Persepsi ibu bapa terhadap kaedah bermain dalam pembelajaran matematik awal kanak-kanak di rumah

Parent’s perception on playing method in early childhood mathematics at home

Authors

  • Maisarah Mohd Alim Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Syaza Hazwani Zaini Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/jpak.vol10.2.1.2021

Keywords:

persepsi ibu bapa, kaedah bermain, pembelajaran matematik awal, pendidikan awal kanak-kanak, parent’s perception, playing method, early mathematic learning, early childhood education

Abstract

Kajian lepas telah membuktikan bahawa pendekatan yang digunakan oleh ibu bapa dalam membantu pembelajaran matematik awal kanak-kanak di rumah tidak lagi berkesan seperti kaedah buku dan lembaran kerja serta menyebabkan kanak-kanak sukar untuk mempunyai kefahaman konsep yang baik serta pengaplikasian dalam kehidupan seharian. Lantaran itu, kajian ini perlu dijalankan untuk mengkaji persepsi ibu bapa terhadap kaedah bermain di rumah dalam pembelajaran matematik awal kanak-kanak. Objektif kajian ini adalah untuk; (i) mengukur tahap kepercayaan ibu bapa terhadap kaedah bermain dalam pembelajaran matematik awal di rumah; (ii) mengenal pasti kekangan ibu bapa dalam mengendalikan kaedah bermain dalam pembelajaran matematik awal di rumah; serta (iii) mengukur penglibatan ibu bapa terhadap kaedah bermain dalam pembelajaran matematik awal di rumah. Reka bentuk bagi kajian ini adalah kajian kuantitatif jenis tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik yang diedarkan kepada ibu bapa serta penganalisisan data menggunakan SPSS versi 26 untuk memperolehi dapatan kajian ini dan dianalisis secara deskriptif. Sampel kajian ini telah dijalankan bersama ibu bapa seramai 68 orang dari empat buah pusat tadika dan taska yang terletak di kawasan Durian Tunggal, Melaka. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan ibu bapa sememangnya mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap kaedah bermain dalam pembelajaran matematik awal dengan skor min 4.20. Selanjutnya, skor min 2.76 membuktikan bahawa ibu bapa juga tidak mempunyai kekangan yang signifikan dalam mengendalikan aktiviti bermain dalam pembelajaran matematik awal di rumah. Namun, tahap penglibatan ibu bapa tidak begitu memberangsangkan dalam mengendalikan aktiviti bermain matematik di rumah bersama anak mereka dengan skor min sebanyak 3.66. Kesimpulannya, ibu bapa pada zaman sekarang sudah peka dan mengambil berat tentang trend mendidik anak mengikut kesesuaian dan sistem pendidikan terkini. Malahan, ibu bapa memadangkan aktiviti bermain dalam pembelajaran sebagai satu pendekatan yang mampu membina potensi dalam perkembangan kanak-kanak. Kajian ini menyarankan agar penglibatan ibu bapa dalam aktiviti bermain terhadap pembelajaran matematik awal kanak-kanak di rumah perlu ditingkatkan termasuklah juga campur tangan daripada guru, penggubal dasar dan pihak bertangungjawab yang terlibat dalam bidang awal kanak-kanak perlu berganding bahu untuk meningkatkan lagi kualiti dan kemenjadian kanak-kanak dalam pembelajaran matematik di peringkat prasekolah.

