamsudin Othman, Azhar Md Sabil & Ghazali Lateh (2015). Pemikiran akal budi dan sosiobudaya Melayu dalam pendidikan kesusasteraan Melayu. International Journal of Education and Training (InjET), 1(2), 1-10.

Supyan Hussin (2018). Inclusiveness of Malay, Islam and its contribution to modern civilization development. Plenary paper dibentangkan pada Batu Sangkar International Conference III, Institut Agama Islam Negeri Batu Sangkar, Sumatera Barat, Indonesia, 15 Oktober 2018.

Suroso & Puji Santosa (2009). Estetika sastera, sasterawan & negara. Yogyakarta: Pararaton Publishing.

Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu (2007). Diperoleh April 1, 2024 daripada http://www.surah.my/

Downloads

Published

2023-12-31

How to Cite

Harun, H. A., & Sulong, M. A. (2023). Akal Budi Melayu dalam Karya M. Nasir . Jurnal Peradaban Melayu, 18(2), 10–26. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol18.2.2.2023