Nilai dan identiti belia berdasarkan Indeks Belia Malaysia (IBM’ 22)

Authors

  • Nur Syuhada Mokhzan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Aras 10, Menara KBS, Putrajaya, Malaysia
  • Shahhanim Yahya Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Aras 10, Menara KBS, Putrajaya, Malaysia
  • Vellapandian Ponnusamy Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Aras 10, Menara KBS, Putrajaya, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/perspektif.vol17.1.6.2025

Keywords:

belia, identiti, nilai, pemerkasaan, penerapan

Abstract

Fokus utama kemajuan sesebuah negara bukan sahaja bergantung pada perkembangan teknologi dan pembangunan infrastruktur, tetapi juga pada pembentukan modal insan yang berkualiti melalui pendekatan menyeluruh. Dalam konteks ini, nilai dan identiti memainkan peranan penting dalam melahirkan belia yang berkaliber, selaras dengan usaha Malaysia memperkukuh jati diri dan kepimpinan mereka sebagai peneraju pembangunan negara.Oleh itu, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melaksanakan kajian Indeks Belia Malaysia yang merangkumi enam domain dan 41 indikator yang bertindak sebagai penanda aras dalam memantau perkembangan kualiti dan kesejahteraan hidup generasi belia Malaysia. Artikel ini hanya memfokuskan kepada Domain nilai dan Identiti serta melibatkan tujuh indikator sahaja. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui tinjauan soal selidik secara bersemuka yang melibatkan seramai 3,202 orang belia berumur 15- 30 tahun di seluruh Malaysia. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif yang dijalankan melalui perisian SPSS untuk menilai tahap nilai dan identiti belia berdasarkan faktor jantina, umur dan lokaliti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai dan identiti sangat memuaskan lebih ketara dalam kalangan perempuan (15.37%) berbanding lelaki (13.15%). Selain itu, belia dalam kategori umur 25 hingga 30 tahun mencatatkan peratusan tertinggi (16.16%) bagi nilai dan identiti yang sangat memuaskan berbanding kumpulan umur lain. Secara keseluruhan, skor nilai dan identiti belia pada tahun 2022 berada pada tahap memuaskan (75.22), dengan indikator kawalan diri menunjukkan skor tertinggi pada tahap sangat memuaskan (85.62). Dapatan ini memberi penekanan kepada keperluan untuk memperkukuh pembangunan nilai dan identiti belia bagi melahirkan generasi yang lebih berdaya tahan dan berkaliber. Pengiraan skor bagi Domain Nilai dan Identiti diperoleh melalui purata skor tujuh skor indikator dan skor keseluruhan dikira berdasarkan 20 peratus nilai pemberat domain. Nilai skor dikategorikan kepada enam skala iaitu 0-39 (Sangat tidak memuaskan); 40-49 (Tidak memuaskan); 50-59 (Kurang memuaskan); 60-74 (Sederhana); 75-79 (Memuaskan) dan 80-100 (Sangat memuaskan). Oleh itu, pengukuhan nilai dalam membentuk identiti belia perlu terus diperkasakan memandangkan identiti merupakan petunjuk kepada perkembangan karakter diri belia bagi meningkatkan nilai diri dan kajian ini diharap dapat memandu penyediaan input pembentukan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia. 

Downloads

Download data is not yet available.

References

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES). 2019. Penilaian Outcome Indeks Belia Malaysia 2019, eds. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), 42-45. Putrajaya: Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).2012. Understanding The Anxieties and Desires of Malaysian Youth. https://iyres.gov.my/images/penerbitan/Understanding%20The%20Anxieties%20&%20Desires%20of%20Malaysia%20Youth.pdf.

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).2021. Indeks Belia Malaysia 2021 (IBM’21), eds. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), 64-67. Putrajaya: Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).2022. Facts: Figures: Indeks Belia Malaysia 2022 (IBM’22), eds. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), 70-73. Putrajaya: Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).2023. Penilaian Pembangunan Belia Positif 8C bagi Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3, eds. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), 34-35. Putrajaya: Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).2023. Statistik Belia Malaysia. 2022.https://www.iyres.gov.my/images/penerbitan/Statistik%20Belia%20Malaysia%202022%20Vol%2010%20 Terbitan%202023V3.pdf.

Jamilah Ahmad & Nur Nasliza Arina Mohamad Nasir.2018. Penerapan Dan Pemerkasaan Nilai Murni Dalam Kalangan Belia. Malaysian Journal of Youth Studies. 19(2),168-199.

