Pembangunan Mesin CNC Router Kos Rendah Dengan Ketepatan Tinggi Untuk Aplikasi Pendidikan TVET
DOI:
https://doi.org/10.37134/bitara.vol19.sp.10.2026Keywords:
CNC Router, TVET, Ketepatan Pemotongan, DSP A11, Kos RendahAbstract
Kajian ini membentangkan pembangunan mesin CNC Router kos rendah yang direka khusus untuk memenuhi keperluan latihan teknikal di institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Masalah utama yang dikenal pasti ialah kebanyakan mesin CNC di politeknik sudah usang, sukar diselenggara dan tidak lagi serasi dengan perisian moden seperti Fusion 360 atau MasterCAM, sekali gus menjejaskan latihan praktikal pelajar. Bagi menangani isu ini, sebuah mesin CNC Router berskala pendidikan telah direka bentuk dan dibangunkan dengan kos keseluruhan di bawah RM15,000. Mesin yang dibangunkan secara modular ini menggunakan kombinasi sistem stepper motor, lead screw, mekanisma rack dan pinion gear, serta sistem kawalan DSP A11. Mesin ini mempunyai keupayaan untuk melaksanakan tiga operasi utama iaitu meraut (milling), mengukir (engraving) dan memotong (cutting), dengan saiz meja kerja 8 kaki panjang dan 4 kaki lebar. Pengujian dilakukan menggunakan bahan kerja PVC Foam Board bagi menilai ketepatan pemotongan bentuk segi empat dan bulat. Keputusan menunjukkan ketepatan minimum pemotongan sebanyak 99.4% bagi bentuk segi empat dan 99.8% bagi bentuk bulat, menandakan kestabilan serta konsistensi prestasi mesin. Sistem kawalan yang mesra guna menjadikan mesin ini sesuai digunakan sebagai alat bantu mengajar (ABM) bagi memperkukuh pembelajaran berasaskan projek serta pemahaman konsep kod-G, koordinat paksi dan kadar pemotongan. Kajian ini membuktikan bahawa pembangunan mesin CNC Router kos rendah dapat menjadi alternatif praktikal bagi institusi TVET, bukan sahaja menjimatkan kos perolehan tetapi juga meningkatkan kecekapan latihan berasaskan kemahiran sebenar selaras dengan keperluan Revolusi Industri 4.0.
Downloads
References
AccTek CNC. (2024). CNC router stepper motor vs servo motor: Comprehensive guide. https://www.acctekcnc.com/news/CNC-Router-Stepper-Motor-VS-Servo-Motor.html
Adam, et al. (2021). Development of a novel open platform controller machining module for 3-axis CNC milling machine. In Lecture Notes in Electrical Engineering.
Akash, R. K. (2025). Comparative analysis of control strategies for position regulation in DC servo motors. https://doi.org/10.48550/arXiv.2501.11820
Ginting, et al. (2017). Implementation 3-axis CNC router for small scale industry. International Journal of Applied Engineering Research, 12(17), 6553–6558. http://www.ripublication.com
Li, Z.-j., Zhao, C.-y., & Lu, Z.-c. (2020). Thermal error modeling method for ball screw feed system of CNC machine tools in X-axis. The International Journal of Advanced Manufacturing Technology, 106(2), 5383–5392. https://doi.org/10.1007/s00170-019-04829-y
Li, Z.-j., et al. (2022). Accuracy decay mechanism of ball screw in CNC machine tools for mixed sliding-rolling motion under non-constant operating conditions. International Journal of Advanced Manufacturing Technology, 124, 4349–4363. https://doi.org/10.1007/s00170-022-09381-0
Patel, P. N., Pavagadhi, S. D., & Acharya, S. G. (2019). Design and development of portable 3-axis CNC router machine. International Research Journal of Engineering and Technology (IRJET), 6(3), 2395–0072. http://www.irjet.net
Roswaldi, et al. (2019). Implementasi mini CNC router 3 axis untuk pembuatan huruf dan gambar berbasis GRBL 3.6.1. Proceeding Seminar Nasional Politeknik Negeri Lhokseumawe, 3(1), Oktober 2019. ISSN: 2598-3954.
Thakur, et al. (2023). Design and fabrication of low-cost mini CNC milling machine. International Research Journal of Modernization in Engineering Technology and Science, 5(4). http://www.irjmets.com/
Veeramony, & Zahid. (2022). A customizable controller for 3-axis modular CNC machine. Journal of Modern Mechanical and Software Technology (JMMST).
Wang, X., Zhang, D., & Zhang, Z. (2023). A review of dynamics design methods for high-speed and high-precision CNC machine tool feed systems. https://doi.org/10.48550/arXiv.2307.03440
Xu, K., Li, N., Lin, J., & He, C. (2011, August). Development of linear servo control system for CNC machine tool based on DSP. In Proceedings of the 2011 International Conference on Mechatronics and Control Engineering (MEC). IEEE. https://doi.org/10.1109/MEC.2011.6025387
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Mohd Nasaei Shahid Othman, Muhammad Redzuan Che Noordin, Maizul Afzairizal Mohd Adnan

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


