Pelaksanaan pendidikan perpaduan menerusi teks KOMSAS dalam kalangan pelajar tingkatan dua

Implementation Of Unity Education Through Komsas Texts Among The Form Two Students

Keywords: Sastera Perpaduan, KOMSAS, Integrasi nasional

Abstract

Sentimen perpaduan di negara berbilang kaum seperti di Malaysia seringkali menjadi isu yang perlu diambil berat. Dalam konteks negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama, integrasi kaum dijadikan elemen penting dan tonggak asas dalam kestabilan negara. Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana pelaksanaan pendidikan sastera menerusi teks Komsas mampu memupuk perpaduan pelajar sekolah menengah bawah di Merlimau, Melaka. Teori Weiner (1965) diaplikasikan dalam kajian ini untuk menilai pelaksanaan pendidikan teks Komsas tersebut. Soal selidik digunakan instrumen kajian untuk mengutip data daripada 103 orang pelajar Tingkatan Dua yang mempunyai latar belakang yang berbeza dari segi kaum dan pendapatan keluarga/SES. Dapatan kajian secara analisis deskriptif memperlihatkan bahawa buku teks Komsas tidak menggambarkan realiti masyarakat majmuk di Malaysia. Walaupun guru bersungguh-sungguh menarik minat pelajar, namun para pelajar masih tidak berminat dalam pembelajaran KOMSAS. Teks KOMSAS yang tinggi bahasa menyebabkan para pelajar kurang faham mengenai isi kandungannya. Dapatan analisis inferensi pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam pelaksanaan pendidikan sastera perpaduan berdasarkan kaum (F (2, 100) = 11.272; p<0.05). Oleh yang demikian, kajian ini mendapati kaum yang berlainan memperlihatkan perbezaan yang ketara terhadap pelaksanaan pendidikan sastera perpaduan. Justeru itu pelajar perlulah mengambil inisiatif dalam menghayati teks Komsas yang bertemakan perpaduan serta mengambil pengajaran-pengajaran dan nilai-nilai murni yang terkandung di dalamnya untuk dijadikan panduan dalam kehidupan seharian.

References

Ani Omar. (2015). Pendidikan Sastera Remaja di Malaysia dalam Membina Generasi Unggul Berasaskan Falsafah Pendidikan Negara. PENDETA- Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu, 5, 1-23.

Chew Fong Peng. (2003). Peranan sastera kebangsaan dan persepsi dalam pembentukan perpaduan nasional: satu kajian di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Chew Fong Peng. (2006). Pembentukan Negara Bangsa Melalui Pendidikan Sastera. Jurnal Pengajian Melayu, 17,136-168.

Chew Fong Peng (2009). Pendidikan sastera perpaduan menerusi KOMSAS Tingkatan 4: pelaksanaan dan kesannya. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34 (2): 15-31.

Chong Chee Keong, Muhammad Faizal A. Ghani & Zuraidah Abdullah. (2016). Amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) Di Sekolah Berprestasi Tinggi (Sbt) Malaysia: Sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Sarawak. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 3(1), 43-70.

Chua Yan Piaw. (2014). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.

Hussein Ahmad & Haneza Ab. Hamid. (2015). Pengurusan Pembangunan Konsep Perpaduan Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Satu Kajian Di Klang, Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan,2(4), 1-15.

Ibrahim Rosli (2016) Analisis konsep perpaduan kaum dalam novel terpilih Abdullah Hussain. Doctoral thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610

Mahzan Arshad, Abdul Jalil Othman & Nurfatimah Awang Da. (2011) Peranan kesusasteraan pelbagai budaya dalam pembentukan perpaduan kebangsaan di Malaysia. Masalah Pendidikan, 34,. 81-98.

Mohd Mahzan Awang, Noor Azam Abdul Rahman, Noraziah Mohd Amin & Abdul Razaq Ahmad (2015). Mesej Perpaduan dalam Buku Teks Bahasa Malaysia Tingkatan 4 & 5: Analisis Terhadap Peribahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5(1), 44-52.

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. (2015). Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia: Perspektif Media, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Parti Politik. Jurnal Hadhari, 7(1), 33-59.

Nurhamizah Hashim, Nur Yuhanis Mohd Nasir, Hashim Ismail, Eizah Mat Hussain & Nurul Syahidah Tahir. (2018). Resepsi Pelajar Terhadap Teks Komsas Jendela Menghadap Jalan. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 9, 1-15.

Suzana Sulaiman. (2013). Perpaduan Pelajar Pelbagai Etnik: Kehidupan Seharian Pelajar Program Diploma Tahun Dua, Sesi Pengajian 2012/2013, Universiti Malaysia Perlis. Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (hlm 1600-1605). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA

Weiner, M. 1965. Political integration and political development. Annual of American Academy of Political and Social Science, 358, 52-64.

Yong Hie Hie, Ku Hasnita Ku Sams u, Zatul Himm ah Adnan, Mohd Daud Awang & Adlina Ab Halim. (2018). Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan Kaum di Sekolah. Akademika, 88(2), 95-108.

Zamri Mahamod, and Nor Razah Lim, (2011) Kepelbagaian kaedah penyoalan lisan dalam pengajaranguru bahasa melayu: kaedah pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1). pp. 51-65.
Published
2019-12-24
How to Cite
Fong Peng, C., & Majelan, N. (2019). Pelaksanaan pendidikan perpaduan menerusi teks KOMSAS dalam kalangan pelajar tingkatan dua. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 10, 75-90. Retrieved from http://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/2764