Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Hafazan al-Quran di Institusi Tahfiz Terpilih Daerah Kuching, Sarawak

Authors

  • Syed Abdul Aziz Wan Yusuf Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, Cawangan Sarawak, Jalan Dato Mohd Musa, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia
  • Hadenan Towpek Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, Cawangan Sarawak, Jalan Dato Mohd Musa, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/perspektif.vol16.1.4.2024

Keywords:

Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran, Hafazan al-Quran, Pendidikan Islam di Sarawak

Abstract

Sungguhpun pengajian hafazan al-Quran menjadi teras pendidikan terutamanya di negara-negara Arab secara umum, namun ia boleh dikatakan baharu di Malaysia yang bermula puluhan tahun kebelakangan ini khususnya di negeri Sarawak. Justeru itu, artikel ini berobjektifkan untuk menganalisis persepsi pelajar terhadap pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran hafazan al-Quran di institusi pengajian tahfiz al-Quran (IPTQ) terpilih, Daerah Kuching, Sarawak. Kajian ini menggunakan metode tinjauan soal selidik sebagai metode utama kajian. Terdapat enam konstruk kaedah PdP hafazan al-Quran. Ia terdiri daripada talaqqi> dan musya>fahah, takri>r,  kefahaman, tasmi>‘, tadarrus dan kita>bah. Kajian ini menggunakan prosedur persampelan bukan kebarangkalian dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling). Ia dibahagikan mengikut klasifikasi lokasi premis IPTQ terpilih di Daerah Kuching dengan ciri-ciri tertentu. Ia melibatkan sejumlah 318 responden pelajar yang terdiri daripada 196 responden lelaki (61.64%) dan 122 responden perempuan (38.36%). Hasil kajian mendapati persepsi responden terhadap kaedah PdP hafazan al-Quran secara keseluruhannya berada pada tahap rendah (min = 2.01; s.p = 0.33). Dapatan ini menunjukkan bahawa responden kajian memberi persepsi terhadap pemahaman, pengetahuan, pelaksanaan dan amalan kaedah PdP hafazan al-Quran di IPTQ terpilih masih lagi pada tahap yang rendah. Namun, dari sudut turutan kelas keutamaan persepsi penerimaan pelajar terhadap kaedah PdP hafazan al-Quran dari yang tertinggi kepada yang terendah adalah seperti berikut Kaedah Tasmi> (292 responden, 91.82%), Kaedah Talaqqi> dan musya>fahah (291 responden, 91.5%), Kaedah Takri>r (284 responden, 89.3%), Kaedah Tadarrus (248 responden, 77.98%), Kaedah Kita>bah (242 responden, 76.10%), dan Kaedah Kefahaman (199 responden, 62.58%). Jelaslah kaedah tasmi>‘ dan kaedah talaqqi> dan musya>fahah juga menjadi pilihan utama menjadi amalan berterusan para pelajar dalam PdP hafazan al-Quran. Secara keseluruhannya hasil kajian ini mengakui keenam-enam kaedah ini masih lagi mendapat perhatian dan penekanan di kalangan penghafaz al-Quran. Para pelajar perlu komited dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan keenam-enam kaedah PdP ini supaya objektif PdP hafazan al-Quran dapat dicapai dengan lebih baik.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ab. Halim Tamuri dan Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. (2010). Kaedah pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ab. Halim Tamuri, Ahmad Munawar Ismail, Amal Hayati Md. Noor, dan Mohd Izzuddin Mohd Pisol. (2013). Penilaian guru terhadap pelaksanaan model-model tilawah al-Quran Program j-QAF. International Journal of Islamic Thought.

Abd Rahman Abd Ghani. (2016). Pembangunan sistem pendidikan guru tahfiz di Malaysia ke arah melahirkan tenaga kerja terlatih, dlm. Mohd. Yakub Zulkifli Haji Mohd dan Nordin Ahmad, Memperkasa generasi penghafaz al-Quran, Kuala Kubu Bharu Selangor: Darul Quran JAKIM, dan Kuala Lumpur: Centre of Quranic Research Universiti Malaya, 5-9.

Abdul Hafiz bin Haji Abdullah, dan Nur Safazilah binti Maksom. (2016). Sistem pengajaran dan pembelajaran Madrasah Tahfiz al-Quran Darul Ta‘alim, Kg. Tengah, Kluang, dlm. Mohd. Yakub Zulkifli Haji Mohd Yusoff dan Nordin Ahmad, Memperkasa generasi penghafaz al-Quran, Kuala Kubu Bharu Selangor: Darul Quran JAKIM, dan Kuala Lumpur: Centre of Quranic Research Universiti Malaya, 23-34.

Abu al-Fida’. (2006). Kaifa nahfazu al-Quran. Al-Qahirah: Dar al-Salam.

Abu al-Wafa, Aliyallah Ali. (1999). Al-Nur al-mubin li tahfiz al-Quran al-Karim. Al-Qahirah: Dar al-Wafa’.

Abu Najihat. (2002). Panduan bagi hafiz hafizah dan qari dan qariah. Selangor: Darul Iman.

Ahwani, Ahmad Fuad. (1995). Al-tarbiyyah fi al-Islam aw ta’alim fi ra’yi al-Qabisi. Kaherah: Dar Ihya’ al-Kutub al-Arabiyyah.

Al-Kailani, Taysir. (1986). al-Taujih al-Fanni fi Usul al-Tarbiyyah wa al-Tadris. Beirut: Maktabah Lebanon.

Al-Qabisi, Abi Hasan Ali Muhammad Khalaf. (1955). Al-Risalah al-mufassolah li ahwal al-mu’allimin wa ahkam al-mu’allimin wa al-mutaallimin. Kaherah: Dar Ihya’ al-Kutub al-Arabiyyah.

Al-Syarbini, Ibrahim Abdul Mun‘im. (2004). Al-Sabil ila al-jinan bi bayan kaifa yuhfazu al-Quran. Zaqaziq: Dar Ibnu Kathir.

Azarudin Awang, Azman Che Mat Ahmad Nazuki @ Marzuki Yaakub. (2011). Tahap pembacaan al-Quran dalam kalangan pelajar di UiTM. Asean journal of teaching and learning in higher education 3(2). Selangor: Penerbit UKM Press.

Azmil Hashim dan Kamarul Azmi Jasmi. (2016). Kaedah pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri, dan Misnan Jemali. (2013). Latar belakang guru tahfiz dan amalan kaedah pengajaran tahfiz al-Quran di Malaysia. The online journal of Islamic education 1(1).

Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri, Misnan Jemali, dan Aderi Che Noh. (2014). Kaedah pembelajaran tahfiz dan hubungannya dengan pencapaian hafazan pelajar, Journal of al-Quran and tarbiyyah 1(1), 9-16.

Ghazali, D., dan Mohd Khairi, H. (2013). Penilaian tahap amalan pelaksanaan kursus pengajian Islam dan hubungannya dengan tingkah laku pelajar. Proceeding of the global summit on education, 2013 (March), 11–12.

H. Zamakhsyari bin Hasballah Thaib. (2016). Tadarus Alquran: Urgensi, tahapan, dan penerapannya, Almufida I (1) Juli-Desember 2016, 21-48

Hulin, C., Netemeyer, R., and Cudeck, R. (2001). Can a reliability coefficient be too high? Journal of consumer psychology 10, (Nr. 1) 55-58.

Lim Chong Hin. (2007), Penyelidikan pendidikan: pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Shah Alam: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Misnu Taha. (2019). Teks ucapan alu-Aluan Yang Berbahagia Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak sempena majlis tilawah dan menghafaz al-Quran peringkat Negeri Sarawak 1440H/2019M, 25 Februari 2019, Dewan Majma Tuanku Abdul Halim Mua’dzam Shah, Kompleks Islam Sarawak, Kuching, Sarawak. <https://www.oldkuchingsmartheritage.my/2020/12/09/majlis-sambutan-10-tahun-mattarykuching-9-12-20-yang-amat-berhormat-datuk/>

Mohd Farouq Mohd al-Raiy. (1427H). Al-Tariqah al-‘amaliyyah li al-ta‘allumi wa ta‘alim al-Quran hifzan wa tilawatan bi al-tajwid wa al-itqan. Jeddah: Syirkah al-Madinatul Munawwarah litaba’ah wal-Nasyr.

