PHYSICAL FITNESS ASSESSMENT OF MSKPPM KEDAH VETERAN FOOTBALL PLAYERS

PENILAIAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL PEMAIN BOLA SEPAK MSKPPM NEGERI KEDAH (KATEGORI VETERAN)

Authors

  • Zulkifli Mohd Yusof
  • Syed Ahmad Ezahar bin Syed Ambon
  • Junaidy bin Mohamad

Keywords:

Bateri ujian, kecergasan fizikal, pemain bola sepak veteran, pemain bola sepak veteran

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan pemain bola sepak yang menjalani pemilihan mewakili negeri Kedah ke Pertandingan Bola Sepak MSKPPM (Kategori Veteran) di samping untuk memastikan sama ada terdapatnya perbezaan kecergasan antara peringkat umur pemain dari segi tahap komponen daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, fleksibiliti dan indeks jisim tubuh. Sampel kajian adalah seramai 40 orang pemain yang yang terdiri daripada peringkat umur antara 40 tahun hingga 49 tahun. Bateri ujian Prudential FITNESSGRAM® yang dikeluarkan oleh Cooper Institute for Aerobic Research (1992) iaitu PACER 20 meter Multistage, push up, curl up, trunk lift dan body mass index (BMI) telah digunakan sebagai instrumen kajian. Analisis deskriptif menunjukkan terdapat perbezaan terhadap tahap kecergasan fizikal setiap komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan pada setiap peringkat umur. Peringkat umur 40-41, Pacer [min: 24.66; SD: 2.88], curl up [min:33.33; SD: 5.20], push up [min: 46.83; SD: 3.65], trunk lift [min: 43.16;SD: 13.58] dan BMI [min:42.46; SD: 5.99]. Peringkat umur 42-43, Pacer [min: 24.38; SD: 2.29], curl up [min:41.08; SD: 9.26], push up [min: 48.41; SD: 6.12], trunk lift [min: 47.16;SD: 9.35] dan BMI [min:42.66; SD: 5.40]. Peringkat umur 44-45, Pacer [min: 24.36; SD: 2.66], curl up [min:39.75; SD: 9.69], push up [min: 48.00; SD: 5.81], trunk lift [min: 45.92;SD: 9.51] dan BMI [min:41.69; SD: 5.62]. Peringkat umur 46-47, Pacer [min: 20.65; SD: 3.51], curl up [min: 19.40; SD: 1.67], push up [min: 44.20; SD: 1.78], trunk lift [min: 30.60;SD: 8.50] dan BMI [min: 33.92; SD: 4.13]. Peringkat umur 48-49, Pacer [min: 27.26; SD: 0.55], curl up [min: 17.00; SD: 3.60], push up [min: 47.33; SD: 2.88], trunk lift [min: 29.00;SD: 8.18] dan BMI [min: 30.23; SD: 3.45]. Dapatan ini juga diharap dapat membantu jurulatih-jurulatih untuk memastikan pemain yang terpilih memiliki tahap kecergasan yang tinggi bagi mengelakkan mereka mengalami kecederaan dan melakukan tindakan-tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan kepada pihak lawan semasa perlawanan berlangsung. Juga memberi kesedaran kepada para pemain dan jurulatih tentang pentingnya tahap kecergasan fizikal yang baik kerana mampu memberi kesan yang positif dan berkualiti kepada mutu permainan.


Katakunci: Bateri ujian, kecergasan fizikal, pemain bola sepak veteran, pemain bola sepak veteran

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2016-05-24

How to Cite

Mohd Yusof, Z., Syed Ambon, S. A. E. bin, & Mohamad, J. bin. (2016). PHYSICAL FITNESS ASSESSMENT OF MSKPPM KEDAH VETERAN FOOTBALL PLAYERS: PENILAIAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL PEMAIN BOLA SEPAK MSKPPM NEGERI KEDAH (KATEGORI VETERAN). Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 5(1), 49–64. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSSPJ/article/view/684