Penerimaan Murid Terhadap Pembelajaran Berasaskan Permainan dalam Pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah MenengahDaerah Tumpat, Kelantan

Authors

  • Faratul Nisa Ab Rahman Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Mohamad Rozi Kasim Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/perspektif.vol17.2.4.2025

Keywords:

pembelajaran berasaskan permainan, murid, permainan bahasa, PAK-21, pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penerimaan murid terhadap pembelajaran berasaskan permainan dalam pengajaran bahasa Melayu dan mengkaji kesan penggunaan pembelajaran berasaskan permainan dalam pengajaran bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan 30 orang responden yang terdiri daripada murid tingkatan 4 di sekolah menengah terpilih. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kaedah campuran iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik dan temu bual telah dianalisis menggunakan SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid menunjukkan penerimaan yang baik terhadap pembelajaran berasaskan permainan dalam pengajaran bahasa Melayu. Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai kesan penggunaan pembelajaran berasaskan permainan dalam pengajaran bahasa Melayu berdasarkan soal selidik dan temu bual yang dilaksanakan iaitu pembelajaran berasaskan permainan dapat menarik minat murid untuk belajar, meningkatkan pengetahuan murid terhadap pembelajaran, meningkatkan keyakinan diri murid, dapat mengasah bakat dan kebolehan murid di samping membantu murid menunjukkan kebolehan menyelesaikan masalah. Berdasarkan kajian penerimaan murid terhadap pembelajaran berasaskan permainan dalam pengajaran bahasa Melayu, didapati bahawa murid menunjukkan penerimaan yang baik terhadap pembelajaran berasaskan permainan kerana dengan adanya pembelajaran berasaskan permainan, sesi pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan, dapat menarik minat murid untuk belajar, meningkatkan tumpuan murid dan memberikan pengalaman baru kepada murid. Kesimpulannya, kajian menunjukkan maklum balas yang positif dalam kalangan murid mengenai pembelajaran berasaskan permainan kerana PBP banyak mendatangkan faedah kepada mereka.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Alizah Lambri & Zamri Mahamod. (2015). “Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berpusatkan Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi: Pelaksanaan dan Penerimaan Pelajar”. Jurnal Personalia Pelajar, 18(1), 1-9.

Armadi Derus & Wan Muna Ruzzana Wan Mohammad. (2021). Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Permainan dalam Pengajaran Bahasa Melayu. International Journal of Education and Pedagogy (IJEAP). 3(2), 53-66.

Chua Yan Piaw. (2014). Kaedah Penyelidikan: Edisi Ketiga. McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn Bhd: Selangor, Malaysia.

Kamarul Azmi Jasmi & Norhafizah Salleh. (2013). Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar dalam Kecemerlangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam dan guru di Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes.

M. Denscombe. (2010). The Good Research Guide. England: Open University Press.

Maxwell Hartt, Hadi Hosseini & Mehrnaz Mostafapour. (2020). Games On: Exploring the Effectiveness of Game- Based Learning. Planning, Practise & Research, 3-13.

Abdul Mohamed Salim, A., & Hj Daud, I. (2022). Keberkesanan Aplikasi TMK dalam meningkatkan Penguasaan Kemahiran Membaca Murid: Satu Kajian Kes. Jurnal Bahasa, 10(2), 223-241.

Nurul Syadiyah Khairuddin & Ramlah Mailok. (2020). Pembelajaran Berasaskan Permainan dalam Mata Pelajaran Sejarah Menggunakan Teknik Mnemonik. Journal of ICT in Education (JICTIE), 9-15.

Rabaah Abdullah, Wan Noorlizawati Wan Mat Ali & Adnan Jusoh. (2021). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Subjek Tema “Penjajahan di Asia Tenggara pada Abad ke-19. Jurnal Perspektif 13(1), 2462-2435.

Rahimah Wahid. (2020). Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Permainan dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Journal of Education and Social Science. 16(1). 9-12.

Shaza Shahira Drani, Nurul Haniza Samsudin & Mardian Shah Omar. (2023). Persepsi Mahasiswa Terhadap e-Gemifikasi dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Jurnal Dunia Pendidikan. 5(3). 16-31.

Shuhada Mat Husin & Zamri Mahamod. (2023). Tahap Minat dan Persepsi Pelajar Sekolah Menengah Rendah Terhadap Penggunaan Bahan Pembelajaran Gamifikasi dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. PENDETA. 14(2), 131-145.

Siti Rohani Jasni, Suhaila Jaslani & Hakim Zainal. (2018). Pendekatan Gamifikasi dalam Pembelajaran Bahasa Arab. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa, 358-367.

Tiffany Lau Li Min & Siti Mistima Binti Maat. (2022). Penerimaan Murid Terhadap Pembelajaran Berasaskan Permainan dalam Matematik: Tinjauan Literatur Bersistematik. Malaysian Journal of Sciences and Humanities. 7(12). 1-14.

Zi-Yu Liu. (2020). Using the Concept of Game-Based Learning in Education. iJET, 15(14), 53-61.

Downloads

Published

2025-07-04

How to Cite

Ab Rahman, F. N., & Kasim, M. R. (2025). Penerimaan Murid Terhadap Pembelajaran Berasaskan Permainan dalam Pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah MenengahDaerah Tumpat, Kelantan. Perspektif Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 17(2), 52-61. https://doi.org/10.37134/perspektif.vol17.2.4.2025