PELAKSANAAN KBAT DALAM PENTAKSIRAN FORMATIF BAGI SLOT TUNJANG KOMUNIKASI BAHASA MALAYSIA: KAJIAN KES

IMPLEMENTATION OF KBAT COMMUNICATION IN BAHASA MALAYSIA: CASE STUDY OF FORMATIVE ASSESSMENT PRACTICES

Authors

  • Suzana Abd Mutalib Jabatan Prasekolah, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
  • Mohammad Zeeree Kanreng Jabatan Bahasa, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

DOI:

https://doi.org/10.37134/jpak.vol6.1.2.2017

Keywords:

pentaksiran formatif, kemahiran berfikir aras tinggi, aktiviti pengajaran dan pembelajaran bilik darjah prasekolah, Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia, formastive assessment, higher order thinking skills, teaching and learning activities, Bahasa Malaysia Communicative

Abstract

Penggunaan aras dalam amalan pentaksiran formatif merupakan salah satu cara paling berkesan untuk melatih kemahiran berfikir dalam kalangan murid-murid. Hal ini kerana pentaksiran formatif berlaku setiap hari semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, membolehkan guru melatih murid ke arah kemahiran berfikir aras tinggi. Kajian ini melaporkan dapatan satu kajian kualitatif yang dijalankan untuk mengenal pasti penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam latihan, tugasan dan aktiviti pentaksiran formatif di dalam bilik darjah prasekolah. Dapatan kajian menunjukkan guru prasekolah melaksanakan latihan, tugasan, dan aktiviti meliputi pelbagai aras kemahiran berfikir. Pelaksanaan pelbagai aras kemahiran berfikir dalam latihan, tugasan dan aktiviti pentaksiran formatif memberi pendedahan kepada murid-murid prasekolah kepada pemikiran aras tinggi. Pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam amalan pentaksiran formatif berupaya memberikan pendedahan kepada murid-murid dari peringkat awal persekolahan lagi. Selain itu, pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi mampu melatih murid-murid prasekolah ke arah berfikiran kritis dan kreatif.

The use of different levels in formative assessment is an effective way to train pupils in thinking skills. Formative assessment occurs daily during the process of teaching and learning, enabling teachers to train pupils to develop higher order thinking skills. This paper reports the result of a qualitative study to identify the use of higher order thinking skills in exercises, tasks and formative assessment activities in a preschool classroom. The result of the study indicates that preschool teachers implemented exercises, tasks and activities which required multiple level thinking skills. The use of multiple level thinking skills in exercises, tasks and formative assessment activities provide preschool pupils with exposure to higher order thinking which is capable of training them towards creative and critical thinking.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2017-05-08

How to Cite

Abd Mutalib, S., & Kanreng, M. Z. (2017). PELAKSANAAN KBAT DALAM PENTAKSIRAN FORMATIF BAGI SLOT TUNJANG KOMUNIKASI BAHASA MALAYSIA: KAJIAN KES: IMPLEMENTATION OF KBAT COMMUNICATION IN BAHASA MALAYSIA: CASE STUDY OF FORMATIVE ASSESSMENT PRACTICES. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 6(1), 18–33. https://doi.org/10.37134/jpak.vol6.1.2.2017