Rumah Besar Penghulu Raja Bilah di Papan dan Hubungannya dengan Masyarakat Mandailing di Perak 1896-1940
DOI:
https://doi.org/10.37134/perspektif.vol15.sp.2.2023Keywords:
Rumah Besar, Raja Bilah, masyarakat Mandailing, hubungan, PerakAbstract
Artikel ini membincangkan tentang Rumah Besar Penghulu Raja Bilah di Papan yang dibina pada tahun 1896 dan hubungannya dengan masyarakat Mandailing di Perak sehingga 1940. Objektif utama kajian ini ialah membuktikan bagaimana kewujudan Rumah Besar tersebut sebagai simbol kepada penyatuan dan kekuatan masyarakat Mandailing di Perak semenjak akhir kurun ke-19. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi pendekatan sejarah iaitu mendapatkan bahan, menilai kesahihan, menganalisis kandungan dan seterusnya mensintesis bahan menjadi sebuah karya sejarah. Hasil penelitian menunjukkan bahawa Rumah Besar Penghulu Raja Bilah di Papan dibina selepas kehadiran masyarakat Mandailing dari Sumatera ke Ipoh pada tahun 1896 selepas Raja Bilah dilantik sebagai penghulu. Seni bina Rumah Besar ini menggunakan campuran kayu dan batu untuk menghasilkan struktur bangunan dua tingkat. Gaya seni bina Rumah Besar ini mengikut gaya seni bina Mandailing iaitu Bagas Godang. Bagas Godang bagi masyarakat Mandailing merujuk sebagai rumah kediaman seorang raja atau ketua marga. Bagi masyarakat Mandailing, raja tidak hanya berperanan sebagai ketua adat, tetapi mereka adalah orang yang dapat menyelesaikan berbagai masalah di permukiman adat tersebut. Rumah Besar ini juga pernah berfungsi sebagai tempat berkumpul masyarakat Mandailing dari pelbagai marga yang telah tersebar ke seluruh Perak seperti di Papan, Gopeng, Batu Gajah, Chemor dan Batang Padang. Kesimpulannya, Rumah Besar Raja Bilah ini telah berfungsi sebagai ikon kepada penyatuan dan kekuatan masyarakat Mandailing di Perak sebelum Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun, pada hari ini, rumah tersebut semakin usang dan terbiar sepi. Oleh itu, kajian ini boleh dijadikan sebagai sandaran dan panduan asas kepada mana-mana pihak yang mencintai sejarah dan warisan negara dalam usaha untuk memulihara Rumah Besar tersebut.
Downloads
References
Abdur-Razaq, L., & Khoo Salma, N. (2003). Raja Bilah and the Mandailing in Perak: 1875-1911. Petaling Jaya: MBRAS.
Bugaran Antonius, S. (2006). Struktur sosial dan sistem politik Batak Toba hingga 1945: Suatu pendekatan Sejarah, Antropologi Budaya Politik. Jakarta:Yayasan Obor Indonesia.
Garranghan, G. J. (1952). A guide to historical method. New York: Fordham UP.
Gottachalk, L. (1986). Mengerti sejarah. (Terj: Nugroho Notosusanto). Jakarta: UI Press.
Gullick, J. M. (1960). A history of Selangor 1742-1957. Singapore: Eastern Universities Press Ltd.
Khoo, K. K. (1991). Taiping (Larut) : The early history of a Mining Settlement. Journal of the Straits Branch Royal of the Asiatic Society (JSBRAS).
Nasution, P. (2005). Adat budaya Mandailing dalam tantangan zaman. Sumatera Utara: FORKALA.
Putri Lynna A. L., Irma Novrianty, N., & Kemala, J. (2014). Struktur Bangunan Tradisional Mandailing. Jurnal Saintika, 14(2), 141-149.
Raja haji Muhammad Ya’qub (1934). Tarikh Raja Asal dan keluarganya. Perak: Unknown.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 Nor Haslinda Abdul Halim Khoo, Yunus Sauman @ Sabin
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.