Keberkesanan Persekitaran, Imej dan Huruf dalam Pendidikan Kanak-Kanak Prasekolah

The Effectiveness of Environment, Images and Letters in Preschool Child Education

Authors

  • Ridzuan Hussin
  • Suraya Ahmad Kamel
  • Asmahan Mokhtar

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan persekitaran, imej dan huruf dalam pendidikan kanak-kanak prasekolah. Kajian ini melibatkan responden seramai 20 orang kanak-kanak daripada Prasekolah Sekolah Kebangsaan Pusing, Batu Gajah, Perak. Metodologi kajian yang digunakan meliputi kajian kepustakaan dan melibatkan kaedah soal selidik tugasan sebagai alat pengukur. Hasil dapatan kajian mendapati imej dan huruf yang digunakan di prasekolah adalah signifikan dengan pengetahuan dan tahap kecerdasan kanak-kanak. Manakala, pengaruh persekitaran memainkan peranan penting dalam proses memahami imej dan huruf bagi kanak-kanak. Penggunaan imej dan huruf juga mampu meningkatkan minat dan menarik perhatian kanak-kanak di dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatan kajian menunjukkan skor min pada tahap yang tinggi, di mana min Pengaruh Persekitaran dalam proses memahami imej dan huruf (M = 3.996 ± 0.286), min Penggunaan Imej & Huruf yang digunakan (M = 3.600 ± 0.265), dan min Keberkesanan Imej dan Huruf dalam proses pengajaran dan pembelajaran (M = 3.583 ± 0.314).

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-05-01

How to Cite

Hussin, R., Ahmad Kamel, S., & Mokhtar, A. (2019). Keberkesanan Persekitaran, Imej dan Huruf dalam Pendidikan Kanak-Kanak Prasekolah: The Effectiveness of Environment, Images and Letters in Preschool Child Education. KUPAS SENI, 4. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2258