Inovasi Smart RoMat dalam meningkatkan penguasaan operasi tambah bagi pembelajaran matematik sekolah rendah
DOI:
https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol15.1.1.2025Keywords:
Robot matematik, pembelajaran abad ke-21, STEM, Operasi tambah, murid pemulihanAbstract
Matematik menjadi subjek yang digeruni oleh pelbagai peringkat umur seawal usia menjejaki kaki di sekolah rendah. Murid sekolah rendah diberi latih tubi dari masa ke semasa dengan memperkenalkan konsep operasi dalam matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Pelbagai kaedah dan alat bantu mengajar disediakan untuk menarik minat murid dalam mempelajari matematik. Namun, murid masih tidak dapat menguasai matematik. Latih tubi yang diberi di buku tulis mendapati murid memperlihatkan hasil kerja yang kurang kemas dan jawapan yang kurang tepat. Dalam menyelesaikan masalah operasi tambah, murid menunjukkan kesilapan menyelesaikannya pada ruang nilai tempat yang betul. Ini menunjukkan bahawa murid tidak memahami konsep tambah yang betul dan menyebabkan mereka mendapat markah yang rendah. Oleh itu, kajian dilakukan untuk membangunkan sebuah inovasi yang dinamakan Smart RoMat yang diintegrasi dengan elemen STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik) bagi membantu murid menguasai dan menyelesaikan masalah berkaitan operasi tambah. Smart RoMat membolehkan murid menukarkan ayat matematik tambah kepada bentuk lazim. Smart RoMat mengandungi koleksi soalan-soalan matematik bagi operasi tambah yang mengandungi nilai digit ‘sa’, ‘puluh’ dan ‘ratus’ serta pelbagai aktiviti-aktiviti PAK-21 (Pembelajaran Abad ke-21) yang interaktif. Smart RoMat duji ke atas murid-murid yang tidak menguasai kemahiran menyelesaikan masalah menggunakan bentuk lazim untuk operasi tambah. Hasil ujian mendapati bahawa murid dapat menyelesaikan operasi tambah bagi nombor dalam lingkungan 0 hingga1000. Murid juga dapat menyelesaikan masalah tambah mengikut nilai tempat dengan betul melalui aktiviti yang disediakan. Maka, penghasilan Smart RoMat berjaya mengatasi masalah pembelajaran operasi tambah bagi murid dan menjadi alat bantu mengajar bagi guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lancar.
References
Al-Amri, S., Hamid, S., Noor, N. F. M., & Gani, A. (2023). A framework for designing interactive mobile training course content using augmented reality. Multimedia Tools and Applications, 1-51.
Albion, P., & Campbell, C. (2018). Technologies education for the primary years. Cengage AU.
Azhar, N. A., & Rosli, R. (2021). Analisis kandungan topik tambah dan tolak dalam buku teks matematik tahap 1 sekolah kebangsaan. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 394-405.
Beetham, H., & Sharpe, R. (2013). Rethinking pedagogy for a digital age: Designing for 21st century learning. Routledge.
Black, P., & Wiliam, D. (1998). Assessment and classroom learning. Assessment in Education: Principles, Policy & Practice, 5(1), 7-74.
Ennie Afvany Mohamad & Aidah Abd Karim. (2023). Analisis keperluan: Pembangunan modul drawme (DM) dalam meningkatkan kemahiran matematik berayat sekolah rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(3), e002151.
Farmer, T. W., Talbott, E., McMaster, K., Lee, D., & Aceves, T. (2022). Handbook of Special Education Research, Volume I. New York: Routledge.
Fuchs, D., & Fuchs, L. S. (2006). Introduction to response to intervention: What, why, and how valid is it? Reading Research Quarterly, 41(1), 93-99.
Gersten, R., Chard, D. J., Jayanthi, M., Baker, S. K., & Griffiths, G. (2009). Additional mathematics instruction for students with difficulties in mathematics: A meta-analysis. Journal of Learning Disabilities, 42(5), 372-400.
Hui, E. X., & Rosli, R. (2021). Kebimbangan dan efikasi kendiri terhadap pembelajaran matematik dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(3), 41-53.
Jamil, M. R. M., & Noh, N. M. (2020). Kepelbagaian metodologi dalam penyelidikan reka bentuk dan pembangunan. Shah Alam: Qaisar Prestige Resources.
Kalairajan, S., & Daud, M. Y. (2020). Meningkatkan kemahiran murid dalam menyelesaikan operasi tambah nombor perpuluhan dengan menggunakan fishbone decimal board (FDB). Jurnal Dunia Pendidikan, 2(1), 49-57.
Kokotsaki, D., Menzies, V., & Wiggins, A. (2016). Project-based learning: A review of the literature. Improving Schools, 19(3), 267-277.
Koponen, T., Aro, T., Peura, P., Leskinen, M., Viholainen, H., & Aro, M. (2021). Benefits of integrating an explicit self-efficacy intervention with calculation strategy training for low-performing elementary students. Frontiers in psychology, 12, 714379.
