Pembangunan E-Modul Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) Pembuatan Pakaian Wanita
DOI:
https://doi.org/10.37134/trij.vol1.1.5.2025Keywords:
E-modul interaktif, Model ADDIE, PVMA, Fesyen , SDG 4Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai keberkesanan e-modul interaktif bagi subjek Pembuatan Pakaian Wanita bagi sub topik Pembuatan Pakaian Kanak-Kanak dalam Program Vokasional Menengah Atas (PVMA). Pembangunan e modul menggunakan model ADDIE, yang merangkumi lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan, dan penilaian. Kajian ini mengenal pasti keperluan pelajar dan guru terhadap bahan bantu mengajar interaktif melalui analisis dokumen serta kajian literatur. E-modul ini dirancang dengan elemen multimedia seperti teks, imej, grafik, animasi, dan video untuk meningkatkan pemahaman dan minat pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dengan melibatkan tiga orang pakar bidang sebagai penilai. Penilaian kesahan kandungan dilakukan melalui borang rubrik yang mengukur aspek reka bentuk, kandungan, dan keberkesanan e-modul. Hasil kajian menunjukkan bahawa e-modul yang dibangunkan memenuhi keperluan pembelajaran pelajar dan memperbaiki pemahaman mereka terhadap topik Pembuatan Pakaian Kanak-Kanak. Dapatan kajian menyokong penggunaan teknologi sebagai bahan bantu mengajar yang relevan dengan keperluan pendidikan moden. Kajian ini turut menyumbang kepada pencapaian matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 serta menyokong usaha membangun pelajar celik teknologi dalam menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0. Implikasi kajian ini menegaskan pentingnya pengintegrasian teknologi dalam pendidikan dan menyarankan pengembangan lanjut bagi memperkayakan kandungan e-modul
Downloads
References
Asri¹, N. C. M., & Kamin, Y. Pembangunan Modul Pembelajaran Penghilang Gelembung. Jurnal
Persatuan Pendidikan Teknik dan Vokasional Malaysia, 11, 18-23.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) (2012). Perangkaan Pendidikan Malaysia 2010. Putrajaya:
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. http://emisportal.moe.gov.my/emis/emis2/emisportal2/doc/fckeditor/Fi le/BukuPerangkaan10/BAB_2.pdf. (22 Mei 2012)
Libau, C. M., & Ling, Y. L. (2020, October). Peranan bahan bantu mengajar dan persekitaran maklum
balas dalam meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. In Kertas kerja. National Research Innovation Conference (NRICon 2020) (pp. 20-21).
Muhd Zulhilmi Haron, Mohamad Khairi Haji Othman, & Mohd Isha Awang. 2019a. Keperluan penilaian
pelaksanaan kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. Practitioner Research 1: 289-316.
Nordin, F. N., Muhammad Isa, A. A.., Zakaria, M. Z.., Yahya, H.., & Mohammad Nazmi, M. Z.. (2022).
AR-Learn Model: Model Pembinaan Aplikasi Pembelajaran berteraskan Augmented Reality (AR). The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 9(1), https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/186
Omar, M. Z., Mohd Yusof, N., & Mohd Yatim, S. S. K. (2024). Analisis Keperluan: Pembangunan Bahan
Bantu Mengajar bagi Memahami Standard Kandungan Jadual Berkala Unsur. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik, 12(1), 45–58.
Susilawati, W. O. (2021). Pengembangan E-Modul Pembelajaran Perkembangan Sosial Aud Berbasis
Karakter Menggunakan Software Flipbook Maker. Inspiratif Pendidikan, 10(2), 1. https://doi.org/10.24252/ip.v10i2.23519
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Learneth Eldina Apat@Eppol, Nor Hidayah Hamdan (Author)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


