Kompetensi Digital Guru Sebagai Teras Transformasi Pendidikan Abad Ke-21
DOI:
https://doi.org/10.37134/ejoss.vol12.sp2.4.2026Keywords:
Kompetensi digital guru, Model Rubach dan Lazarides, Dasar Pendidikan Digital, Pelan Pembangunan Pendidikan MalaysiaAbstract
Era digital telah mengubah ekosistem pendidikan global serta menuntut profesion keguruan untuk beradaptasi terhadap perubahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Dalam konteks Malaysia, pembangunan kompetensi digital dalam kalangan guru menjadi keperluan asas bagi memastikan keberkesanan pembelajaran dan pemudahcaraan, inovasi pedagogi dan pembelajaran abad ke-21 serta penggunaan ICT secara profesional. Pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital Kementerian Pendidikan Malaysia memperkukuh usaha negara dalam melahirkan pendidik yang berdaya digital, selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan Matlamat Pembangunan Lestari 4. Artikel ini menghuraikan konsep dan teori kompetensi digital guru berdasarkan Model Kepercayaan Kompetensi Asas ICT Guru oleh Rubach dan Lazarides yang menekankan enam elemen utama kompetensi digital. Selain itu, artikel ini mensintesiskan 10 kajian empirikal terkini iaitu lima di Malaysia dan lima antarabangsa bagi menilai perkembangan dan cabaran kompetensi digital guru. Berdasarkan analisis literatur, artikel ini mencadangkan satu model konseptual pembangunan guru digital yang sejajar dengan dasar pendidikan nasional dan agenda global. Artikel ini membawa implikasi yang ketara di peringkat antarabangsa dan nasional. Di peringkat global, ia menyelaraskan pembangunan kompetensi digital guru dengan piawaian UNESCO dan memperluaskan model kompetensi digital Rubach dan Lazarides. Ia juga menyediakan asas untuk perbandingan merentas negara yang mengukuhkan transformasi digital merentas sistem pendidikan. Di peringkat nasional, penemuan ini memberi panduan strategik kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melaksanakan pembangunan profesional yang berbeza di bawah Dasar Pendidikan Digital dan dalam memperkukuh peranan pengetua dalam memupuk budaya sekolah digital. Dapatan ini menyokong perancangan berpandukan data dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia serta memperkukuh usaha melahirkan guru mahir digital yang bersedia menghadapi cabaran masa depan.
Downloads
References
Abdullah, N. S., & Kadir, S. A. (2023). Relationship between principals’ digital leadership and teachers’ digital competency in Klang district secondary schools. Asian Journal of Vocational Education and Humanities, 4(2), 1-14.
Aydin, M. K., Yildirim, T., & Kus, M. (2024). Teachers’ digital competences: A scale construction and validation study. Frontiers in Psychology, 15, 1356573. https://doi.org/10.3389/fpsyg.2024.1356573
Althubyani, A. R. (2024). Digital competence of teachers and the factors affecting their competence level: A nationwide mixed-methods study. Sustainability, 16(7), 2796. https://doi.org/10.3390/su16072796
Baharuddin, M. F., Masrek, M. N., & Mohamed Shuhidan, S. (2023). Assessing the level of digital literacy among selected Malaysian school teachers. Journal of Information and Knowledge Management (JIKM), 2, 451-462.
Bandura, A. (2012). Self-efficacy: The exercise of control (12. print). Freeman.
Bowen, G. A. (2009). Document analysis as a qualitative research method. Qualitative Research Journal, 9(2), 27–40. https://doi.org/10.3316/QRJ0902027
Burić, I., & Kim, L. E. (2020). Teacher self-efficacy, instructional quality, and student motivational beliefs: An analysis using multilevel structural equation modeling. Learning and instruction, 66, 101302.
Eccles, J. S., & Wigfield, A. (2002). Motivational beliefs, values, and goals. Annual Review of Psychology, 53(1), 109–132. https://doi.org/10.1146/annurev.psych.53.100901.135153
European Commission. Joint Research Centre. (2017). European framework for the digital competence of educators: DigCompEdu. Publications Office. https://data.europa.eu/doi/10.2760/159770
Halim, M. A. B. A., Masdar, M. H. B., & Abdullah, E. M. B. E. (2023). Digital competency among educators in malaysia facing with fourth industrial revolution (IR4.0). Jurnal Al-Sirat, 23(2), 78–101. https://doi.org/10.64398/alsirat.v23i2.311
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2023). Dasar Pendidikan Digital 2023–2030. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025. Putrajaya: KPM.
Lachner, A., Fabian, A., Franke, U., Preiß, J., Jacob, L., Führer, C., & Thomas, P. (2021). Fostering pre-service teachers’ technological pedagogical content knowledge (TPACK): A quasi-experimental field study. Computers & Education, 174, 104304.
Lei, H., & Jiang, Z. (2025). Assessing the digital competence and its influencing factors among foreign language teachers in Chinese universities. Humanities and Social Sciences Communications, 12(1), 1-10.
Masoumi, D., & Noroozi, O. (2025). Developing early career teachers’ professional digital competence: A systematic literature review. European journal of teacher education, 48(3), 644-666.
OECD. (2024). Oecd economic surveys: Malaysia 2024 (Vol. 2024). OECD Publishing. https://doi.org/10.1787/e45ca31a-en
Omar, Muhd Khaizer, and Ikmal Rizal Mohmad. "Pedagogy, ICT skills, and online teaching readiness as factors on digital competency practices among secondary school teachers in Malaysia." Asian Journal of Vocational Education And Humanities 4.1 (2023): 1-9.
Rozali, M. Z., Go, C. H., Samshul, S. N. ., Ismail, A. ., & Zakaria, A. F. (2024). A New Digital Competence Framework for Primary School Design and Technology Teachers. Journal of Technical Education and Training, 16(2), 175-185. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/JTET/article/view/17198
Rubach, C., & Lazarides, R. (2021). Addressing 21st-century digital skills in schools – Development and validation of an instrument to measure teachers’ basic ICT competence beliefs. Computers in Human Behavior, 118, 106636. https://doi.org/10.1016/j.chb.2020.106636
Scherer, R., Siddiq, F., & Tondeur, J. (2020). All the same or different? Revisiting measures of teachers’ technology acceptance. Computers & Education, 143, 103656. https://doi.org/10.1016/j.compedu.2019.103656
Unesco ict competency framework for teachers: Version 3. (with Unesco). (2018). UNESCO.
Wigfield, A., Tonks, S., & Klauda, S. L. (2009). Expectancy-Value Th eory. In Handbook of motivation at school (pp. 69-90). Routledge.
Xin, Y., Tang, Y., & Mou, X. (2024). An empirical study on the evaluation and influencing factors of digital competence of Chinese teachers for TVET. PLoS One, 19(9), e0310187.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Zurinawati Hamzah, Dayang Rafidah Syariff M. Fuad

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