Jamilah Maliki,Normah Mustaffa,Mohd Nor Shahizan Ali & Mus Chairil Samani. 2022. Identiti Menerusi Media Sosial: Konstruksi, Konteks Dan Hubungannya Dengan Aspek Pengetahuan. Jurnal Komunikasi Borneo. 10(1),71-86.

Kementerian Ekonomi. 2021. Rancangan Malaysia Kedua Belas (2021-2025). https://www.ekonomi.gov.my/sites/default/files/flipping_book/RMKe12/mobile/index.html.

Kementerian Perpaduan Negara. 2023. Model Pembangunan Belia Madani dan Dasar Belia Malaysia.(DBM).2015-2035. https://www.perpaduan.gov.my/images/2023/dasar/PerpaduanMalaysiaMadani/PerpaduanMalaysiaMadani.pdf.

Malaysia. 1997. Dasar pembangunan belia negara. Putrajaya. https://www.kbs.gov.my/.

Mohd Mahadee Ismail, Azlina Abdullah, Mansor Mohd Noor & Siti Noranizahhafizah Boyman.2016. Penghayatan Semangat Patriotisme Belia Malaysia: Kajian Ke Atas PLKN. Research Journal of Social Sciences. 9(3), 37-44.

Siti Nor Azhani Mohd Tohar, Farah Laili Muda @ IsmailMashitah dan SulaimanRevolusi Industri 5.0.2022. Transformasi Sosial Menuju Revolusi Industri 5.0: Kerelevanan dalam Kerangka Identiti Nasional di Malaysia. 97-98. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.

Yasmin Yaccob, Ireena Nasiha Ibnu, & Ribka Alan. 2023. Impak Globalisasi Media Terhadap Kesepaduan Sosial Dalam Kalangan Belia Di Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED). 8(59), 228 – 244.

Muhamad Nadhir Abdul Nasir & Rosila Bee Mohd Hussain. 2014. Permasalahan Identiti: Penilaian Konsep Defisit Identiti Dan Konflik Identiti. Jurnal Sarjana. 29(2), 44-55.

Shuhairimi Abdullah, Mohd Mizan Mohd Aslam, Noor Salwani Hussin.2019. Implikasi Globalisasi Terhadap Nilai-Nilai Murni Kekeluargaan Melayu. Satu AnalisisDari Perspektif Islam. 1-22. https://www.researchgate.net/publication/337144542_Implikasi_Globalisasi_Terhadap_Nilai.

Nur Jannah Bukhari, Kim Keum Hyun, Aida Idris & Marzudi Md Yunus. 2020. Budaya Dan Kesannya Ke Atas Perbelanjaan Belia Melayu Kuala Lumpur. Journal of Social Sciences and humanities. 17(4), 1-18.

Nur Syuhada Mokhzan. 2024. Peranan Komunikasi dan Penggunaan Teknologi Maklumat dalam Kehidupan Seharian Belia: Kajian terhadap Fungsi Personal, Interaksional,dan Informasi. Jurnal Wacana Sarjana, 8(5), 1-13.

Abdul Rashid Abdul Aziz, Muhammad Khairi Mahyuddin, Muhammad Nubli Abdul Wahab, Husin Sungkar, Nurun Najihah Musa, Nur A'in Mustafar. 2023. Kerangka Konsep Keluarga Malaysia dalam Mencapai Kesejahteraan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities. 8(1), 1-12. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i1.21961.

Muhammad Adil Fikri Mohd Hamizi (2023). Penggunaan Media Sosial Sebagai Media Baharu dan Impaknya Terhadap Masyarakat Malaysia. Perspektif Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 15(1), 24–37. https://doi.org/10.37134/perspektif.vol15.sp.3.2023.

Dzuhailmi Dahalan , Haslinda Abdullah , Sulaiman Md. Yassin.2015. Keadilan polisi ke arah integrasi nasional di Malaysia: Persepsi generasi baharu. GEOGRAFIA Malaysia Journal of Society and Space. 11(6), 78 - 86.

Hazlin Binti Haris1, Khairul Farhah Khairuddin1. Pelaksanaan Pedagogi Inklusif bagi Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(2),197 – 210. ttps://doi.org/10.47405/mjssh.v6i2.666.

Downloads

Published

2025-05-16

How to Cite

Mokhzan, N. S., Yahya , S., & Ponnusamy, V. (2025). Nilai dan identiti belia berdasarkan Indeks Belia Malaysia (IBM’ 22). Perspektif Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 17(1), 99-112. https://doi.org/10.37134/perspektif.vol17.1.6.2025