Mohd Fauzi Hamad dan Mohd Khairul Naim Che Nordin. (2012). Tinjauan kepentingan pembangunan modal insan di Malaysia, Jurnal Al-Tamaddun 7(1), 75-89.

Muhammad Muhsin Syeikh Ahmad. (1994). Al-Quran dan cara-cara menghafaz. Shah Alam: Perpustakaan Darul Quran.

Muhammad Zulazizi Mohd Nawi, Mohd Rashidi Omar, Muhammad Amirul Mohd Nor. (2021). Sistem pendidikan tahfiz di Malaysia, pilihan ibu bapa dan warisan pendidikan Islam Andalus: satu sorotan, Asian People Journal 4(1), 132-147.

Norfadhilah Binti Nasrudin. (2014). Penilaian pencapaian objektif program pembudayaan keusahawanan (PPK) di Politeknik Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.

Norhisham bin Muhamad, Azmil bin Hashim, Wahyu Hidayat bin Abdullah, Muhammad Akramin bin Kamarul Zaman, dan Fatin Ardani binti Zamri. (2019). Kaedah talaqqi musyafahah dalam pengajaran al-Quran wa al-Hifz kurikulum DINI SABK di Perak. International Journal of Education, Psychology and Counseling. 4 (32), 273-283.

Nunnally, J., & Bernstein, I. (1994). Psychometric theory, 3rd ed. New York: McGraw-Hill.

Pallant, J. (2013). SPSS A step by step guide to data analysis using IBM SPSS-Survival Manual (5th edition). New York: Mc Graw Hill.

Rusli Ahmad, Hasbee Usop, Azman Ismail, Sopian Bujang dan Nur Naha Abu Mansor. (2014). Conducting research in social sciences and management studies. Kuching: RS Publishing House.

Saim Kayadibi. (2018). Principles of Islamic law: the methods of interpretation. Selangor: Islamic Book Trust.

Sedek Ariffin dan Siti Sarah Wahidah Wahid. (2014). Kajian metodologi hafazan al-Quran. Kuala Lumpur: Jabatan al-Quran dan al-Hadith. Universiti Malaya: APIUM.

Sedek bin Ariffin. (2009). Kepentingan talaqqi dan musyafahah dalam pembacaan al-Quran. Jurnal Darul Quran 13. Kuala Kubu Baru: Darul Quran.

Shamsazila, Muhammad Faizal & Ghazali. (2017). Pelaksanaan program i-Think di Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: satu kajian awal. Jurnal kepimpinan pendidikan 4 (1), 72-106.

Siti Arni Basir. (2004). Pembangunan sumber manusia menurut perspektif Islam, Jurnal Usuluddin 19, 211-228.

Solahuddin Ismail. (2016). Institusi tahfiz di Malaysia: prospek dan cabaran, dlm. Mohd. Yakub Zulkifli Haji Mohd Yusoff dan Nordin Ahmad, Memperkasa generasi penghafaz al-Quran, Kuala Kubu Bharu Selangor: Darul Quran JAKIM, dan Kuala Lumpur: Centre of Quranic Research Universiti Malaya, 194-201.

Ursachi, G., Horodnic, I. A., and Zait, A. (2015). How reliable are measurement scales? External factors with indirect influence on reliability estimators. (7th International Conference on Globalization and Higher Education in Economics and Business Administration, GEBA 2013). Procedia Economics and Finance 20, 679 – 686.

Downloads

Published

2024-04-25

How to Cite

Wan Yusuf, S. A. A., & Towpek, H. (2024). Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Hafazan al-Quran di Institusi Tahfiz Terpilih Daerah Kuching, Sarawak. Perspektif Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 16(1), 32–53. https://doi.org/10.37134/perspektif.vol16.1.4.2024

Issue

Section

Articles