Modul pembangunan Program Huffaz Profesional Universiti Tenaga Nasional: Satu pemerhatian kepada konstruk pembangunan Al-Quran

Authors

  • Siti Salma Mohamad Shokri Universiti Tenaga Nasional, Malaysia
  • Syafawati Salihan Universiti Tenaga Nasional, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/firdaus.vol3.2.2.2023

Keywords:

Modul pembangunan, konstruk al-Quran, pelajar tahfiz

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk meneliti modul pembangunan Program Huffaz Profesional Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), dengan memberikan tumpuan khusus kepada modul pembangunan al-Quran. Secara umumnya, pengajian tahfiz dikenali dengan pengajaran secara tradisional di mana pembelajarannya berlaku secara talaqqi dan musyafahah di antara guru dan pelajar. Penekanan pengajian tahfiz banyak ditumpukan pada tahsin bacaan, hafazan dan muraja’ah. Namun di UNITEN, pengajaran dan pembelajaran tahfiz bukan hanya ditekankan pada tiga elemen sahaja, malah ia turut memberi tumpuan kepada elemen lain berkaitan alQuran yang dibina secara sistematik dalam konstruk pembangunan al-Quran. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah penelitian dokumen yang berkaitan dengan pengurusan dan pelaksanaan program tahfiz di UNITEN. Penelitian terhadap modul ini diharapkan dapat membantu ke arah penambahbaikan pelaksanaan program di samping berkongsi pengalaman UNITEN dalam membina generasi al-Quran yang mampu membawa nilai al-Quran ketengah masyarakat.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ashraf Ismail, Khazri Osman, Nurul Hudaa Hassan. (2020). Cabaran Pengajaran dan Pembelajaran Tasmik Hafazan al-Quran Secara Atas Talian Sewaktu Pandemik Covid19. Bicara Dakwah Kali ke 21: Dakwah Dalam Talian Semasa Pandemik.

Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri, Misnan Jemali. (2013). Latar Belakang Guru Tahfiz Dan Amalan Kaedah Pengajaran Tahfiz Al-Quran Di Malaysia. The Online Journal of Islamic Education, Januari 2013, Vol. 1, Isu 1.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). (2019). Kaedah Hafazan al-Quran Model Malaysia Teras Panduan Penghafaz al-Quran. Kajian Terhadap Prinsip Asas dan Metodologi Hafazan al-Quran. Selangor: Darul Quran JAKIM.

Misnan Jemali. (2003). Hubungan antara kaedah menghafaz al-Quran dengan pencapaian Kursus Tahfiz wa al-Qiraat pelajar semester empat dan lima di Maahad Tahfiz wal Quraat di Perak. Seminar Kaedah pengajaran Tahfiz al-Quran Peringkat Kebangsaan. Kolej Universiti Islam Malaysia

Mohamad Marzuqi Abdul Rahim. (2018). Penilaian Pengujian Huffaz: Satu Keperluan. Ke Arah Pengiktirafan Huffaz di Malaysia. Centre of Quranic Research (CQR) Universiti Malaya & Darul Quran JAKIM.

Nor Musliza Mustafa dan Dr. Mokmin Basri. (2014). Perbandingan Kaedah Hafazan al-Quran Tradisional dan Moden: Satu Kajian Awal. Proceeding of the Social Sciences Research. 9-10 June, Kota Kinabalu, Sabah. Memperkasa Generasi Hafaz al-Quran. Selangor: Darul Quran JAKIM.

Siti Salma Mohamad Shokri, Muhammad Hafizan Abd. Hamid, Abdul Aziz Mat Isa. (2021). Talaqqi Musyafahah Secara Atas Talian: Isu dan Pelaksanaannya Dalam Program Pensijilan Tahfiz al-Quran di Universiti Tenaga Nasional. Seminar Antarabangsa Inovasi Masjid Ketika Pandemik (SIMPan21), Universiti Teknologi Malaysia.

Siti Suriyani Sulaiman. (2018). Kaedah Hafazan: Suatu Tinjauan Ringkas. E-Journal of Islamic Thought and Understanding, Januari 2018, Volume 2, Issue 1, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi Mara, Cawangan Melaka.

Downloads

Published

2023-12-26

How to Cite

Mohamad Shokri, S. S., & Salihan , S. (2023). Modul pembangunan Program Huffaz Profesional Universiti Tenaga Nasional: Satu pemerhatian kepada konstruk pembangunan Al-Quran. Firdaus Journal, 3(2), 12–23. https://doi.org/10.37134/firdaus.vol3.2.2.2023

Issue

Section

Articles