Lim, C. C., & Maat, S. M. (2023). Pengintegrasian STEM dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) matematik: Sorotan literatur bersistematik. Jurnal Dunia Pendidikan, 5(3), 161-177.
Llinares, S., Krainer, K., & Brown, L. (2020). Mathematics teachers and curricula. Encyclopedia of Mathematics Education, 600-604.
Llobregat Gómez, N. (2020). STEM subjects face the haptic generation: The Ischolar. Doctoral dissertation. Universitat Politècnica de València.
Mardiana, T., & Hajron, K. H. (2024). Efektivitas Teknologi Pendidikan Dalam Pembelajaran Matematika: A systematic Literature Review. Jurnal Ilmiah Edutic: Pendidikan dan Informatika, 10(2), 102-116.
Matematik; Program Pemulihan Khas. Bahagian Pendidikan Khas. Kementerian Pendidikan Khas.
Mohd Nor, M.R. & Rosli, R. (2023). Elemen didik hibur dalam buku teks matematik kurikulum standard sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 5(1), 346-359.
Munthe, F. T. (2008). Meningkatkan Kualitas Pembelajaran Matematika Tentang Nilai Tempat. Perspektif ilmu pendidikan, 17(IX), 259539.
National Academy of Engineering. (2009). Engineering in K-12 education: Understanding the status and improving the prospects. The National Academies Press.
National Research Council. (2012). A framework for K-12 science education: Practices, crosscutting concepts, and core ideas. Division of Behavioral, Social Sciences, Board on Science Education, & Committee on a Conceptual Framework for New K-12 Science Education Standards. National Academies Press.
NCTM (National Council of Teachers of Mathematics). (2000). Principles and Standards for School Mathematics. NCTM.
Nizam, N. A., & Rosli, R. (2021). Year Four Pupils' Self Efficacy and Knowledge of Fractions: Efikasi Kendiri dan Pengetahuan dalam Topik Pecahan bagi Murid Tahun Empat. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 11(1), 77-87.
Partnership for 21st Century Skills. (2009). P21 framework definitions. ERIC Clearinghouse.
Program Pemulihan Khas. (2019). Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran.
Raja, L. S., Surat, S., & Rahman, S. (2023). Hubungan antara konsep kendiri dan motivasi dengan pencapaian matematik dalam kalangan murid sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 5(1), 621-635.
Rasdi, S. S., Masnan, A. H., Hamzah, M., & Ghazali, M. (2021). Pembangunan dan kebolehgunaan modul pengajaran berasaskan game board dalam pembelajaran operasi nombor kanak-kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 10(2), 71-84.
Salleh, M. M., & Mazlan, A. N. (2022). Student Perceptions of Learning Physical Education and Health Subjects Online. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 11, 8-13.
Sedi, N., & Mazlan, M. N. A. (2022). The benefits of blended learning approach in mathematics education: Manfaat Pendekatan Pembelajaran Teradun dalam Pendidikan Matematik. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 12(2), 67-76.
Siegler, R. S., & Booth, J. L. (2005). Developmental and individual differences in strategies for adding and subtracting. Child Development, 76(6), 1491-1505.
Sinaga, M. N., Ringo, S. S., & Netrallia, M. C. (2024). Teori Belajar Sebagai Landasan Bagi Pengembangan Teknologi Pendidikan. Jurnal Pendidikan Indonesia: Teori, Penelitian, dan Inovasi, 4(1), 8-19.
Siraj, S., Abdullah, M. R. T. L., & Rozkee, R. M. (2020). Pendekatan penyelidikan rekabentuk dan pembangunan: Aplikasi kepada penyelidikan pendidikan. Penerbit UPSI.
Sönmez, N., & Alptekin, S. (2020). Teaching a student with poor performance in mathematics to recall of multiplication facts using simultaneous prompting with systematic review and corrective feedback. World Journal of Education, 10(3), 33-46.
Tan, H., & Ng, C. (2021). Teknologi dalam Pendidikan: Kesan Terhadap Motivasi dan Kepercayaan Murid. Jurnal Psikologi Pendidikan, 18(3), 142-159.
Ting, S. L., & Rosli, R. (2024). Persepsi guru terhadap jenis kesilapan menyelesaikan masalah matematik berayat dalam kalangan murid sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 6(1), 626-637.
Trilling, B., & Fadel, C. (2009). 21st century skills: Learning for life in our times. John Wiley & Sons.
Van de Walle, J. A. (2004). Teaching mathematics: Concepts and activities. Pearson Education.
Zainal, A. F., Zakaria, E., & Maat, S. M. (2020). Penggunaan kaedah “Geng 10” terhadap kemahiran menolak melibatkan pengumpulan semula murid tahun 1. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(1), 102-112.
Zainuddin, S. A. H. S., & Abdullah, A. H. (2023). Kreativiti Murid dalam Pembelajaran Geometri di Sekolah Rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(4), e002263-e002263.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Ruz Zarina Jenal, Nurain Naquiah Ruslan, Shasha Salleh, Ruzzakiah Jenal

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.