Keberkesanan Pengaplikasian Model Penanda Wacana, Kata Bantu Dan Keterangan (PWKBKK) Bahasa Melayu terhadap penguasaan kemahiran menulis ayat dan perenggan dalam kalangan muridtahun empat di Selangor
DOI:
https://doi.org/10.37134/perspektif.vol17.1.3.2025Keywords:
Kata bantu dan kata keterangan (PWKBKK), kemahiran menulis ayat dan perenggan, model penanda wacana, murid Tahun Empat, UASAAbstract
Ketidaklancaran kemahiran membaca dan kelemahan penguasaan kemahiran menulis dilihat sebagai punca kemerosotan pencapaian akademik belakangan ini di sekolah rendah. Permasalahan kajian menunjukkan bahawa masalah utama yang dihadapi oleh murid sekolah rendah merangkumi kecekapan membina ayat dan perenggan dengan betul dalam peperiksaan awam. Justeru, kajian yang dilaksanakan ini bertujuan untuk meneliti keberkesanan pengaplikasian Model Penanda Wacana, Kata Bantu dan Kata Keterangan (PWKBKK) Bahasa Melayu terhadap penguasaan kemahiran menulis ayat dan petikan dalam kalangan murid Tahun Empat di sebuah sekolah rendah di Selangor. Model PWKBKK ini dibina berdasarkan kepada adaptasi daripada Model Lewin (1946) dan Laidlow (1992) untuk meneliti aspek penguasaan kemahiran menulis ayat dan perenggan dalam kalangan murid Tahun Empat. Reka bentuk kajian kualitatif telah digunakan bagi kajian ini. Seramai lapan orang murid Tahun Empat telah melibatkan diri sebagai peserta kajian ini secara sukarela. Teknik pengumpulan data kajian ini melibatkan temu bual separa berstruktur dan penganalisisan dokumen karangan dan skor ujian intervensi murid. Penelitian terhadap keberkesanan pengaplikasian Model PWKBKK ini telah dilangsungkan di bilik darjah selama empat minggu. Manakala, teknik penganalisisan data yang digunakan ialah analisis tematik. Dua tema utama yang ditemui dalam kajian ini terdiri daripada kajian ini ialah (i) persepsi murid Tahun Empat terhadap pengaplikasian model PWKBKK dan (ii) impak pengaplikasian model PWKBKK terhadap kemahiran menulis ayat dan perenggan dalam kalangan murid Tahun Empat. Secara keseluruhannya, pengaplikasian Model PWKBKK dilihat mendatangkan impak yang positif terhadap peningkatan penguasaan kemahiran menulis ayat dan perenggan kerana kelapan-lapan peserta kajian didapati berupaya menghasilkan ayat dan perenggan dengan baik dan bersistematik.
Downloads
References
RUJUKAN
Abd. Aziz Abd. Talib. (2007). Pedagogi bahasa melayu: prinsip, kaedah dan teknik: edisi keempat. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol. 1, Bil. 1 (Mei), 1-12.
Ahmad Khair Mohd. Nor. (2005). Menulis membina keterampilan berfikir. Pelita Bahasa. Julai, 18 (7): 12- 14.
Al-Hafiz Sapuan. (2011). Penggunaan teknik warna dan kata kunci untuk kemahiran mengesan jawaban soalan pemahaman. [Tesis tidak diterbitkan]. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.
Fatimah Embong. (2010) Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Seminar Penyelidikan Tindakan. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Sarawak.
Filippatou, D. & Kaldi, S. (2010). The effectiveness of project-based learning on pupils with learning difficulties regarding academic performance, group work and motivation. International Journal of Special, Vol 25 No 1, 17-26.
Haslina Haroon & Hasuria Che Omar. (2016). Kata bantu ragam dalam terjemahan inggeris-melayu. Jurnal Bahasa Jilid 16 Bil. 2 Disember, 191-212.
Jamaludin Haji Badusah & Mohamed Amin Embi. (2006). Keberkesanan penggunaan buku elektronik: penulisan karangan berbentuk deskriptif. Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia, 3, 43-54.
Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2003). Laporan prestasi UPSR. Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Mahzan Arshad. (2008). Pendidikan literasi bahasa melayu: strategi, perancangan, dan pelaksanaan. Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd.
Marzni Mohamed Mokhtar. (2018). Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan penulisan karangan argumentatif. [Tesis Doktor Falsafah]. Universiti Sains Malaysia.
