Kesahan Kandungan Instrumen Kompetensi Pengajaran Guru Abad   Ke-21: Penilaian Kritis Menggunakan Content Validity Index (CVI)

Authors

  • Nor Aini Rahim Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia
  • Al Amin Mydin Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/ejoss.vol12.sp2.16.2026

Keywords:

Kompetensi Pengajaran Guru , Kesahan Instrumen, Kebolehpercayaan PAK21

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengesahkan kesahan instrumen yang diadaptasi untuk menilai kompetensi pengajaran guru abad ke-21 dalam konteks pendidikan sekolah rendah di Zon Utara Semenanjung Malaysia. Keperluan terhadap instrumen yang sahih semakin mendesak kerana penilaian sedia ada sering kali tidak menepati konteks tempatan serta kurang memberi tumpuan kepada keperluan sebenar guru dalam menghadapi cabaran pedagogi masa kini. Ketidaktepatan alat ukur sedia ada bukan sahaja menjejaskan kesahan dapatan penyelidikan, malah boleh mengaburkan pelaksanaan dasar pembangunan profesional guru. Oleh itu, pembangunan dan pengesahan instrumen yang mantap amat penting bagi memastikan setiap penilaian berasaskan bukti empirikal yang kukuh. Kajian ini melibatkan tujuh orang pakar pendidikan dalam proses penilaian Content Validity Index (CVI). Instrumen ini terdiri daripada empat dimensi utama, iaitu Kemahiran pemikiran Kritis, Kolaboratif, Komunikasi dan Kreatif dan Inovatif. Sebanyak tiga puluh empat item yang diambil daripada skala terdahulu telah dinilai secara bebas oleh tujuh pakar bidang; dua belas item telah digugurkan kerana kekurangan konsensus, menghasilkan set akhir sebanyak dua puluh dua item. Penilaian pakar menunjukkan tahap persetujuan yang tinggi pada peringkat item (kebanyakan item ≥ 1.00) pada peringkat skala bagi ke empat-empat dimensi. Dapatan ini menunjukkan liputan konstruk yang jelas, pengulangan minimum, dan kesesuaian kontekstual yang kukuh untuk digunakan di sekolah. Secara keseluruhannya, kajian ini menyumbang kepada kepelbagaian instrumen dalam kompetensi pengajaran guru abad ke-21 dan pengukuran yang sahih dan boleh dipercayai bagi menilai kompetensi pengajaran guru abad ke-21. Instrumen ini berpotensi digunakan secara meluas oleh penyelidik, pentadbir sekolah, serta pembuat dasar bagi menilai keberkesanan kompetensi pengajaran abad ke-21.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Almanasreh, E., Moles, R., & Chen, T. F. (2019). Evaluation of methods used for estimating content validity. Research in Social and Administrative Pharmacy, 15(2), 214–221. https://doi.org/10.1016/j.sapharm.2018.03.066

Ani, F., Md Yusoff, R., Akmal Damin, Z., & Rahman, R. (2021). Reka bentuk penyelidikan sains sosial (1st ed., Vol. 1). Penerbit UTHM.

Hixson, N. K., Ravitz, J., & Whisman, A. (2012). Extended Professional Development in Project-Based Learning - Impact on 21st Century Skills Teaching and Student Achievement. http://wvde.state.wv.us/

Jamali, M., AZMUDDIN, R. A., & CHAND, V. (2025). Online Communication And Collaboration Via Digital Discussion Forums: Impacts On 21st Century Skills And English Language Learning. Issues in Language Studies, 14(1), 19–36. https://doi.org/10.33736/ils.7442.2025

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Laporan Tahunan PPPM 2020.

Lynn, M. R. (1986). Determination and Quantification of Content Validity. Nursing Research, 35(6), 382–386.

Ng, L. C., Abdul Rahim, H., & Salamat, Z. (2020). Tahap amalan pembelajaran abad ke-21 (PAK21): satu kajian kes. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 33(1), 43–57.

Partono, P., Wardhani, H. N., Setyowati, N. I., Tsalitsa, A., & Putri, S. N. (2021). Strategi Meningkatkan Kompetensi 4C (Critical Thinking, Creativity, Communication, & Collaborative). Jurnal Penelitian Ilmu Pendidikan, 14(1). https://doi.org/10.21831/jpipfip.v14i1.35810

Polit, D. F., & Beck, C. T. (2006). The content validity index: Are you sure you know what’s being reported? Critique and recommendations. Research in Nursing and Health, 29(5), 489–497. https://doi.org/10.1002/nur.20147

Polit, D. F., Beck, C. T., & Owen, S. V. (2007). Focus on research methods: Is the CVI an acceptable indicator of content validity? Appraisal and recommendations. Research in Nursing and Health, 30(4), 459–467. https://doi.org/10.1002/nur.20199

Ravitz, J., Hixson, N., English, M., & Megendoller, J. (2012). Using project Based Learning to teach 21st century skills: Finding from a statewide initiative. Annual Meetings of the American Educational Research Association, 1–9.

Rubio, D. M., Berg-Weger, M., Tebb, S. S., Lee, E. S., & Rauch, S. (2003). Objectifying content validity: Conducting a content validity study in social work research. Social Work Research, 27(2), 94–104. https://doi.org/10.1093/swr/27.2.94

Sulaiman, J., & Ismail, S. N. (2020). Teacher Competence and 21st Century Skills in Transformation Schools 2025 (TS25). Universal Journal of Educational Research, 8(8), 3536–3544. https://doi.org/10.13189/ujer.2020.080829

Yahaya, M., Hanafiah, R., Zakaria, N. S., Osman, R., & Bahrin, K. A. (2019). Amalan pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru-guru sekolah rendah. Jurnal IPDA, 26, 13–26.

Yusoff, M. S. B. (2019). ABC of Content Validation and Content Validity Index Calculation. Education in Medicine Journal, 11(2), 49–54. https://doi.org/10.21315/eimj2019.11.2.6

Zamanzadeh, V., Ghahramanian, A., Rassouli, M., Abbaszadeh, A., Alavi-Majd, H., & Nikanfar, A.-R. (2015). Design and Implementation Content Validity Study: Development of an instrument for measuring Patient-Centered Communication. Journal of Caring Sciences, 4(2), 165–178. https://doi.org/10.15171/jcs.2015.017

Downloads

Published

2026-04-23

How to Cite

Rahim , N. A. ., & Mydin, A. A. (2026). Kesahan Kandungan Instrumen Kompetensi Pengajaran Guru Abad   Ke-21: Penilaian Kritis Menggunakan Content Validity Index (CVI). EDUCATUM Journal of Social Sciences, 12(Special Issue 2), 180-191. https://doi.org/10.37134/ejoss.vol12.sp2.16.2026