Kehidupan beragama anggota Askar Wataniah di Politeknik negeri Perak: Tinjauan terhadap amalan ibadah

Authors

  • Mohamed Hamdan Abdullah Politeknik Ungku Omar, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia
  • Mohamad Rani Md Zin Politeknik Sultan Azlan Shah, 35950 Behrang Stesen, Perak, Malaysia
  • Suraya Harun SK Gopeng, Taman Gopeng Baru, 31600 Gopeng, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/firdaus.vol5.1.8.2025

Keywords:

Kehidupan beragama, amalan Islam, ibadah, askar wataniah, politeknik

Abstract

Kehidupan beragama merujuk kepada cara seseorang atau kelompok menjalani hidup mereka berdasarkan ajaran dan nilai-nilai agama yang dianuti. Ini melibatkan pelbagai aspek kehidupan, termasuklah amalan ibadah. Islam dengan jelas menyebutkan bahawa ibadah itu menuntut seluruh kehidupan manusia untuk mengabdikan diri dan mentaati Allah SWT, tetapi ramai juga yang mengabaikan ibadah yang ditetapkan oleh ajaran Islam. Oleh itu, kajian berkaitan ibadah ini telah dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengamalan ibadah Islam anggota Askar Wataniah di politeknik Negeri Perak serta mengkaji perbezaan tahap amalan ibadah berdasarkan jantina dan hubungan antara pendidikan agama dengan amalan ibadah mereka. Kajian berbentuk kajian tinjauan dan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian ini tertumpu kepada anggota Askar Wataniah yang beragama Islam di politeknik Negeri Perak yang terdiri daripada 2 buah politeknik iaitu Politeknik Ungku Omar, Ipoh seramai 46 orang, dan Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang seramai 51 orang, menjadikan jumlah respondennya ialah 97 orang. Data yang diperolehi daripada soal selidik dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science Version 22.0 (SPSS v22.0) bagi mendapatkan kekerapan, peratusan, skor min, ujian-t serta korelasi pearson. Hasil kajian mendapati tahap pengamalan ibadah Islam adalah tinggi. Ini menunjukkan bahawa kehidupan beragama anggota Askar Wataniah adalah baik dan mempunyai kesedaran untuk menunaikan amalan ibadah yang telah ditetapkan oleh syariat. Dapatan juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik antara min kedua-dua kumpulan jantina dan tidak terdapat perkaitan linear yang signifikan antara tahap pendidikan agama dan amalan ibadah. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan pandangan yang lebih mendalam tentang bagaimana anggota Askar Wataniah mengimbangi antara tugas ketenteraan dan tanggungjawab agama, serta membantu pihak berkuasa dalam merangka program-program yang dapat menyokong kehidupan beragama mereka.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abd. Majid al-Najjar. (1996). Cara Hidup Beragama: Pengertian dan Penerapan. Kuala Lumpur: The International Institute of Islamic Thought.

Afzalur Rahman. (1995). Islam: Ideology and the way of life. Kuala Lumpur: A.S. Noordeen Publication.

Alias Mat Saad. (2010). Penilaian perlaksanaan kurikulum pendidikan Islam politeknik kementerian pengajian tinggi malaysia. Tesis Dr. Fal, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Al-Quran al-Karim. (2010). Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran (30 juz). Kuala Lumpur: Darul Fikir.

Asmahan Mokhtar. (2009). Pengamalan ajaran Islam di kalangan remaja Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak. Disertasi Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azhar Ahmad & Ab. Halim Tamuri (2005) Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azhar Ahmad & Ab. Halim Tamuri. (2006). Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah. http://jurnalakademik.blogspot.my/2006/08/penghayatan-akhlak-pelajar-sekolah.html. [3 Ogos 2016]

Azhar Mohd Nawi & Sukarni Ab. Ghani. (2021). Pelaksanaan Solat Fardhu Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Hulu Terengganu. Vol. 1 No. 1 (2021): E-PROCEEDING International Conference And Muktamar On Prophetic Sunnah (ICMAS 2021)

Chua, Y.P. (2011). Kaedah Penyelidikan Buku 1 (Edisi Kedua). Malaysia: McGrawHill

Cohen, J. W. (1988). Statistical Power Analysis for the Behavior Sciences (2nd edn). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.

Darraz, Muhammad Abdullah. (1990). Al-Din. Kuwait: Dar al-Qalam

DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka. (1992). Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fatin Faqeriah Hamsah dan Termimi Hidayat Mahyan (2023). Tahap Pengamalan dan Faktor Pelaksanaan Ibadah Solat Fardhu dalam Kalangan Pelajar Politeknik Mukah. Jurnal Pengajian Umum / Journal of General Studies, [S.l.], v. 1, june 2023. ISSN 3009-013X.

Garis panduan askar wataniah politeknik Malaysia. (2015). Perpustakaan Negara Malaysia. http://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004

Imaduddin Hj Abidin, Haslinda Hj Hashim & Jamal Rizal Razali. (2006). Wataniah Sebagai Pemangkin Penguasaan Soft Skills di Kalangan Siswa Siswi KUKTEM. Conference: National Student Development Conference. Kuala Lumpur

Kamus Dewan Edisi Ketiga. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan. (1994). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

Mohd Alif Aiman Asari, Rushidah Md Rosdi & Mohd Faisal Mahdi. (2020). Amalan Solat Berjemaah dalam Membentuk Akhlak Pelajar Politeknik METrO. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Life Long Learning, Vol.4, No.1, 2020 eISSN 2600-7738.

Nasir Omar. (1996). Islam dan Perbezaannya dengan Agama Lain. Dlm Dr. Mohamed Asin Dollah (pnyt.). Dimensi Agama dan Falsafah. Terbitan tak Berkala No. 5. Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nasir Omar. (1996). Kehidupan Beragama dalam Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nasr, Syed Hussein. (1979). Ideals and Realities of Islam. London: Eperth Press.

Neuman, W.L. (2000). Social research methods: Qualitative and quantitative approaches. Boston: Allyn and Bacon.

Sanger, D., Spilker, A. Williams, N. & Belau, D. (2007). Opinions Of Female Juvenile Delinquents On Communication, Learning And Violence. Journal of Correctional Education 58(1): 69-92.

Seri Kartini Jurami. (2012). Pengamalan ajaran Islam dalam kalangan pelajar melalui kursus Pendidikan Islam di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Disertasi Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yazeed Abbas. (1998). Islam Sebagai Cara Hidup. Buletin USIA. 3, September: 3.

Yuseri Ahmad. (2003). Peranan Pendidikan Islam dalam pengukuhan akidah di kalangan pelajar: kajian kes di sekolah-sekolah menengah daerah Temerloh dan Kuantan. Disertasi Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Downloads

Published

2025-06-25

How to Cite

Abdullah, M. H., Md Zin, M. R., & Harun, S. (2025). Kehidupan beragama anggota Askar Wataniah di Politeknik negeri Perak: Tinjauan terhadap amalan ibadah. Firdaus Journal, 5(1), 79-92. https://doi.org/10.37134/firdaus.vol5.1.8.2025

Most read articles by the same author(s)