Inovasi Blok Batik Tembaga Sebagai Kraf Hiasan
Reusing Copper Batik Blocks as Items of Decoration
Keywords:
inovasi blok batik tembaga, inovasi blok tembaga hiasan krafAbstract
Blok batik atau blok batik tembaga sinonim dengan kerja-kerja membatik. Bermula daripada blok batik tembaga sebagai pembatik kini inovasi blok batik tembaga sebagai kraf hiasan. Penelitian difokuskan kepada perubahan iaitu inovasi yang berlaku keatas blok batik yang menjadi kraf hiasan selain fungsi asalnya sebagai pembuat corak batik. Blok batik ini dihasil menggunakan tembaga sebagai bahan utama. Perubahan bahan berlaku melalui tahun demi tahun sehingga kini bahan yang digunakan adalah gabungan dua jenis tembaga iaitu kepingan tembaga kuning dan kepingan zink. Para pembuat blok kini lebih terbuka dan berpandangan jauh, iaitu tidak hanya tertumpu kepada pembuatan blok batik dan membaiki blok batik sebaliknya pembuat blok batik lebih cenderung kepada perubahan dan fungsi blok tersebut kepada yang lebih menarik dan berubah dari satu kegunaan biasa kepada hiasan yang lebih bersifat estetik dan bernilai tinggi.