Peruntukkan Kewangan bagi Panitia Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di Sekolah  Menengah: Kajian Kes Isu, Masalah dan Cadangan Penambahbaikan

Authors

  • Abdul Muqsith Ahmad Jabatan Kejuruteraan Teknikal, Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Perak, Malaysia Author
  • Ahmad Zulhairie Abu Bakar Jabatan Kejuruteraan Teknikal, Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Perak, Malaysia Author
  • Nurhan Ayub Jabatan Kejuruteraan Teknikal, Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Perak, Malaysia Author
  • Munnirah Mohadhir@Mokhdir Jabatan Kejuruteraan Teknikal, Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Perak, Malaysia Author
  • Nur Aziela Suhaimi Jabatan Kejuruteraan Teknikal, Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Perak, Malaysia Author
  • Fardila Mohd Zaihidee Jabatan Kejuruteraan Teknikal, Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Perak, Malaysia Author

DOI:

https://doi.org/10.37134/trij.vol1.1.4.2025

Keywords:

Peruntukan kewangan, Bantuan Per Kapita Gran (PCG), Reka Bentuk dan Teknologi, Guru Kanan Mata Pelajaran , Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)

Abstract

Kajian kes ini dijalankan bagi meneliti secara mendalam isu berkaitan pengurusan peruntukan kewangan panitia mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di sebuah sekolah menengah luar bandar. Fokus utama kajian adalah untuk mengenal pasti punca masalah, kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, serta mencadangkan strategi penambahbaikan yang sesuai dan realistik. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual separa berstruktur, pemerhatian berterusan di bilik bengkel RBT, serta analisis dokumen berkaitan perbelanjaan panitia. Hasil dapatan menunjukkan bahawa kekurangan peruntukan Bantuan Per Kapita Gran (PCG) merupakan isu paling ketara yang mempengaruhi operasi panitia. Kekangan ini menyebabkan kelewatan pembelian bahan dan alat, kekurangan kelengkapan bengkel, serta ketidakcukupan peralatan untuk melaksanakan aktiviti amali yang sepatutnya dijalankan mengikut silibus. Situasi ini memberi impak negatif terhadap kualiti pembelajaran, keberkesanan PdP berasaskan amali, dan motivasi pelajar untuk terlibat dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran teknikal. Selain itu, faktor seperti pengurangan bilangan murid yang mengambil mata pelajaran RBT dan pengagihan kewangan sekolah yang tidak mencukupi turut dikenal pasti sebagai punca utama kekurangan peruntukan. Berdasarkan dapatan tersebut, beberapa cadangan penambahbaikan dikemukakan, antaranya meningkatkan penglibatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), menjana pendapatan melalui penganjuran Karnival Inovasi, serta menyediakan modul pembelajaran RBT untuk tujuan pengumpulan dana. Daripada ketiga-tiga cadangan tersebut, penganjuran Karnival Inovasi dikenal pasti sebagai cadangan terbaik kerana berpotensi menarik penyertaan komuniti setempat, mempromosikan kreativiti pelajar dan menjana sumber kewangan alternatif secara berterusan. Implikasi kajian ini diharapkan dapat membantu memperkukuh pengurusan kewangan panitia serta menyokong usaha ke arah meningkatkan kualiti pendidikan teknikal dan vokasional secara menyeluruh.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Alias Mat Saad, Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff, Ruhizan Mohammad Yassin. (2001). Penilaian kemudahan pembelajaran, peruntukan kewangan dan kursus dalam perkhidmatan bagi kursus Pendidikan Islam di Politeknik Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education, 3(1), 2011 123-134.

Azizah Hassan (2004). Pengurusan kewangan sekolah: Kajian kes di sebuah sekolah menengah harian biasa bertaraf PTJ di Daerah Kuala Terengganu. Kertas Projek Sarjana Kepengetuaan, Universiti Malaya.

Butterfield, J. (2016). Problem Solving and Decision Making - Soft Skills for a Digital Workplace. Cengage Learning, 2016.

Che Nidzam, Kamisah & Laila (2010). Persekitaran pembelajaran: Aspek fizikal dan psikososial. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Faizal A. Ghani, Norfariza Mohd Radzi & Saedah Siraj (2013) Implementing a type of financial managements in Malaysian public schools: an initial study. Global Business and Economics Research Journal, 2(2): 29-51.

Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. (Edisi ke-2). Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Shahril @ Charil Marzuki. (2005). Pengurusan Kewangan di Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia: Isu, Masalah dan Cadangan untuk Mengatasinya. Masalah Pendidikan, 28(1), 143–152.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (2001). Pentadbiran pendidikan. Petaling Jaya, Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Downloads

Published

2025-12-08

How to Cite

Ahmad, A. M. ., Abu Bakar, A. Z., Ayub, N., Mohadhir@Mokhdir, M., Suhaimi, N. A., & Mohd Zaihidee , F. (2025). Peruntukkan Kewangan bagi Panitia Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di Sekolah  Menengah: Kajian Kes Isu, Masalah dan Cadangan Penambahbaikan. TVET Research & Innovation Journal, 1(1), 25-37. https://doi.org/10.37134/trij.vol1.1.4.2025