Sarjana Pendidikan Sains: Inovasi Akademik Pascasiswazah Berasaskan Nilai, Fleksibiliti, Stackable Yang Berimpak Tinggi dan Berteraskan Kompetensi
DOI:
https://doi.org/10.37134/ejoss.vol11.sp2.7.2025Keywords:
Blok, Stackable, Micro-credential, KompetensiAbstract
Program baharu Sarjana Pendidikan Sains direka bentuk sebagai satu program akademik yang dinamik bagi menyahut cabaran Revolusi Industri 5.0 dan keperluan Generasi Alpha dalam pendidikan tinggi. Justeru, fokus pembentangan ini adalah bagi mengetengahkan pendekatan inovatif dalam penggubalan program akademik yang mengintegrasikan Value-Based Education (VBE), Flexible Learning Pathway (FLP), Global Sustainability Agenda (GSA), yang dilaksanakan dalam bentuk Micro-credential Course (MC). Keunikan program ini terletak pada pelaksanaan pengajian secara blok yang lebih berfokus dan pembelajaran stackable berimpak tinggi bagi membolehkan pelajar mengikuti pembelajaran bermodul secara intensif, sistematik dan fleksibel. Selain itu, penerapan kompetensi profesional guru sains yang digabungjalin dalam program ini ditaksir secara berstruktur melalui pemetaan hasil pembelajaran terhadap standard kompetensi guru, dan dilaporkan secara rasmi untuk mengiktiraf kemajuan kompetensi individu guru. Kaedah pelaksanaan yang mengutamakan aspek pembelajaran antara disiplin, penggunaan teknologi imersif, serta kesepaduan prinsip kelestarian global dalam kandungan kurikulum program baharu ini seiring dengan keperluan menghadapi cabaran dunia VUCA-RR yang sangat dititikberatkan dalam pendidikan tinggi. Intipati pembentangan ini juga menyoroti bagaimana inovasi program ini memperkasa pelajar menjadi profesional guru sains yang celik teknologi, beretika global dan berwibawa dalam mendukung agenda kelestarian sejagat. Program ini diunjurkan sebagai model rintis pendidikan pascasiswazah stackable masa depan yang dinamik, responsif dan berorientasikan impak tinggi yang komprehensif dan fleksibel
Downloads
References
Dede, C. (2009). Immersive Interfaces for Engagement and Learning. Science, 323(5910), 66–69.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025.
Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015–2025.
Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. (2025). Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2025–2035.
Kerangka Kelayakan Malaysia (2017). Malaysian Qualification Framework. Second Edition.
Kerangka Kelayakan Malaysia (2023). Guideline for Good Practices (GGP): Micro-credentials.
Kerangka Kelayakan Malaysia (2023). Guideline for Good Practices (GGP): Program Design & Delivery.
Kerangka Kelayakan Malaysia (2023). Guideline for Good Practices (GGP): Assessment of Student Learning.
Kerangka Kelayakan Malaysia (2024). Education Programme Standard.
OECD. (2019). OECD Learning Compass 2030
OECD. (2020). Micro-credentialing in Higher Education: A Review of Challenges and Opportunities.
Shulman, L. S. (1986). Those who understand: Knowledge growth in teaching. Educational Researcher, 15(2), 4–14.
UNESCO. (2016). UNESCO Education 2030
UNESCO. (2021). Reimagining our Futures Together: A New Social Contract for Education.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Syakirah Samsudin, Nur Izwani Mohd. Shapri, Ahmad Muslihin Ahmad, Som Cit Si Nang

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


