Pemahaman Belia Malaysia terhadap Politik Cybertroopers: Kajian tinjauan di Selangor dan Perak
DOI:
https://doi.org/10.37134/perspektif.vol15.sp.5.2023Keywords:
politik, Cybertroopers, belia, pemahaman, MalaysiaAbstract
Kebangkitan keyboard warrior, netizen dan Cybertroopers ini adalah fenomena global yang tidak hanya berlaku di Malaysia sahaja, tetapi wujud di seluruh negara. Di Malaysia, kemunculan gerakan Cybertroopers sering dikaitkan dengan penglibatan belia kerana mereka adalah pengguna utama media sosial. Oleh itu, kajian ini menyelidiki tentang pemahaman belia di Selangor dan Perak tentang politik Cybertroopers dengan memfokuskan analisisnya kepada tahap pemahaman mereka tentang definisi, tipologi dan matlamat penubuhan kumpulan Cybertroopers di Malaysia dan perbezaan tahap pemahaman ini mengikut indikator demografi belia seperti jantina, pendidikan dan status ekonomi. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif menerusi instrumen soal selidik yang diedarkan secara rawak kepada 395 belia di Selangor dan Perak. Data kuantitatif ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan SPSS 27.0. Dapatan menunjukkan bahawa belia mempunyai pemahaman yang rendah tentang Cybertroopers kerana mereka tidak mengetahui dengan jelas pendefinisian sebenar Cybertroopers. Oleh kerana mereka tidak memahami definisi cybertroopers ini, maka mereka sering beranggapan bahawa Cybertroopers ialah keyboard warriors atau ‘makcik bawang’. Malah, rata-rata mereka tidak mengetahui jenis atau bentuk Cybertroopers serta tidak mengetahui tujuan sebenar kewujudan Cybertroopers dalam politik Malaysia. Bagi indikator demografi jantina, kelompok belia perempuan peka tentang kewujudan Cybertroopers dan mempunyai pemahaman yang lebih baik berkenaan gerakan ini berbanding belia lelaki. Manakala, jika dibandingkan mengikut taraf sosioekonomi, belia yang mempunyai pendapatan bawah RM 1200 lebih peka terhadap politik Cybertroopers berbanding dengan belia pada taraf ekonomi yang lain. Bagi analisis tahap pendidikan, tiada perbezaan signifikan bagi semua item kecuali bagi jenis Cybertroopers iaitu alat untuk menjatuhkan pemimpin di mana belia yang mempunyai diploma/STPM bersetuju dengan kenyataan ini berbanding dengan kelompok belia yang lain. Secara keseluruhannya, implikasi kajian menunjukkan bahawa kerajaan perlu memberi kesedaran dan pemahaman kepada masyarakat, khususnya belia tentang Cybertroopers dan mengawal gerakan ini bagi memastikan kestabilan politik nasional.
Downloads
References
Almond, G. & Verba, S. (1963). The civic culture. New Jersey: Princeton University Press.
Bastos, M.T., & Mercea, D. (2017). The Brexit botnet and user-generated hyperpartisan news. Social Science Computer Review. Advanced online publication, 1–18. http://doi:10.1177/0894439317734157.
Ferrara, E. (2017). Disinformation and social bot operations in the run up to the 2017 French Presidential Election. First Monday, 22(8), 1-33. DOI: http://dx.doi.org/10.2139/ssrn.2995809.
Harris, Z. (2020). Everywhere and nowhere: Cybertroopers and the battle for democracy. https://www.isis.org.my/2020/01/16/everywhere-and-nowherecybertroopers-and-the-battle-for-democracy-2/
Hart, S.W., & Klink, M.C. (2017). 1st Troll Battalion: Influencing military and strategic operations through cyber-personas. In 2017 International Conference on Cyber Conflict (CyCon U.S.) (pp. 97–104). DOI: https://doi/10.1109/CYCONUS.2017.8167503.
Haspaizi, Z., & Yasmin, R. (2019, Mac 24). Laskar siber kerjaya lumayan, tapi mencabar. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/469316.
