Persepsi Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terhadap aktiviti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tanjong Malim dalam membina kesepaduan sosial

Authors

  • Siti Afifah Kamaruzaman Jabatan Pengajian Malaysia, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Khairul Ghufran Kaspin Jabatan Pengajian Malaysia, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/perspektif.vol15.sp.6.2023

Keywords:

aktiviti, batas etnik, Kawasan Rukun Tetangga (KRT), kesepaduan etnik, mahasiswa

Abstract

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) telah wujud di Malaysia sejak tahun 1975. Sejak penubuhannya, KRT telah berperanan untuk menjaga keselamatan komuniti setempat. Namun, peranan KRT telah mengalami fasa perubahan iaitu menjadi sebuah medium kesepaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik melalui aktiviti yang dianjurkan. Dalam hal ini, mahasiswa merupakan kelompok yang sering terkait dengan aktiviti yang dianjurkan oleh KRT dari sudut kesepaduan etnik kerana terdapat kaitan antara KRT dan mahasiswa. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti partisipasi mahasiswa UPSI yang melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan di KRT. Menerusi pendekatan kuantitatif, satu set soal selidik dijalankan sebagai instrumen kajian yang melibatkan sampel kajian seramai 210 orang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.0. Dapatan menunjukkan bahawa tahap keberkesanan KRT sebagai medium kesepaduan mahasiswa adalah pada tahap tinggi dengan sisihan piawai 0.74 dan min keseluruhan adalah 4.39. Ini membuktikan bahawa KRT telah memainkan peranannya dengan proaktif dalam memastikan kesepaduan antara mahasiswa terjalin dengan baik melalui aktiviti yang dianjurkan. Dari sudut penglibatan pula, tahap mahasiswa yang terlibat dalam aktiviti KRT adalah tinggi dengan sisihan piawai 0.99 dan min keseluruhan adalah 3.63. Hasil juga mendapati tahap kesepaduan etnik dalam kalangan mahasiswa UPSI yang menyertai aktiviti KRT adalah tinggi yang mana sisihan piawai 0.89 dan min adalah 4.07. Kajian ini mendapati bahawa masih wujud kesedaran terhadap kepentingan kesepaduan etnik dalam kalangan mahasiswa. Bagi memastikan kesan pelaksanaan aktiviti KRT terhadap mengukuhkan hubungan etnik di kawasan petempatan penduduk terus berjalan dengan jayanya, semua pihak harus berganding bahu dan bersatu padu dalam menggiatkan lagi pelaksanaan aktiviti KRT.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Barth, F. (1969). Ethnic groups and boundaries: The social organization of culture difference. Boston: Little, Brown and Company.

Belkhodja, C. (2013). Improving the assessment of international students’ contribution to Canadian Society, Knowledge Synthesis. Canada: Université de Moncton and Victoria Esses, Western University Pathways to Prosperity Partnership.

Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Habib, C. (2019). Peran mahasiswa di masyarakat. De Banten-Bode: Jurnal Pengabdian Kepada Masyarakat (PKM) Setiabudhi, 1(1), 35-40.

Hairol Anuar, M. D., Nor Azlili, H., Azlina, A., Mohd Mahadee, I., & Marzudi, M. Y. (2020). Hubungan sosial rentas etnik ke arah pengukuhan kesepaduan sosial di malaysia. Islamiyyat, 42, 108.

Hamidah, A. B. (2014). Kepimpinan Rukun Tetangga: Satu kajian kes di Kawasan Rukun Tetangga, Kampung Malaysia Raya, Cheras, Kuala Lumpur. Tesis Ijazah Sarjana Sains Kemasyarakatan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ibnu Khaldun (1993). Mukadimah Ibn Khaldun (Terj. Dewan Bahasa dan Pustaka). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). (2021). Panduan pengurusan dan pentadbiran Rukun Tetangga. Putrajaya: Kementerian Perpaduan Negara.

