Amalan kerja sosial dalam kalangan sukarelawan di Malaysia
DOI:
https://doi.org/10.37134/perspektif.vol15.2.4.2023Keywords:
Sukarelawan, Kerja Sosial, Peranan kerja sosial, Kemahiran kerja sosialAbstract
Sukarelawan merupakan salah satu aktor yang penting dalam masyarakat. Proses menolong yang diberikan oleh golongan ini sudah tidak dapat dinafikan lagi keperluannya dalam membantu komuniti. Walau bagaimanapun, seseorang sukarelawan itu tidak terikat dengan mana-mana profesion professional mahupun nilai dan etika dalam menyediakan perkhidmatannya. Justeru, aspek kesukarelawanan amat terkait dengan bidang kerja sosial. Bidang kerja sosial yang mempunyai beberapa kemahiran serta nilai dan etika sering digunapakai atau diaplikasikan oleh golongan sukarelawan. Namun, masih segelintir sukarelawan yang mengetahui bidang serta kemahiran kerja sosial yang dilihat amat penting untuk dikuasai oleh seseorang sukarelawan. Sehubungan dengan itu, sukarelawan amat digalakkan untuk mengikuti beberapa kursus bagi mempertingkatkan kemahiran mereka. Usaha ini dapat dilihat melalui Institut Sosial Malaysia (ISM) yang menyediakan kursus kerja sosial kepada sukarelawan yang menguruskan persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan. Penyediaan kursus kerja sosial ini dianggap mampu meningkatkan kemahiran, nilai dan etika para sukarelawan dalam membantu untuk meningkatkan kesejahteraan individu, kumpulan serta komuniti. Malah, usaha ISM ini juga sekaligus dapat meningkatkan profesion kerja sosial agar lebih dikenali serta dianggap penting oleh komuniti sekitar. Artikel ini akan menjelaskan kemahiran-kemahiran dalam praktis kerja sosial yang perlu diterapkan oleh sukarelawan semasa mereka mengendalikan kes melibatkan kumpulan sasar khususnya. Artikel ini mampu meningkatkan kesedaran terhadap persatuan atau pertubuhan yang menyediakan sukarelawan yang lebih kompeten dalam mengendalikan kes melibatkan kumpulan sasar dengan mengamalkan praktis kerja sosial.
Downloads
References
Aishah Nadirah, M.A. & Tajul Arifin, M. (2013). Motif penglibatan sukarelawan sukan institusi pengajiantinggi. Kertas kerja dibentangkan dalam World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. Langkawi, Malaysia. 25-26 November 2013.
Azizan, B. (2016). Kesukarelawanan. Pustaka Qarya. Perlis: Kangar.
Harris, B., Morris, A., Ascough, R.S., Chikoto, G.L., Elsen, P.R., McLoughlin, J. et al. (2016). History of associations and volunteering. Dalam Smith, D.H., Stebbin, R.A. & Grotz, J. (eds.). The palgrave handbook of volunteering, civic participation and non profit association [p. 23-58]. Palgrave Macmilan.
Hunt & Colander. (2002). Social Science: An Introduction to the Study of Society. (11th eds). Boston: Allyn and Bacon.
Labianca, J. (2020). 21 Virtual Volunteer Opportunities You Can Do From Home. From: http://www.goodhousekeeping.com
Mohd Saiden, S., Aswan, R., & Marni N. . (2019). Peranan Non-Government Organisation (NGO) dalam Komuniti Masyarakat Menurut Islam. In: Seminar Institusi Islam 2019, 18 Ogos 2019, 5.01 Bangunan Tun Razak (SPACE), Kuala Lumpur. (Unpublished)
Mukherjee, D. (2010). An Exploratory Study of Older Adults Engagement with Virtual Volunteerism. Journal of Techonology in Human Sevices 28(3) 188-196. From: http://doi.org/10.1086/15228835.2010.508368
National Council of Social Services. (2021). Emerging Stronger Together: A Guide Beyond Covid-19.
Normah, A. N & Ain Zahirah, M. Z. (2021). Manfaat Penglibatan dalam Kesukarelawanan Terhadap Pembangunan Kemahiran dan Sosial dalam Kalangan Mahasiswa Persatuan Kelab Penyayang. The Malaysian Journal of Social Administration 15, 67-84
Normah, A. N. Kamal, M.Y. & Fazil, A. (2019). Contributions Of Volunteering University’s Student to National Economy. International Journal of Asian Sosial Science, 7 (12), 971-976.
Nurzaimah, A., Muhammad Ridhwan, S., & Mohamad Basri, J. (2023). Kesukarelawanan. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Stephanie, T. & Mahtani, K. R. (2020). Volunteering during the Covid-19 Pandemic: What are the Potential Benefits to People’s Well Being? From: www.cebm.net
Sheafor, B. W. & Horejsi, C. R. (2012). Techniques and Guidelines for Social Work Practice (9th eds.). Upper Saddle River, NJ: Allyn and Bacon.
Zastrow, C. (2017). Introduction to Social Work and Social Welfare: Empowering People. Boston, MA: Cengage Learning.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 Nurzaimah Asalal, Tuan Muhammad Zukri Tuan Sembok
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.