Herrick, D. (2016). The social side of “cyber power”? Social media and cyber operations. International Conference on Cyber Conflict, CYCON, 2016–August, 99–111. DOI: http://doi.org/10.1109/CYCON.2016.7529429.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2023). Statistik populasi penduduk dan penduduk belia mengikut kategori umur, jantina, etnik, daerah dan negeri di Malaysia bagi tahun 2015 - 2022. https://ydata.iyres.gov.my/iyresbankdataV2/www/index.php?r=pub/home/readcontent4&id=134.
Johns, A., & Cheong, N. (2019). Feeling the Chill: Bersih 2.0, state censorship, and “networked affect” on Malaysian social media 2012–2018. DOI: https://journals.sagepub.com/doi/10.1177/2056305118821801.
King, G., Pan, J., & Roberts, M.E. (2017). How the Chinese government fabricates social media posts for strategic Distraction, not engaged argument. American Political Science Review, 111(3), 484–501. DOI: https://doi:10.1017/S0003055417000144.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.
Lanigan, R.L. (2016). Netizen. Dalam Barney Warf. The SAGE Encyclopedia of the internet. Beverly Hills, CA: SAGE.
Lee, C. A. L., & Kerr, E. (2020). Trolls at the polls: What cyberharassment, online political activism, and baiting algorithms can show us about the rise and fall of Pakatan Harapan (May 2018-February 2020). First Monday, 25(6). DOI: https://doi.org/10.5210/fm.v25i6.10704.
Leong, P. (2015). Political communication in Malaysia: A study on the use of new media in politics. Journal of eDemocracy, 7(1), 46-71.
Lin, K. Y., & Lu, H. P. (2011). Why people use social networking sites: An empirical study integrating network externalities and motivation theory. Computers in Human Behavior, 27(3), 1152-1161.
Mastura, M., Siti Zobidah, O., & Krauss, S. E. (2020). Is citizen journalism to keyboard warriors and cybertroopers? An exploration and meaning form citizen journalist experience. https://hrmars.com/papers_submitted/7376/Is_Citizen_Journalism_is_Similar_to_Keyboard_Warriors_and_Cyber_Troopers_An_Exploration_and_Meanings_from_Citizen_Journalists%E2%80%99_Experience.pdf.
Muhammad Adnan, P., & Siti Zobidah, O. (2019). Dasar Keselamatan Siber Malaysia: Tinjauan terhadap kesedaran netizen dan undang-undang. Jurnal Komunikasi: Malaysia Journal of Communication, 35(1), 103-119.
Norris, P. (2002). Democratic phoenix: Reinventing political activism. Cambridge: Cambridge University Press.
Nuurrianti, J., & Ika Karlina, I. (2019). Fake news and elections in two Southeast Asian nations: A comparative study of Malaysia general election 2018 and Indonesia presidential election 2019. Advances in Social Science, Education and Humanities Research, 367, 138-148.
Sarina, Y., Khairuddin, I., Asnarulkhadi, A.S., Adamkolo, I., Nor Sabila, R., Muhamad Shamsul, I., & Nur Atikah, A. R. (2020). Keyboard warrior, online predator or cyber bully? The growing menace of child exposure to internet harm based on research evidence. Pertanika Journal Social Sciences & Humanities, 28(2), 1291-1309.
Sekaran, U. (1992). Research methods for business a skill-building approach. New York: John Wiley & Sons.
Shahrul Nazmi, S., Fauziah, I., Azianura Hani, S., & Nasrudin, S. (2019). Penggunaan media sosial dalam kalangan remaja B40 di sekitar Lembah Klang. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(4), 101-118.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. (2023). Internet users survey 2022. Cyberjaya: MCMC.
Tiung, L.K., Rizal Zamani, I., & Rafiq, I. (2019). Propaganda dan disinformasi: Politik persepsi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Malaysia. Jurnal Kinabalu Edisi Khas, 171-198.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 Nurul Iwan
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.