Analisis Keperluan Pembangunan Bahan Bantu Mengajar bagi Kemahiran Operasi Tambah dalam Kalangan Kanak-kanak Enam Tahun
DOI:
https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol15.2.8.2025Keywords:
matematik awal, operasi tambah, prasekolah, Kurikulum Prasekolah 2026, model ADDIEAbstract
Pendidikan matematik awal merupakan komponen penting dalam menyokong perkembangan kognitif kanak-kanak prasekolah, khususnya dalam pembinaan asas kemahiran operasi tambah. Walau bagaimanapun, pengajaran konsep ini sering mencabar guru disebabkan kekangan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menjalankan analisis keperluan terhadap pembangunan bahan bantu mengajar (BBM) bagi menyokong penguasaan kemahiran operasi tambah dalam kalangan kanak-kanak prasekolah berusia enam tahun. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif berasaskan Model ADDIE dengan memberi tumpuan kepada fasa analisis keperluan. Seramai 30 orang guru prasekolah terlibat sebagai responden, dan data dikumpulkan menggunakan instrumen soal selidik. Analisis data dijalankan menggunakan perisian SPSS versi 24.0 bagi mendapatkan nilai min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap keperluan terhadap pembangunan BBM berada pada tahap tinggi dengan nilai min keseluruhan sebanyak 4.27. Responden melaporkan bahawa mereka berdepan cabaran dalam pengajaran operasi tambah akibat kekurangan BBM yang interaktif, mesra pengguna, selamat, dan sesuai dengan tahap perkembangan murid. Selain itu, guru turut menekankan keperluan terhadap bahan bantu mengajar yang bersifat visual, selaras dengan Kurikulum Prasekolah 2026 (KP2026), serta berupaya menarik minat dan meningkatkan penglibatan aktif kanak-kanak dalam proses pembelajaran. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pembangunan BBM yang sistematik berpotensi untuk menyokong pengajaran guru secara lebih berkesan, juga dapat berfungsi sebagai alat pentaksiran alternatif, serta dapat membantu menggalakkan pembelajaran melalui pendekatan bermain sambil belajar. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan keperluan yang signifikan terhadap inovasi bahan bantu mengajar bagi topik operasi tambah di peringkat prasekolah. Oleh itu, pembangunan BBM disarankan untuk diteruskan ke fasa reka bentuk, pembangunan, dan penilaian mengikut model ADDIE bagi menilai keberkesanannya dalam konteks bilik darjah sebenar, seterusnya menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.
Downloads
References
Abdullah, M. (2021). Pembangunan dan penilaian perisian fonik bahasa Inggeris Come and Read, Sayang! sebagai bantu mengajar guru prasekolah [Tesis Sarjana, Universiti Pendidikan Sultan Idris]. Fakulti Pembangunan Manusia.
Abdullah, M., Radzi, N. M. M., & Zain, A. (2021). Penilaian perisian fonik bahasa Inggeris Come and Read, Sayang! sebagai bahan bantu mengajar guru prasekolah: The evaluation of Come and Read, Sayang! English phonic software as teaching aid to the preschool teachers. Southeast Asia Early Childhood Journal, 10(1), 72-85.
Alim, M. M., & Zaini, S. H. (2021). Persepsi ibu bapa terhadap kaedah bermain dalam pembelajaran matematik awal kanak-kanak di rumah: Parent’s perception on playing method in early childhood mathematics at home. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 10(2), 1–15.
Ayyasy, H. Y., & Asrul, A. (2024). The effect of game based learning with math bingo in reducing math anxiety to improve students’ mathematics learning outcomes in data presentation materials. Desimal: Jurnal Matematika, 7(2), 383-394.
Bakar, N. F., & Alias, A. (2021). Pengetahuan dan kemahiran guru mengenai bahan bantu mengajar bagi matematik awal di prasekolah [The knowledge and skills of teachers about teaching aids for early mathematics at preschool]. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 4(4), 124–132.
Chua, Y. P. (2005). Buku 1: Kaedah penyelidikan. McGraw Hill Education (Asia).
Creswell, J. W., & Creswell, J. D. (2017). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches (5th ed.). Sage Publications.
Elias, R. (2017). Keberkesanan KitAB Cerdas terhadap pencapaian bacaan awal kanak-kanak taska [Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Pendidikan Sultan Idris].
Jenal, R. Z., Ruslan, N. N., Salleh, S., & Jenal, R. (2025). Inovasi Smart RoMat dalam meningkatkan penguasaan operasi tambah bagi pembelajaran matematik sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 15(1), 1-18. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol15.1.1.2025
Kamar, K., & Rani, I. F. A. (2024). Pengetahuan dan Kemahiran Guru Prasekolah dalam melaksanakan pendekatan pembelajaran terbeza. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 17(1), 82-93.
Masnan, A. H., Anthony, N. E., & Zainudin, N. A. S. (2019). Pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah: The knowledge of teaching among preschool teachers. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 8, 33–41.
Mookan, N., Ahmad, A. R., & Othman, N. (2021). Pendekatan kepelbagaian pengajaran dari aspek penyampaian, alat bantu mengajar, pedagogi dan peneguhan dalam pembelajaran sejarah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 227–238.
Mohammad Farid Asyraaf Mohd Yaini & Foo Chuan Hui (2025). Pembangunan dan penilaian Roda Algebra untuk pengajaran Ungkapan Algebra dalam tingkatan satu. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 15(2), 45-55. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol15.2.4.2025
Nurul Diyana Sanuddin, & Ahmad Hashim. (2017). Kesahan kandungan instrumen penilaian minat terhadap aktiviti fizikal. Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia, 6(2), 45–54.
Omar, M. S., Saad, N. S., & Dollah, M. U. (2017). Penggunaan bahan bantu mengajar guru matematik sekolah rendah: The use of teaching aids primary school mathematics teachers. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 7(1), 32–46.
Seman, N., Alias, A., & Iksan, Z. (2022). Penerokaan laras bahasa guru prasekolah dalam pengajaran matematik awal. Jurnal Pendidikan Malaysia, 47(1).
Shin, C., Ompok, C. C., & Bacotang, J. (2019). Kesan kaedah mengajar terhadap pencapaian awal matematik dalam kalangan kanak-kanak prasekolah: The effects of teaching methods in the early mathematics achievement among preschool children. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 8, 8–16
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Intan Farahana Abdul Rani, Muhammad Alif Haikal Mat Nor

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