Jainudin, N. (2012). Program Jalinan Muhibbah pupuk integrasi. Diperoleh daripada https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4449/1/nc0000001742.pdf.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Faktor – faktor yang mempengaruhi minat mengajar di kalangan guru. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Kementerian Perpaduan Negara. (2021). Dasar Perpaduan Negara. Wilayah Persekutuan Putrajaya: Kementerian Perpaduan Negara.

Khairul Ghufran, K., Mansor, M. N., & Mohd Mahzan. A. (2018). Perspektif pelajar terhadap Kurikulum Sejarah peringkat menengah di Malaysia. Jurnal Pemilik Pendidikan, 9(9): 31-42.

Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement 30, 607-610.

Mansor, M. N. (2012). Kerencaman sosial dan penipisan batas etnik: Kepelbagaian etnik dan perkongsian hidup bersama di Malaysia. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Rafie, A. (2022, 26 Mac). 974 Kawasan Rukun Tetangga Tidak Aktif. Utusan Malaysia. Diperoleh daripada https://www.utusan.com.my/berita/2022/03/974-kawasan-rukun-tetangga-tak-aktif

Mohd Syariefudin, A., Mazdi, M., Mohd Marzuqi, A.R., Muhammad Akramin, K. Z., & Khairul Ghufran, K. (2020). Penubuhan Rukun Tetangga di Malaysia daripada perspektif Islam. Tinta Artikulasi Membina Umah, 6(1), 102-104.

Mohd Syariefudin, A., Syed Salman Al-Yahya, S. S., & Nur Azah, R. (2022). Keberkesanan strategi Rukun Tetangga (RT) dalam memupuk kesepaduan sosial dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di Tanjung Malim Perak. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 3(1), 143-154.

Muhammad Zulsyaini, S. S. (2023, 10 Oktober). Laksana aktiviti kemasyarakatan. Berita Harian. Diperoleh daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/10/1163002/laksana-aktiviti-kemasyarakatan

Noor Hayati, M. (2023, 14 Mei). Orang Muda Kurang Minat Punca KRT Tidak Aktif. Kosmo Malaysia. Diperoleh daripada https://www.kosmo.com.my/2023/05/14/orang-muda-kurang-minat-punca-krt-tidak-aktif/

Rozmi, I. (2017). Metodolodi penyelidikan: Teori dan praktis (Edisi Keempat). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sarjit, S. G., Zulkhairi, Z., A.T Talib, Mohd Roslan, R., & Kunasekaran, P. (2021). Peranan pemimpin Rukun Tetangga dalam merealisasikan agenda Dasar Perpaduan Negara. International Conference of Social Sciences and Management. (81-82). Bintulu, Sarawak: Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains, Universiti Putra Malaysia.

Shamsul Amri, B. (2012). Modul Hubungan Etnik. Edisi Kedua. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tan, T. C., & Mohd Syariefudin, A. (2021). Kesepaduan sosial dalam kalangan pelajar universiti. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 2(2), 24-33.

Wan Abdul Halim, O. (1982). Masyarakat Setinggan di Wilayah Persekutuan. Pulau Pinang: Pusat Penyelidikan Dasar, Universiti Sains Malaysia.

Zamri, S. (2020, 6 Februari). Mahasiswa nadi penggerak masyarakat bertamadun. Berita Harian. Diperoleh daripada https://www.bharian.com.my/rencana/surat-pembaca/2020/02/653005/mahasiswa-nadi-penggerak-masyarakat-bertamadun

Downloads

Published

2023-12-15

How to Cite

Kamaruzaman, S. A., & Kaspin, K. G. (2023). Persepsi Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terhadap aktiviti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tanjong Malim dalam membina kesepaduan sosial. Perspektif Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 15, 67–82. https://doi.org/10.37134/perspektif.vol15.sp.6.2023

Issue

Section

Articles