Bahasa Melayu dan Perpaduan Nasional: Peranan dan cabaran dalam kalangan Mahasiswa

Authors

  • Nur Aini binti Ahmad Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/perspektif.vol17.2.8.2025

Keywords:

Bahasa Melayu, generasi muda, identiti kebangsaan, kesepaduan, universiti

Abstract

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di Malaysia dan memainkan peranan penting dalam kehidupan sosial, budaya dan politik di negara ini. Namun, perkembangan teknologi dan media sosial telah mempengaruhi cara generasi muda berkomunikasi dan menggunakan bahasa sehingga menimbulkan isu yang perlu dianalisis bagi merumuskan strategi pemerkasaan bahasa Melayu dalam kalangan mahasiswa. Selain itu, kecenderungan ibu bapa yang mengutamakan bahasa Inggeris berakar pada persepsi bahawa penguasaan bahasa tersebut memberikan kelebihan dalam prospek kerjaya dan pendidikan, sekali gus meningkatkan peluang kejayaan mereka. Kajian ini secara umumnya meneliti tentang kefahaman dan penglibatan generasi muda di Malaysia khususnya di pusat pengajian tinggi dalam menggunakan bahasa Melayu sebagai asas kepada pembentukan identiti kebangsaan serta kesepaduan di negara ini. Dalam kajian ini, seramai 15 orang mahasiswa telah dihubungi dan dipelawa untuk menjadi responden. Mereka ialah warganegara Malaysia yang merupakan pelajar di institusi pengajian awam dan juga swasta. Responden yang dipilih masing-masing telah dikenal pasti latar belakangnya. Oleh itu, responden yang menyertai kajian ini merupakan individu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda, mempunyai pengalaman bertutur dalam bahasa Melayu, berada dalam kelompok penutur bahasa Melayu dan mempunyai kelayakan akademik di peringkat ijazah sarjana muda. Kaedah kajian kualitatif digunakan dalam kajian ini dengan mengaplikasikan kaedah temu bual dan pemerhatian untuk mendapatkan dapatan data. Dapatan kajian ini menunjukkan dengan jelas bahawa institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam memperkukuh kemahiran berbahasa Melayu dalam kalangan mahasiswa, terutamanya di peringkat pengajian tinggi. Hal ini termasuk daripada segi penggunaan bahasa Melayu dalam komunikasi lisan dan bertulis. Meskipun menghadapi pelbagai cabaran untuk mempertahankan penggunaan bahasa Melayu, namun bahasa kebangsaan ini akan terus utuh dan kekal berdaya saing melalui usaha yang berterusan daripada semua pihak.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Asmah Haji Omar. (2005). Perancangan Bahasa dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Denzin, N. K., & Lincoln, Y. S.. (Eds.). (2018). The Sage Handbook of Qualitative Research (5th ed.). Sage Publications.

Haizah Bukari & Norazana Awang Kechik. (2022). Pengaruh Bahasa Ibunda Terhadap Kemahiran Bertutur dalam Kalangan Murid India di Sebuah Sekolah Rendah. dlm Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.

Hishammuddin Tun Hussien. (2005, September 13). Kenyataan tentang Memberi Penghormatan dan Kedudukan Sewajarnya kepada Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Ilmu dan Bahasa perpaduan. Berita Harian.

Jeniri Amir. (2009). Bahasa Negara dan Bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Merriam, S. B., & Tisdell, E. J. (2016). Qualitative Research: A Guide to Design and Implementation (4th ed.). Jossey-Bass.

Noor Azmira Mohamed & Nor Azlili Hassan. (2019). Pengukuhan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta. dlm Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH).

Norul Huda Mohd Ghazali, Sharliana Che Ani & Sharmelaa Mahindran. (2024). Kepentingan Bahasa Melayu dalam Memperkukuhkan Identiti Kebangsaan Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Swasta. dlm Asian Journal of Research in Education and Social Sciences: Vol. 6, No. 7, 99-108.

Downloads

Published

2025-09-04

How to Cite

Ahmad, N. A. (2025). Bahasa Melayu dan Perpaduan Nasional: Peranan dan cabaran dalam kalangan Mahasiswa. Perspektif Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 17(2), 98-106. https://doi.org/10.37134/perspektif.vol17.2.8.2025