Corak Seni Khat Ukir Nusantara: Kajian Perbandingan Karya Ukiran Kayu Terengganu (Malaysia) dan Jepara (Indonesia)
Keywords:
Seni Khat ukir, Ukiran kayu, Terengganu, JeparaAbstract
Kajian ini menganalisis karya ukiran kayu khat di Terengganu (Malaysia) dan Jepara (Indonesia), yang merupakan pertukangan yang halus, dihasilkan melalui proses pemahatan menggunakan peralatan ukir, disokong dengan bakat dan kemahiran pengukirnya. Seni khat ukiran menghiasi mimbar, pintu, istana, masjid, dan rumah, memiliki corak, simbol dan falsafah yang mencerminkan kehidupan dan kebudayaan individu atau masyarakatnya.