Gaya Kepimpinan Jurulatih yang Digemari oleh Atlet Sekolah Sukan Malaysia

Preferred Coaching Styles of the Malaysian Sports School Athletes

Authors

  • Nelfinty Mohd Rasyid
  • Shaharudin Abd Aziz

Keywords:

gaya kepimpinan jurulatih, atlet Sekolah Sukan Malaysia, model kepimpinan multidimensi Chelladurai

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti gaya kepimpinan jurulatih yang digemari oleh atlet Sekolah Sukan Malaysia yang berbeza jantina, umur, pengalaman dan jenis sukan yang diceburi. Soal selidik Leadership Scale for Sport (LSS) versi kegemaran atlet digunakan untuk mengkaji gaya kepimpinan yang digemari altet. Subjek kajian terdiri daripada populasi atlet di kedua-dua buah Sekolah Sukan Malaysia (N = 854; SSBJ = 409, SSBP = 445). Hasil analisis deskriptif menunjukkan gaya kepimpinan jurulatih yang digemari oleh atlet ialah Latihan dan Arahan (M = 4.09, SD = .73); Demokratik (M = 3.87, SD = .75), Sokongan Sosial (M = 3.74, SD = .75) dan Maklum Balas Positif (M = 3.59, SD = .82). Gaya kepimpinan jurulatih yang kurang digemari ialah Autokratik (M = 2.35, SD = .96). Analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifian antara gaya kepimpinan Autokratik t(852) = 4.63, p < .05 dan Maklum Balas Positif t(852) = 2.09, p < .05 berdasarkan jantina atlet. Atlet lelaki didapati lebih menggemari jurulatih yang Autokratik dan sentiasa memberikan Maklum Balas Positif berbanding atlet wanita. Analisis ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifian bagi gaya kepimpinan Latihan dan Arahan F(2, 851) = 4.68, p < .01; Autokratik F(2, 851) = 6.72, p < .01 dan Sokongan Sosial F(2, 851) = 4.91, p < .01. Atlet dewasa (bawah 21 tahun) lebih menggemari gaya kepimpinan Latihan dan Arahan serta Sokongan Sosial berbanding atlet muda (bawah 15 dan 18 tahun). Atlet bawah 21 tahun juga didapati kurang menggemari gaya kepimpinan Autokratik berbanding atlet bawah 15 dan 18 tahun. Kesimpulannya jurulatih Sekolah Sukan Malaysia hendaklah mengamalkan gaya kepimpinan yang spesifi yang bersesuaian dengan jantina dan umur atlet kerana prestasi dalam sukan dapat ditingkatkan sekiranya wujud keserasian antara gaya kepimpinan yang digemari dan diamalkan oleh jurulatih.


Kata Kunci gaya kepimpinan jurulatih, atlet Sekolah Sukan Malaysia, model kepimpinan multidimensi Chelladurai

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2012-05-01

How to Cite

Rasyid, N. M., & Aziz, S. A. (2012). Gaya Kepimpinan Jurulatih yang Digemari oleh Atlet Sekolah Sukan Malaysia: Preferred Coaching Styles of the Malaysian Sports School Athletes. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 1(1), 45–53. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSSPJ/article/view/664