ElectroQuest: Inovasi Bahan Bantu Mengajar untuk Memperkasa Pembelajaran Sistem Elektronik dalam Subjek Reka Cipta
ElectroQuest: An Innovative Instructional Tool to Enhance the Learning of Electronic Systems in Invention Subject
DOI:
https://doi.org/10.37134/trij.vol2.1.2.2026Keywords:
Bahan Bantu Mengajar, Sistem Elektronik, Scratch, Subjek Reka Cipta, Model ADDIE, SDG 4Abstract
Kajian ini bertujuan mereka bentuk, membangun dan menilai kebolehgunaan bahan bantu mengajar interaktif yang dinamakan ElectroQuest bagi topik Sistem Elektronik dalam subjek Reka Cipta Tingkatan 5. ElectroQuest dibangunkan untuk memudahkan pelajar dalam memahami konsep-konsep elektronik seperti transistor, membezakan simbol-simbol bagi setiap kompenen dan cara penggunaannya semasa mengaplikasikan dalam projek. Pembangunan ElectroQuest juga menyokong penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan multimedia yang dapat membantu guru menyampaikan pengajaran secara lebih menarik. Kajian ini disokong oleh Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia dan Teori Konstruktivisme. ElectroQuest dibangunkan dengan platform Scratch dan mengintegrasikan elemen gamifikasi, kuiz interaktif, simulasi, nota visual, dan sistem ganjaran. Elemen-elemen tersebut merupakan hasil dapatan melalui kajian lepas dan juga temu bual bersama guru Reka Cipta. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan pembangunan berasaskan Model ADDIE yang merangkumi lima fasa utama: analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan, dan penilaian. Temu bual separa berstruktur menggunakan instrumen protokol temu bual dan soalan merangkumi aspek kesesuaian kandungan dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, reka bentuk antara muka, kemudahan penggunaan, keberkesanan penyampaian maklumat dan potensi penggunaan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Temu bual yang dijalankan bersama tiga orang guru Reka Cipta berpengalaman menunjukkan bahawa ElectroQuest mudah digunakan dengan reka bentuk antara muka yang mesra pengguna di samping berpotensi meningkatkan minat dan motivasi pelajar dalam pembelajaran Sistem Elektronik. Kesimpulannya, pembangunan ElectroQuest dapat menyokong pelaksanaan pengajaran abad ke-21 yang lebih interaktif, menyeronokkan dan bermakna di samping menyokong pencapaian matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 serta membantu melahirkan pelajar yang celik teknologi. Penambahbaikan yang dicadangkan termasuk penambahan tahap kesukaran dan variasi soalan bagi memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap kebolehan berbeza serta menyediakan panduan penggunaan yang ringkas dan mesra pengguna.
Downloads
References
Amania, S. B., & Hidayat, H. (2026). Development of augmented reality (AR) learning media on the subject of basic electronics: Basic concepts of electrical current for vocational school students in the field of electronics expertise. Pendas: Jurnal Ilmiah Pendidikan Dasar, 11(1), 214–223.
Baptista, M., & Martins, I. (2023). Effect of a STEM approach on students’ cognitive structures about electrical circuits. International Journal of STEM Education, 10(1), 15.
Chen, C. H., Fei, H. Y., & Tsai, C. C. (2025). Hierarchical analysis of in-service teachers’ barriers to technology-integrated instruction: A review of 2000-2024 publications. Computers & Education, 105509.
Gita, G. R., Annas, A. N., & Kobandaha, F. (2025). Inovasi pembelajaran digital: Tinjauan literatur tentang model dan strategi yang efektif. Educazione: Jurnal Multidisiplin, 2(1), 120–128.
Handhika, J., Alvarez, J. I., Pramono, N. A., Mayasari, T., & Mafudi, I. (2025). Profile of Student Conceptions on the Direct Current Circuits with Multiple-Activity-Representation. Jurnal Ilmiah Pendidikan Fisika Al-Biruni, 14(2), 167-186.
Hauk, D., & Gröschner, A. (2022). How effective is learner-controlled instruction under classroom conditions? A systematic review. Learning and Motivation, 80, 101850.
Jafini, M. H., Irdayanti, M. N., Mohamed Nor Azhari, A., Farah Waheda, O., Nurhan, A., Yusmahnizam, Y., & Ahmad Zulhairie, A. B. (2024). Investigating future learning of electronic module through thematic analysis in secondary school: A need analysis. Journal of Technology and Humanities, 5(2), 1–12. https://doi.org/10.53797/jthkks.v5i2.1.2024
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2023). Digital kementerian pendidikan (1st ed.). Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan. https://www.moe.gov.my/index.php/dasarmenu/dasar-pendidikan-digital
Lu, K. C., & Krishnamurthi, S. (2024). Identifying and correcting programming language behavior misconceptions. Proceedings of the ACM on Programming Languages, 8(OOPSLA1), 334-361.
Maguire, M., & Delahunt, B. (2017). Doing a thematic analysis: A practical, step-by-step guide for learning and teaching scholars. All Ireland Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 8(3), 3351–33514. http://ojs.aishe.org/index.php/aishe-j/article/view/335
Muniyandi, R., Abdul Majid, N., & Mat Hassan, N. (2024). Cabaran dan kekangan pelaksanaan ICT dari aspek pengetahuan kalangan guru senior di sekolah rendah. Jurnal Ilmi, 14(1), 110–118.
Musi, S. B., & Arsad, N. M. (2025). Meningkatkan ingatan dan kefahaman murid tahun 5 dalam litar elektrik melalui mnemonik dan pembelajaran aktif. Jurnal Pendidikan Malaysia, 50(2).
Mustapha, R., & Abdul Rahim, Z. L. (2008). Pembelajaran berasaskan masalah bagi mata pelajaran elektronik: Satu kajian tindakan di sekolah menengah teknik. Jurnal Universiti Teknologi Malaysia, 40, 109–127.
Othman, N. A. (2025). Meningkatkan daya ingatan murid bagi peranti-peranti elektronik kelas 2 Tun Fatimah menggunakan EAR 15 mobile application. SMK Sungai Rambai, Melaka.
Prasad, S., Greenman, B., Nelson, T., & Krishnamurthi, S. (2023). Conceptual mutation testing for student programming misconceptions. The Art. Science, and Engineering of Programming, 8(2).
Saidah, A., Nordin, M., Salwana Alias, B., & Mahamod, Z. (2023). Pendigitalan pendidikan. Jurnal Penyelidikan Pendidikan dan Teknologi Malaysia, 1, 66–73.
Sambo, K. U., Shishah, W., & Isiaku, L. (2025). Barriers to gamification adoption in education: A systematic review of cultural, technological, and institutional challenges in developing countries. Information Development, 02666669251331268.
Staneviciene, E., & Žekienė, G. (2025). The Use of Multimedia in the Teaching and Learning Process of Higher Education: A Systematic Review. Sustainability, 17(19), 8859.
Tenzin, D., Utha, K., & Seden, K. (2024). Effectiveness of simulation, hands-on and a combined strategy in enhancing conceptual understanding on electric circuit: a comparative study. Research in Science & Technological Education, 42(4), 1069-1085.
Yang, D., Chen, P., Wang, H., Wang, K., & Huang, R. (2022). Teachers' autonomy support and student engagement: A systematic literature review of longitudinal studies. Frontiers in Psychology, 13, 925955.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Irenn Sharoo Roland, Jing Rui Tang, Wan Nurlisa Wan Ahmad, Mohd Firdaus Mustaffa Kamal, Zaliza Hanapi (Author)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
