FACTORS THAT INFLUENCE MUSCULAR STRENGTH AMONG PRE-SCHOOL CHILDREN: A BRIEF REVIEW (24 - 28)

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KEKUATAN OTOT DALAM KALANGAN KANAK-KANAK PRA SEKOLAH: KAJIAN ULASAN

Authors

  • Mohd Syukran Bin Abdul Khadir

Keywords:

kekuatan otot, pergerakan, kanak-kanak, pra sekolah, taska

Abstract

Journal of Sports Science and Physical Education 2(1): 24-28, 2013 - Otot memainkan peranan penting dalam setiap pergerakan utama manusia seperti berjalan, bernafas, mengangkat barang dan sebagainya. Harris dan Watkins (1993) mentakrifkan kekuatan otot sebagai keupayaan otot rangka untuk membangunkan daya untuk tujuan memberikan kestabilan dan mobiliti di dalam sistem otot, fungsi pergerakan boleh berlaku. Kekuatan otot berbeza mengikut umur dan jantina. Terdapat pelbagai kajian yang dilakukan untuk mengukur kekuatan otot bagi golongan dewasa. Namun demikian, masih kurang penyelidikan telah dijalankan ke atas kekuatan otot bagi kanak-kanak yang bersekolah di peringkat taska atau pra sekolah. Kanak-kanak yang belajar di peringkat taska atau pra sekolah adalah kanak-kanak yang berumur dari 4 hingga 6 tahun.  Kajian ulasan ringkas ini mengupas beberapa faktor yang mempengaruhi kekuatan otot dalam kalangan kanak-kanak pra sekolah. Kajian-kajian yang dipilih telah menepati kriteria-kriteria yang telah di tetapkan iaitu: a) hasil dapatan menunjukkan kaitan antara kekuatan otot dan pelajar pra sekolah dan b) faktor mempengaruhi kekuatan otot di kalangan kanak-kanak.

 

Kata kunci: kekuatan otot, pergerakan, kanak-kanak, pra sekolah, taska

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2013-12-10

How to Cite

Abdul Khadir, M. S. B. (2013). FACTORS THAT INFLUENCE MUSCULAR STRENGTH AMONG PRE-SCHOOL CHILDREN: A BRIEF REVIEW (24 - 28): FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KEKUATAN OTOT DALAM KALANGAN KANAK-KANAK PRA SEKOLAH: KAJIAN ULASAN. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 2(1), 24–28. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSSPJ/article/view/591