Inovasi Program Q-Steam Superb Huffaz Kids Explorer: Satu Kajian Kes Dalam Pendidikan Al-Quran

Authors

  • Mohamed Hamdan Abdullah Politeknik Ungku Omar, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia
  • Mohd Zaid Ismail Politeknik Sultan Azlan Shah, 35950 Behrang Stesen, Perak, Malaysia
  • Abu Hashim Saad Kolej Komuniti Tasek Gelugor, Lot 4812, Jalan Tasek Gelugor, Kampung Selamat, 13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/firdaus.vol5.2.10.2025

Keywords:

Q-Steam, superb huffaz, kids explorer, inovasi huffaz, inovasi superb

Abstract

Program Q-STEAM Superb Huffaz Kids Explorer merupakan inovasi dalam pendidikan hafazan al-Quran yang menggabungkan teknik hafazan tradisional dengan pendekatan moden yang kreatif. Program ini memperkenalkan kaedah ulangan yang komprehensif, merangkumi tiga aspek penting iaitu Membaca, Menghafaz, dan Memahami al-Quran. Pendekatan ini direalisasikan bagi memastikan pelajar bukan sahaja dapat menghafaz ayat-ayat al-Quran, tetapi juga memahami makna dan konteksnya. Justeru itu, untuk mengenal pasti keberkesanan Program Q-STEAM Superb Huffaz Kids Explorer ini, satu kajian berkaitan dengannya telah dilaksanakan terhadap pelajar di politeknik dan kolej komuniti. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap minat, reka bentuk dan keberkesanannya terhadap penggunaan Q-STEAM Superb Huffaz Kids Explorer ini serta dikaji juga perbezaan jantina dan hubungan di antara minat, reka bentuk dan keberkesanannya. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan kaedah borang soal selidik. Seramai 73 orang responden terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada pelajar Islam di Politeknik Ungku Omar (18 orang), Politeknik Sultan Azlan Shah (18 orang) dan Kolej Komuniti Tasek Gelugor (37 orang). Data yang diperolehi daripada soal selidik dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science Version 20.0 (SPSS v20.0) bagi mendapatkan frekuensi, peratusan, skor min, ujian-t dan korelasi pearson. Hasil kajian menunjukkan bahawa minat, reka bentuk dan keberkesanan penggunaan program ini secara keseluruhannya adalah tinggi manakala perbezaan antara purata dua kumpulan jantina adalah signifikan serta mempunyai hubungan positif yang kuat antara ketiga-tiga pemboleh ubah. Dengan itu, ia menunjukkan bahawa program ini telah membantu pelajar untuk lebih mudah membaca, memghafaz dan memahami al-Quran dengan lebih berkesan.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abd Muhaimin Ahmad, Azman Ab Rahman, Muhammad Hafiz Saleh, Zainora Daud. (2022). Pembangunan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Gamifikasi Bagi Pendidikan Tahfiz Dalam Mempelbagaikan Metodologi Pengulangan Al-Quran. Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2022. USIM

Abdul Hafiz Abdullah, Hussin Salamon, Azmi Shah Suratman, Sulaiman Shakib Mohd Noor, Kamarul Azmi Jasmi & Abdul Basit Bin Samat @ Darawi. (2005). Sistem Pembelajaran Dan Kaedah Hafazan Al-Qur’an Yang Efektif: Satu Kajian Di Kuala Lumpur Dan Terengganu. Skudai: UTM

Hasrina Abdullah, Wan Nor Syazwani Wan Omar & Nur Shuhadah Mahadi. (2020). Kajian Keberkesanan Produk Inovasi Multipurpose Foldable Drawing Desk 2.0 (MFDD 2.0) Sebagai Alat Bantu Dalam PdP. Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Kebangsaan (SPSH2020).

Jantan, N. (2016). Penerapan Budaya Kreatif dan Inovatif Di Kalangan Pelajar Politeknik Merlimau Melalui Perkaya Inovasi. Melaka: Politeknik Merlimau.

Johor, P. D. K. K. L., & Rahim, H. B. A. (2018). Aplikasi Inovasi Ez Interactive Learning Of National Income (Ezni) Sebagai Alat Bantu Mengajar Bagi Modul Prinsip Ekonomi.

Mohd Abdul Nasir Abd Latif & Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi. (2020). Pembinaan Modul Hafalan Al-Qur’an Berdasarkan Tematik Ayat Bagi Membantu Penguasaan Pemahaman Al-Qur’an Dalam Kalangan Huffaz. The Online Journal Of Islamic Education April 2020, Vol. 8, Issue 1. 1-26.

Safinah Ismail, Nor Musliza Mustafa, Syarul Azman Shaharuddin, Mardhiah Yahaya & Khairul Syafiq Razali. (2023). Teknik Hafazan Al-Quran Pra Sekolah Menerusi Aplikasi Digital. e-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi. Universiti Islam Selangor, Vol. 10 No. 2 (September 2023): 209-224.

Sang, M. S. (2004). Ilmu pendidikan untuk KPLI. Edisi ketiga. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Sidek, R. Z. S., & Mohd Ariffin, S. (2011). Modul pembelajaran kendiri mata pelajaran reka bentuk berbantu komputer Autocad 3D. Bachelor thesis, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Siti Salma Mohamad Shokri, Syafawati Salihan, & Muhammad Hafizan Abd Hamid. (2021). Inovasi digital dalam pengajaran & pembelajaran program Tahfiz di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Journal Al-Irsyad. Vol. 6, No. 1, (June, 2021). 495-507.

Syed Najihuddin Syed Hassan, Siti Nur Hajar Mat Asa, Siti Nur Alya Zamzuri, Aina Ellysa Zulkarnain &Nurul Izzatul Huda Mohamad Zainuzi. (2022). Teknologi Maklumat Dan Inovasi Dalam Pembelajaran Tahfiz Quran. Volume: 7 Issues: 50 [November, 2022] Special Issues pp. 122 – 132. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)

Downloads

Published

2025-12-28

How to Cite

Abdullah, M. H., Ismail, M. Z., & Saad, A. H. (2025). Inovasi Program Q-Steam Superb Huffaz Kids Explorer: Satu Kajian Kes Dalam Pendidikan Al-Quran. Firdaus Journal, 5(2), 113-128. https://doi.org/10.37134/firdaus.vol5.2.10.2025