Md. Ramli Sabran. (2011). Strategi Penulisan Kertas UPSR 012. Mega Setia Emas Sdn Bhd Selangor.
Mohd Al-Faizal Che Alui. (2006). Pengamalan nilai-nilai murni pelajar di kalangan pelajar tingkatan 4. [Tesis Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan]. Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Ismail Othman. (2003). Undang-undang untuk pengetua dan guru besar. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Mohd Ruslee Mohd Salleh. (2011). Meningkatkan kemahiran mengesan dan menulis nilai murni di kalangan murid tahun 6 nilam.[Tesis tidak diterbitkan]. Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.
Montgomery,D. (2007). Spelling handwriting and dyslexia. Routledge.
Muhammad Hasan Abdul Rahman. (2001). Grafik asas: panduan penghasilan bahan pengajaran. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Nik Safiah Karim (2004). Bahasa melayu sedekad yang lalu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noraini Ahmad (2003). Menguatkan Ingatan. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Norhayati Alias. (2019). Analisis perbandingan penanda wacana pernyataan semula bahasa melayu iaitu dan bahasa sepanyol esto es. GEMA Online® Journal of Language Studies Volume 19(4), 363- 378.
Nor Asiah Ismail, A. Jailani Che Abas, Dzulkarnain Mat, Mohd Asri Abdul Razak, & Mohd Nor Mohamed (2020). Analisis fungsi penanda wacana dalam penulisan kerja kursus pelajar ppismp bahasa melayu. Jurnal Penyelidikan Jelai, VOLUME (13) 2020, 1-10.
Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah. (2003). Pendidikan prasekolah. PTS Publications.
Noor Habsah Ali. (2018). Strategi pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar melanau daerah daro. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(1), 33-41.
Norsimah Mat Awal, Nadrah Abu Bakar, & Norhashimah Jalaluddin, (2012). Pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua: Pengungkapan idea dalam penulisan pelajar sekolah menengah di Malaysia. Jurnal Melayu, 9, 227-240.
Nurmasitah Mat Hassan & Jama’yah Zakaria (2015). Kohesi gramtikal penghung dalam karangan berbahasa Melayu. International Journal of Language Education and Aplied Linguistics. Jilid 03, 101-113.
Nurul Khasanah. (2018). Analisis penggunaan kata keterangan pada karangan narasi siswa di smp. [Disertasi Sarjana]. Universitas Muhammadiyah Surakarta.
Raja Ahmad Fauzi Raja Ishak (2007). Praktis Bina Ayat dan Ulasan. Pelangi Sdn. Bhd.
Ravitz, J., Hixson, N., English, M. & Mergendoller, J. (2011). Using project-based learning to teach 21st century skills: Findings from a statewide initiative in West Virginia.
Dimuat turun pada 1.4.2012 dari http://www/bie/org/research/study/ PBL_21CS_WV.
Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu: Senario, teori dan panduan untuk guru dan murid. Karisma Publications Sdn.Bhd.
Suhaimi Yunus. (2009). Permasalahan pembelajaran penulisan bahasa melayu dalam kalangan murid orang asli. [Tesis Master Sains]. Universiti Putra Malaysia.
Sulaiman Masri. (2006). Bahasa melayu: dimensi pengajaran dan pembelajaran. Utusan Publication & Distributors.
Suraiti Saidin. (2010). Peningkatan kemahiran pembinaan ulasan murid tahun 4 dengan menggunakan jadual rumus membina ulasan. [Tesis tidak diterbitkan]. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.
Thomas, J.W. (2000). A review of research on project-based learning. Dimuat turun pada 25 Feb 2012 dari http://www.bobpearlman.org/BestPractices/PBL_Research.Pdf
Ujang Mohamed Lazim. (2006) Penulisan PMR. Pelangi Publishing Group Bhd.
Yahya Don. (2005). Kepimpinan pendidikan di Malaysia. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Zalhisham Abdul Ghaizi & Norul Haida Reduzan. (2013). Strategi pengajaran guru bahasa Melayu sekolah rendah di sekolah luar bandar. Prosiding Penyelidikan Bahasa Melayu. Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu Ke-2, 25-27. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Marzni Mohamed Mokhtar, Nur Mimi Marina Mohd Radzuan, Marni Jamil

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


