Ekspresi Keperibadian Melayu di Sebalik Ukiran Kayu Tradisional

The Expression of Malay Identity in Traditional Wood Carvings

Authors

  • Izani Mat Il M. Hum

Keywords:

ukiran kayu tradisional, seni dan kraf, motif,, ekspresi

Abstract

Kekuatan motif ukiran kayu tradisional sering dikaitkan dengan kemahiran seniman ukir, kehalusan ukiran, fungsi ukiran, kreativiti dan nilai-nilai simbolik di sebaliknya. Namun jika dihayati dengan lebih mendalam kekuatan motif ukiran kayu tidak terhenti hanya pada aspek visual. Di sebalik fungsi, keindahan ukiran, kemahiran pandai ukir, kreativiti pandai ukir dan nilai-nilai simbolik, tersirat juga ekspresi keperibadian seniman ukir yang mewakili masyarakat Melayu. Kertas kerja ini cuba mengungkapkan ekspresi keperibadian Melayu yang tersirat di sebalik ukiran kayu. Dengan bahasa visual yang terdapat pada ukiran kayu tradisional penulis cuba menterjemahkan ekspresi keperibadian seniman ukir dan masyarakatnya dalam bentuk bahasa verbal.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-05-01

How to Cite

Mat Il M. Hum, I. (2019). Ekspresi Keperibadian Melayu di Sebalik Ukiran Kayu Tradisional: The Expression of Malay Identity in Traditional Wood Carvings. KUPAS SENI: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 1. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2222