Pengalaman Emosi Murid dalam Memahami Watak Cerpen Kesusasteraan Melayu Komunikatif: Aplikasi Pendekatan Mengalami dan Menghayati
DOI:
https://doi.org/10.37134/ejoss.vol11.2.10.2025Keywords:
pengalaman emosi, watak cerpen, Kesusasteraan Melayu Komunikatif, pendekatan mengalami dan menghayatiAbstract
Pengajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) menuntut pendekatan pedagogi yang bukan sahaja menekankan analisis teks, malah mampu membina penghayatan emosi dan empati murid terhadap karya sastera. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan meneliti pengalaman emosi murid dalam memahami watak cerpen KMK melalui aplikasi Pendekatan Mengalami dan Menghayati. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif berbentuk penyelidikan di bilik darjah dengan melibatkan seramai 25 orang murid Tingkatan 4 yang mengikuti mata pelajaran KMK. Instrumen kajian terdiri daripada pemerhatian berfokus, refleksi bertulis murid dan temu bual separa berstruktur. Data dianalisis secara tematik dengan sokongan analisis kekerapan respons yang dipersembahkan dalam bentuk graf. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengalaman emosi murid dapat dibahagikan kepada tiga tema utama, iaitu empati terhadap watak, kesedaran nilai kemanusiaan dan penghayatan makna karya. Kajian ini membuktikan bahawa Pendekatan Mengalami dan Menghayati berkesan dalam membantu murid memahami watak cerpen secara lebih mendalam, bermakna dan kontekstual. Implikasi kajian ini mencadangkan agar pendekatan ini dijadikan salah satu strategi utama dalam pengajaran KMK bagi membentuk murid yang berfikir, berempati dan menghargai nilai kemanusiaan melalui sastera.
Downloads
References
Abdul Halim Ali. (2006). Pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah: Kaedah dan pendekatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abd Khani, N. N., & Mohamed Arip, M. A. S. (2024). Kesan modul terapi diri berdasarkan CBT-H terhadap konsep kendiri dalam kalangan murid sekolah menengah. EDUCATUM Journal of Social Sciences, 10(2), 13–24. https://doi.org/10.37134/ejoss.vol10.2.2.2024
Braun, V., & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in Psychology, 3(2), 77–101.
Creswell, J. W., & Poth, C. N. (2018). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five approaches. Sage Publications.
Hamzah, N., Baharum, H., Wahid, A., & Zakaria, N. A. (2018). A study on student reflection towards teaching and learning of empathy in Malay literature. International Journal of Humanities, Philosophy and Language, 1(4), 73–84. https://www.researchgate.net/publication/331198850
Hamzah, N., Madzlan, N. A., Baharum, H., & Zakaria, N. (2020). Instilling empathy as a teaching and learning strategy in Malay literature. Test Engineering and Management, 83, 1558–1567. https://www.researchgate.net/publication/341508174
Hashim Awang. (1998). Teori dan kritikan sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Kesusasteraan Melayu Komunikatif Tingkatan 4 dan 5. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Lincoln, Y. S., & Guba, E. G. (1985). Naturalistic inquiry. Sage Publications.
Merriam, S. B., & Tisdell, E. J. (2016). Qualitative research: A guide to design and implementation (4th ed.). Jossey-Bass.
Probst, R. E. (1994). Reader-response theory and the English curriculum. Urbana, IL: National Council of Teachers of English.
Rahman Shaari. (2001). Kaedah pengajaran sastera di sekolah menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rosenblatt, L. M. (1978). The reader, the text, the poem: The transactional theory of the literary work. Carbondale: Southern Illinois University Press.
Rosenblatt, L. M. (1995). Literature as exploration. New York: Modern Language Association.
Wahid, A., & Hamzah, N. (2013). Kajian emosi dalam Kesusasteraan Melayu: Sumbangan kepada penghayatan falsafah pendidikan kebangsaan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Nur Athirah binti Ahmad, Nordiana binti Hamzah

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


