Analisis Pembaharuan Ideologi Nasionalisme oleh Kaum Muda di Malaysia (1906–1963)

Authors

  • Ibrahim Majdi Mohamad Kamil Bahagian Falsafah dan Tamadun, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), 11800 USM, Pulau Pinang, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.37134/perspektif.vol18.1.6.2026

Keywords:

pembaharuan, ideologi, nasionalisme, Islam, Kaum Muda

Abstract

Penulisan ini memfokuskan peranan Kaum Muda dalam memupuk semangat nasionalisme di Malaysia antara tahun 1906 hingga 1963. Gerakan nasionalisme awal di Malaysia yang berasaskan agama dipelopori oleh sebuah gerakan yang dipanggil sebagai ‘Kaum Muda’. Gerakan Kaum Muda mendapat pengaruh dari tokoh dan bahan bacaan dari Timur Tengah. Mereka membawa satu bentuk pemikiran cara baharu yang dipanggil juga sebagai tajdid atau Islah. Penulisan ini akan menggunakan kaedah persejarahan dan analisis dokumen dalam menganalisis pemikiran dan cara nasionalisme yang dibawa oleh Kaum Muda. Hasil kajian ini melihat bagaimana Kaum Muda membawa bentuk nasionalisme baharu yang berbeza dengan perjuangan nasionalisme yang dipengaruhi oleh barat. Kewujudan gerakan ini juga dilihat berbeza dengan kelompok gerakan Islam tradisi yang dikenali juga sebagai ‘Kaum Tua’ yang membawa Islam dengan cara yang bersifat konservatif. Peranan Islam dalam gerakan atau persatuan ini telah mewujudkan satu bentuk nasionalisme baharu dalam gerakan Islam. Nasionalisme ini turut berkembang dalam gerakan-gerakan Islam pasca merdeka. Kajian ini turut memfokuskan kesan pembaharuan ideologi nasionalisme Islam yang dibawa oleh Kaum Muda dan bagaimana nasionalisme ini berkembang pada era pasca merdeka melalui gerakan-gerakan Islam yang berkembang khususnya ketika era kebangkitan Islam di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Rahman Abdullah. (2010). Sejarah ikhtilaf mazhab di Malaysia: suatu kajian tentang perkembangan pemikiran tajdid dan islah. Shah Alam: Karisma Publications.

Abdul Rahman Abdullah. (1997). Pemikiran Islam di Malaysia: sejarah dan aliran. Jakarta: Gema Insani Press.

Abdul Rahman Abdullah. (1987). Pemikiran Islam Masa Kini: Sejarah dan Aliran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Badri Yatim, Soekarno. (1999). Islam Dan Nasionalisme, Jakarta: PT.Logos Wacana Ilmu.

Faisal @ Ahmad Faizal bin Ab Hamid & Faizuri bin Abdul Latiff. 2013. Pemikiran Islah majalah Pengasuh tahun 1918. Jurnal At-Tamaddun 8(1), 115-131.

H. Dadang Kahmad. (1999). Metode Penelitian Agama: Perspektif Ilmu Perbandingan Agama: Bandung: Gunung Djati Press.

Kersten, C. (2009). Islam, cultural hybridity and cosmopolitanism: new muslims intellectuals on globalization. Journal of Global and International Studies 1(1), 89-113.

Jaffary Awang & Kamarudin Salleh. (2007). Pemikiran Islam & isu-isu semasa. Bangi: FPI UKM.

Kamarudin Salleh. (2007). Modenisme Islam Malaysia-Indonesia. Bangi: Fakulti Pengajian Islam UKM.

Kamarudin Salleh. (2012). Tranformasi pembaharuan dan modenisme di Malaysia: satu penelitian awal. International Journal of Islamic Thought (2), 23-37.

Mandaville, P. (2007). How do religious beliefs affect politics. Global Political Islam, hlm. Abingdon: Routledge.

Mashitah Sulaiman. (2013). Islam dan transformasi sosial masyarakat Melayu Malaysia: suatu kajian eksploratori. Proceeding of The International Conference on Social Science Research(ICSSR), 778-800.

Mohamed Ismail Ahamad & Amira Mohd Yusof. (2012). A Genre Analysis of Islamic Academic Research Article Introductions, Procedia - Social and Behavioral Sciences, Volume: 66,157-178, Dec 7.

Mohamad Kamil Ab. Majid. (1996). Skop, sejarah, dan aliran pemikiran Islam. Jurnal Usuluddin 5(9), 111-136.

Mohamad Kamil, Ibrahim Majdi Bin. (2020). William R. Roff (1967), The origins of Malay nationalism, Kuala Lumpur: University of Malaya press. 297 pages. Journal of Al-Tamaddun, v. 15, n. 1, 119-205.

Roff, W.R. 1967. The origins of Malay nationalism. Kuala Lumpur. University of Malaya Press.

Shiozaki Yuki. 2007. Formation of public spheres and Islamists movements in Malay Muslim society of Malaysia. Journal of the Interdisciplinary Study of Monotheistic Religions (3), 98-122.

Stoddard, L. 1966. Dunia Baru Islam. Jakarta: Panitia Penerbit Dunia Baru Islam.

Downloads

Published

2026-04-06

How to Cite

Mohamad Kamil, I. M. (2026). Analisis Pembaharuan Ideologi Nasionalisme oleh Kaum Muda di Malaysia (1906–1963). Perspektif Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 18(1), 60-68. https://doi.org/10.37134/perspektif.vol18.1.6.2026