Past studies have proven that the approach used by parents in helping early childhood learning at home is no longer effective and encouraging, such as book and worksheets method as well as causing difficulities to have a clear understanding of concepts and applications in everyday life. Therefore, this study should be carried out to study parents' perception of playing at home in early childhood mathematics learning. The objective of this study is to; (i) identify the level of parent’s belief parents towards the method of playing in early mathematics learning at home; (ii) identify constraints in the method of playing in early childhood learning at home; and (iii) measure parents' involvement in the method of playing in early childhood mathematics learning at home. The design of this study is quantitative method of survey by using questionnaires which were distributed to parents. The data obtained are analysis through SPSS version 26 and analyzed descriptively. The sample of this study was carried out with parents of 68 people from four kindergarten and childcare centres, located in the Durian Tunggal, Melaka. Overall, the findings of this study found that parents have a belief on playing method in early mathematics learning with score mean 4.20 and parents have no significant constraints with score mean 2.76 in carry out their playing activities at home. However, the level of parent’s involvement is not very encouraging in handling mathematical activities at home with their children, which is at 3.66 mean score. In conclusion, parents nowadays are sensitive and concerned about the trend of educating children according to the suitability and education system. In fact, parents are looking forward at playing in learning as an approach capable of building potential in children's development. This study suggested that parents' involvement in playing activities towards early childhood learning should be improved with helps from teachers, policymakers and responsible parties involved in early childhood should work together to improve the quality and incidence of children in preschool learning.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Halim Masnan. (2016). Hubungkait kemahiran penggunaan komputer dengan perisian multimedia ke atas pembelajaran matematik kanak-kanak prasekolah. August.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Kuala Lumpur.

Cheeseman, J. C. (2019). Young children are natural inquirers: Posing and solving mathematical problems. Waikato Journal of Education, 24(2), 11–22.

Fauziah Hanim Jalal, Harun, Fairuz Ain Harun, Noraini Ismail, & Nazariah Abd Samad. (2014). Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak di Pusat Anak Permata Negara. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 3, 36 - 61.

Fenton, A., MacDonald, A., & McFarland, L. (2016). A strengths approach to supporting early mathematics learning in family contexts. Australasian Journal of Early Childhood, 41(1), 45–53.

Hart, S. A., Ganley, C. M., & Purpura, D. J. (2016). Understanding the home math environment and its role in predicting parent report of children’s math skills. 1–30.

Jaslinah Makantal. (2014). Perkembangan kemahiran sosial kanak-kanak melalui bermain. 82–101.

Jay, T., Rose, J., & Simmons, B. (2018). Why is parental involvement in children’s mathematics learning hard? Parental perspectives on their role supporting children’s learning. SAGE Open, 8(2), 1–13.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017). Penulis.

Lin, X., & Li, H. (2018). Parents’ play beliefs and engagement in young children’s play at home. European Early Childhood Education Research Journal, 26(2), 161–176.

Malaysia Education Blueprint 2013 - 2025. (2013).

Missall, K. N., Hojnoski, R. L., & Moreano, G. (2017). Parent–child mathematical interactions: Examining self-report and direct observation. Early Child Development and Care, 187(12), 1896–1908.

Nachiappan, S., Edward Munovah, R. M., Abdullah, N., & Suffian, S. (2017). Perkembangan kognisi dalam kanak-kanak prasekolah melalui teknik bermain. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 6(1), 34–44.

Norly Jamil (2015). Pemahaman guru pendidikan awal kanak-kanak terhadap konsep awal matematik. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 4, 64-80.

Newman, N., Northcutt, A., Farmer, A., & Black, B. (2019). Epstein’s Model of parental involvement: Parent perceptions in urban schools. Language Teaching and Educational Research, 2(2), 81–100.

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan Malaysia. Mc Graw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd.

Paedah Abd Halim. (2011). Kepentingan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak di prasekolah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ramlah Jantan (2016). Faedah bermain dalam perkembangan kanak-kanak prasekolah (4-6 tahun). Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris, December 2013.

Rizalina Mat Radzi. (2014). Peranan guru dan ibu bapa merangsang perkembangan sosio emosi kanak-kanak.

Shin, C., & Bacotang, J. (2019). Kesan kaedah mengajar terhadap pencapaian awal matematik dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 8, 8–16.

Zainiah Mohamed Isa. (2017). Modul Literasi: Penglibatan ibu bapa bagi mempertingkatkan pencapaian literasi. Jurnal Bahasa Dan Sastera Melayu, 241–259.

Downloads

Published

2021-05-03

How to Cite

Mohd Alim, M., & Zaini, S. H. (2021). Persepsi ibu bapa terhadap kaedah bermain dalam pembelajaran matematik awal kanak-kanak di rumah: Parent’s perception on playing method in early childhood mathematics at home. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 10(2), 1–15. https://doi.org/10.37134/jpak.vol10.2.1.2021