Penguasaan kemahiran membaca Bahasa Melayu murid bukan penutur jati di Bintulu, Sarawak
The proficiency of Malay Language in reading skills among non-native students at Bintulu, Sarawak
DOI:
https://doi.org/10.37134/ejoss.vol6.1.4.2020Keywords:
Kemahiran membaca, Bahasa Melayu, penguasaan, murid bukan penutur jati, Bintulu, asas pembacaan, tahap kefahaman, teks naratif, strategi pembelajaranAbstract
Kemahiran membaca merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu yang perlu dikuasai oleh setiap murid di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan kemahiran membaca Bahasa Melayu murid bukan penutur jati di Bintulu, Sarawak dengan memberikan fokus terhadap asas pembacaan Bahasa Melayu murid bukan penutur jati, tahap kefahaman membaca murid bukan penutur jati terhadap teks naratif dan strategi pengajaran yang dapat membantu murid bukan penutur jati untuk meningkatkan kemahiran membaca dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Responden kajian terdiri daripada 10 orang murid bukan penutur jati di salah sebuah sekolah menengah luar bandar yang terletak di Bintulu, Sarawak. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kaedah kajian kes. Pengutipan data menerusi kajian lapangan dengan menggunakan teknik temu bual dan teknik pemerhatian digunakan untuk proses mengutip data. Dapatan kajian menunjukkan terdapat masalah dalam diri murid bukan penutur jati ini untuk menguasai kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu, misalnya salah membunyikan huruf-huruf tertentu, tidak memahami petikan naratif yang diberikan dan tidak mengetahui kepentingan kemahiran membaca Bahasa Melayu. Tujuh daripada sepuluh responden kurang menguasai asas bacaan dengan baik manakala dua daripada sepuluh responden tidak memahami petikan naratif yang diberikan. Selain itu, tiga daripada sepuluh responden menunjukkan mereka tidak pasti tentang kepentingan kemahiran membaca terhadap diri mereka. Pendekatan pengajaran berpusatkan murid merupakan satu kaedah yang dilihat dapat membantu meningkatkan potensi murid-murid bukan penutur jati yang mengalami masalah dalam kemahiran membaca. Implikasi kajian menunjukkan bahawa guru bukan sahaja perlu mengajar murid agar mereka dapat menguasai teknik menjawab soalan peperiksaan dengan baik malah perlu mengajar murid berkaitan dengan kefahaman bacaan supaya mereka dapat memahami teks yang dibaca.
Abstract
Reading skills are the basic skills in Malay Language for all school children in Malaysia. The aim of this study is to identify the mastery of Malay Language reading skills among non-native students in Bintulu, Sarawak, with the focus on basic reading skills of Malay Language among non-native students towards narrative texts, and the teaching strategies which can improve the level of reading skills in Malay Language subject. The respondents in this research consist of 10 non-native students at one of the rural school areas in Bintulu, Sarawak. This is a case study which employs a qualitative approach. The data were collected using a field report with techniques of an interview and observation. The research findings showed that there were problems within the non-native students in mastering reading skills in Malay Language, for example, wrong pronunciations of certain words; could not understand the narrative text; and were not aware of the reading skills importance. Seven out of ten respondents could not master the basic reading skills well while two out of the ten respondents could not understand the narrative text given. Besides that, three out of ten respondent were not aware of the importance of reading skills to them. Student-centered learning is perceived as one of the ways to help enhance the potential of non-native students who have problems in reading skills. The implication of this study shows that the teacher should not only teach the students techniques on how to answer exam questions, but they need to teach students reading comprehension so that they can understand what they read.
Keywords: Reading skills; Malay Language; proficiency; non-native students; Malay Language; Bintulu; basic reading skills; level of understanding; narrative text; method to improve reading proficiency
Downloads
References
Abbas Pourhosein Gilakjani. (2016). How Can Students Improve Their Reading Comprehension Skill. Journal of Studies in Education, Vol. 6(2), 229-240.
Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1-12.
Chew Fong Peng. (2016). Masalah Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10-22.
Ilangko Subramaniam, Noorulafiza Abdul Muthalib & Siti Nor Hamahida Zaina (2013). Penggunaan Bahasa Ibunda Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Peribumi Di Sekolah Pedalaman Sarawak. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol 2, m/s 65-74.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Khairul Nizam bin Mohamed Zuki. (2017). Penerimaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua Dalam Kalangan Murid Berbangsa Bajau. International Journal of Humanities and Social Science Invention, 2319-7722.
Merriam, S. B., & Associates (2002). Qualitative research in practice: Examples for discussion and analysis. San Francisco, CA: Jossey-Bass.
Mohd Hafiz bin Mohamad Tarmizi. (2016). Tahap Kefahaman Membaca antara Murid Pasca LINUS dan Murid Arus Perdana. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Morgan Anak Indam. (2015). Peranan Sekolah Mempengaruhi Kemahiran Membaca Murid-murid Iban Tahap 1 di Sekolah Pedalaman Daerah Kapit, Sarawak. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020. (2015). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Sii Kiong Ming. (2014). Tahap Pencapaian Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur dalam Kalangan Pelajar di Sebuah Sekolah Menengah di Bintulu, Sarawak , Master Dissertation. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tay Meng Guat & Wong Shia Ho. (2016). Minat Pelajar Bukan Penutur Natif terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Penyelidikan IPGK, 53-63.
Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd