Pembangunan E-Modul Interaktif bagi Topik Pola Asas Pakaian bagi Kursus Fesyen dan Pembuatan Pakaian
DOI:
https://doi.org/10.37134/trij.vol1.1.3.2025Keywords:
Pola Asas Pakaian, e-modul Interaktif, Fesyen dan Pembuatan Pakaian, Model ADDIE, TVETAbstract
Kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan sebuah e-modul interaktif bagi topik pola asas pakaian bagi kursus fesyen dan pembuatan pakaian serta menilai kesahan dan kebolehgunaannya. Masalah utama yang dikenalpasti dalam membangunkan e-modul ini adalah perkembangan teknologi pada masa kini iaitu industrial revolution (IR 4.0) dan tenaga pengajar masih menggunakan teknik tradisional dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti keperluan, membangunkan, menilai kesahan dan menilai kebolehgunaan bagi bahan bantu mengajar interaktif bagi topik pola asas pakaian bagi kursus fesyen dan pembuatan pakaian. Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah kuantitatif dengan cara menganalisis dokumen melalui kajian-kajian lepas dan ia melibatkan 3 orang pakar untuk mengesahkan e-modul yang telah dibangunkan dengan menggunakan cara temubual berstruktur serta borang rubrik. Kajian ini juga telah menggunakan model ADDIE yang melibatkan lima fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan, dan penilaian. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa dengan wujudnya e-modul interaktif bagi topik pola asas pakaian bagi kursus fesyen dan pembuatan pakaian ini dapat memberi impak positif kepada pelajar dan tenaga pengajar. E-modul interaktif ini juga tidak hanya memanfaatkan teknologi secara maksimal tetapi juga menyokong perkembangan kemahiran kendiri pelajar dalam era globalisasi. Kesimpulannya, pembangunan bahan bantu mengajar (BBM) interaktif ini telah menunjukkan tahap kesahan yang baik serta kebolehgunaan yang tinggi serta dapat meningkatkan tahap visualisasi dan pemahaman mereka terhadap asas pembinaan pola pakaian di samping menambah minat untuk terus mendalami bidang ini
Downloads
References
Arifen, S. A., Suriani, A. B., Wong, K. T., Aliya, N., Adli, M., Azzam, A. B., ... & Ahmad, M. K. (2024). Comprehensive Literature Review: Use of E-Modules Based on Artificial Intelligence in Science Subjects and its Implications on Teaching and Learning. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 17(2), 77-90.
Ariffin, A., Supri, J. N. H. M., Hamzah, N., Zakaria, N., & Rubani, S. N. K. (2022). E-Modul Lukisan Skematik Perpaipan Menggunakan Model Madeline Hunter. Innovative Teaching and Learning Journal, 6(1), 1-9.
Aulia, E. T., & Prahmana, R. C. I. (2022). Developing interactive e-module based on realistic mathematics education approach and mathematical literacy ability. Jurnal Elemen, 8(1), 231-249.
Azman, A. H., & Ab Rahman, A. (2022). Pembangunan E-Modul Pembelajaran Asas Ni Multisim. Research and Innovation in Technical and Vocational Education and Training, 2(2), 086-098.
Belanisa, F., Amir, F. R., & Sudjani, D. H. (2022). E-modul interaktif sebagai media pembelajaran bahasa Arab untuk meningkatkan motivasi siswa. Tatsqifiy: Jurnal Pendidikan Bahasa Arab, 3(1), 1-12.
Cynthia, C., Arafah, K., & Palloan, P. (2023). Development of interactive physics e-module to improve critical thinking skills. Jurnal Penelitian Pendidikan IPA.
Fatimah, K., Viono, T., & Ambarwati, A. (2023). Pengembangan e-modul interaktif berbasis gamifikasi pada pembelajaran teks fabel. Diglosia: Jurnal Kajian Bahasa, Sastra, dan Pengajarannya, 6(4), 945-958.
Fahru, A. R. S., Kundera, I. N., & Bialangi, M. S. (2024). Development of Professional Flip PDF Application-Based E-Module Learning Media In Improving Students' Creative Thinking Skills At SMAN 6 Palu. Jurnal Indonesia Sosial Teknologi, 5(3), 1008-1017.
Fisnani, Y., Utanto, Y., & Ahmadi, F. (2020). The development of e-module for batik local content in pekalongan elementary school. Innovative Journal of Curriculum and Educational Technology, 9(1), 40-47.
Johar, S. H., & Abdullah, N. S. (2019). Pembangunan e-Modul Augmented Reality bagi Subjek Semiconductor Devices untuk Guru TVET. Online Journal for TVET Practitioners, 4(2), 99- 104.
Mazin, K. A., & Mohamad, M. (2016). Pembangunan e-modul pembelajaran enjin diesel untuk kursus teknologi automotif. Online Journal for TVET Practitioners, 1(1).
Rahayu, D. C., Hamid, A., Salehudin, M., & Wahyudi, W. E. (2020). Pengembangan e modul berbasis blended learning pada materi hadits tentang niat di Madrasah Ibtidaiyah
Salsidu, S. Z., Azman, M. N. A., & Pratama, H. (2018). Trend pembelajaran menggunakan multimedia interaktif dalam bidang pendidikan teknikal: Satu sorotan literatur. Sains Humanika, 10(3).
Sari, R. I. M., Iriani, T., & Saleh, R. (2022). The development of e-module software and bim- based building interior design. Jurnal PenSil, 11(3), 206-213.
Sudiarta, K., Suwiwa, I. G., & Dartini, N. P. D. S. (2022). Development Of Interactive E- Module Materials For Basic Equestrian Techniques And Pencak Silat Step Patterns For Class Vii Junior High SCHOOL. Jurnal IKA, 20(2)
Yanuardianto, E. (2019). Teori Kognitif Sosial Albert Bandura (Studi Kritis Dalam Menjawab Problem Pembelajaran di Mi). Auladuna: Jurnal Prodi Pendidikan Guru Madrasah Ibtidaiyah, 1(2), 94-111
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Ilya Maisarah Norizal Shah, Nor Hidayah Hamdan (Author)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


