TAHAP SELF-ESTEEM GURU NOVIS DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

THE LEVEL OF SELF-ESTEEM AMONG NOVICE PHYSICAL EDUCATION TEACHERS

Authors

  • Thoheroh Haslina bt Che Hasan Sabri
  • Tajul Arifin Bin Muhamad

Keywords:

Rosenberg Self-esteem, guru novis, opsyen, tahap self-esteem, Pendidikan Jasmani

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sama ada guru novis mempunyai selfesteem semasa mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Kajian ini untuk mengukur tahap self-esteem guru novis di antara jantina serta opsyen guru mengajar Pendidikan Jasmani. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan dan reka bentuk kajian ini dipilih menggunakan borang soal selidik yang dirujuk berdasarkan skala Rosenberg Self-Esteem bagi pengumpulan data. Seramai 30 orang guru novis Pendidikan Jasmani telah dipilih di salah sebuah sekolah daerah Sepang, Selangor. Kaedah pemilihan responden adalah secara rawak dalam kumpulan sasaran melibatkan seramai 15 orang guru perempuan dan 15 orang guru lelaki. Data ini dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 22.0 yang menggunakan kekerapan taburan, min, sisihan piawai dan ujian t tidak bersandar bagi mengukur tahap self-esteem guru dengan pemboleh ubah bersandar. Hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap self-esteem guru novis dengan jantina. Manakala, dari segi opsyen, terdapat perbezaan yang signifikan tahap self-esteem guru bukan opsyen mengajar Pendidikan Jasmani. Kepentingan tahap self-esteem dalam kalangan guru novis amat penting dalam meningkatkan mutu pembelajaran terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.


Kata kunci: Rosenberg Self-esteem, guru novis, opsyen, tahap self-esteem, Pendidikan Jasmani.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2016-05-24

How to Cite

Che Hasan Sabri, T. H. bt, & Muhamad, T. A. B. (2016). TAHAP SELF-ESTEEM GURU NOVIS DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI: THE LEVEL OF SELF-ESTEEM AMONG NOVICE PHYSICAL EDUCATION TEACHERS. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 5(1), 65–76. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSSPJ/article/view/686