Keadaan infrastruktur Kampung Baru di Selangor, 1970-1990
DOI:
https://doi.org/10.37134/perspektif.vol17.2.7.2025Keywords:
Kampung Baru Cina, Selangor, Infrastruktur, Darurat, Rancangan BriggsAbstract
Kajian ini bertujuan untuk membincangkan keadaan infrastruktur Kampung Baru di Selangor pada tahun 1970 hingga 1990. Kampung Baru di Selangor telah diwujudkan sejak zaman darurat akibat ancaman komunis di Tanah Melayu. Walaupun Kampung Baru telah wujud sewaktu zaman darurat, penduduk Kampung Baru di Selangor masih menghadapi pelbagai isu. Selepas tamatnya darurat pada tahun 1960, penempatan Kampung Baru didakwa tidak mendapat perhatian khusus dan sewajarnya daripada pihak berkuasa. Keadaan ini menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati dalam kalangan penduduk Kampung Baru terhadap pelaksanaan dasar kerajaan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah membincangkan keadaan infrastruktur masyarakat Kampung Baru di Selangor dari tahun 1970 sehingga 1990. Pendekatan kualitatif telah digunakan iaitu analisis dokumen dan manuskrip dari Arkib Negara Malaysia seperti fail Jabatan Perdana Menteri dan fail Majlis Keselamatan Negara. Kajian turut disokong oleh sumber yang diperoleh dari Perpustakaan Universiti Malaya dan Perpustakaan Arkib Negara Malaysia. Hasil kajian mendapati komuniti di Kampung Baru di Selangor telah memperoleh pelbagai kemudahan asas dan infrastruktur sejak awal pembinaannya. Namun begitu, isu berkaitan penyelenggaraan kemudahan infrastruktur masih wujud, yang memberi kesan kepada kehidupan harian penduduk. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa Kampung Baru di Selangor memerlukan perhatian lebih mendalam untuk menyelesaikan pelbagai isu yang dihadapi oleh penduduk. Implikasi kajian ini menekankan keperluan penglibatan kerajaan dalam memastikan pembangunan infrastruktur yang berterusan dan selaras dengan keperluan masyarakat kampung baru.
Downloads
References
Ariffin Othman (2017). 431214-10-5559. No 55 Kampung Pasir Tambahan, Ulu Yam Baru, Batang Kali Selangor. Pertanian.
Chief Secretary 1957/0576535. (1953). Soalan daripada Mr Leung Cheng Ling tentang Pembinaan Sekolah dan Dewan Komuniti di Kampung Baru. 4531/53/10 (1). Kuala Lumpur: Malayan Government Press.
DWCJ NO 155. (1950). Surat dari Sekretariat Persekutuan, bertarikh 26.6.1950.
FAO/ World Bank. (1975), Rancangan Malaysia Kedua, 1971-1975, Problems Of Rural Poverty In Malaya -A report prepared by the 1971
Francis Loh Kok Wah (1988). "Chinese New Villagers and Political Identity" dalam Jennifer W. Cushman dan Wang Gungwu (editor). Changing identities of the Southeast Asian Chinese since World War II. Hong Kong: Hong Kong University Press.
Jabatan Perangkaan Malaysia 431/Jld 1. (1976 a). Kajian Ke Atas Kampung-kampung Baru. Surat kepada Setiausaha Kementerian Perancangan Am & Penyelidikan Sosio-Ekonomi dibawah fail Penyelidikan Sosioekonomi.
Jabatan Perdana Menteri. (1979). Kertas Kerja Unit Penyelidikan Sosioekonomi dan Perancangan Am 432/ JIL. 11, Penyelidikan Kampung-Kampung Baru, Dasar Penyusunan Semula Kampung-Kampung Baru.
Jabatan Penerangan Malaysia. (1971). Laporan Suasana Darurat. Laporan bil 3/71, Laporan Suasana, 5/87 VOL: 3. PEN. SULIT 383/PT III.
Kementerian Perpaduan Negara, (1971). MKN (S)336/JLD.3/ (51) 12/6/72, A Study Of The Chinise In The Rural Areas In West Malaysia.
Kementerian Perumahan Dan Kemajuan Perkampungan. (1977 b). Penyelidikan Masalah Kampung Baru. Rahsia PY 4/74//A JLD II, (78)
Kementerian Perancangan Am Dan Penyelidikan Sosioekonomi. (1973). Kajian Ke Atas Kampung-Kampung Baru. Kuala Lumpur. 432/ Jld 2,
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. (1973). Masalah Najis Babi di Kampung Melayu yang Berhampiran Dengan Kampung Baru Cina. 9/790.
Kementerian Penerangan Negara. (1975). Lawatan Ketua Polis Negara Mohd. Hanif bin Omae ke Kawasan Kampung Baru. LMF N0.1162/75 Dlm. KPN(PR)132/34/1.
Looi Chee Kien (2012). i-Kampung Baru: Imbasan Sejarah Kampung Baru Cina Selangor, Selangor: Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru Cina Selangor Kuan Press Sdn Bhd.
Noraini Mohamed Hassan. (2008). Penyakit Tropika di Negeri-negeri Melayu Bersukutu, 1896-1914. Universiti Malaya: Kuala Lumpur.
Nyce, Ray. (1973). Chinese New Villages in Malaya, A Community Study, Singapura: Sociological Research Institute ltd.
Paul Markandan (1955). The Problem of The New Villages In Malaya, Problem of Malaya Series- no 1, Singapore: Published by Donald Moore.
Penyata Rasmi Dewan Rakyat. (1973a). Parlimen Ketiga, Penggal Kedua. Jilid II Bil. 26, Rabu, 11 Julai 1973. Dicetak Oleh Mohd. Daud Bin Abdul Rahman. Ketua Pengarah Percetakan Malaysia Barat, Kuala Lumpur.
Penyata Rasmi Dewan Rakyat. (1974b). Parlimen Ketiga, Penggal Ketiga, Jilid III Bil. 253, 16 Januari, 1974, Dicetak Oleh Mohd. Daud Bin Abdul Rahman. Ketua Pengarah Percetakan Malaysia Barat, Kuala Lumpur.
S-E. P.K 399-50. (1950). Anti Malaria Drainags Work. S.E. NO.(1B) IN 393/50
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Mohammad Bukhari Badrol Hisham, Ho Hui Ling

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


