Keberkesanan Modul Ekspres Bantu Sejarahku dalam memperkukuh Literasi Sejarah Murid SJK melalui Bimbingan SISC+

Authors

  • Suraiya binti Haji Osman Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak, Jalan Maharajalela, 36000 Teluk Intan, Perak, Malaysia
  • Kavitha A/P Ratnam Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak, Jalan Maharajalela, 36000 Teluk Intan, Perak, Malaysia
  • Mohd Hasri bin Hassan Pejabat Pentadbiran Agama Islam Hilir Perak, Jalan Raja Muda Musa, 36000 Teluk Intan, Perak, Malaysia
  • W. Norazila binti Abdul Rahman Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak, Jalan Maharajalela, 36000 Teluk Intan, Perak, Malaysia
  • Padli bin Abdul Rahman Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak, Jalan Maharajalela, 36000 Teluk Intan, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/bitara.vol19.1.15.2026

Keywords:

Kajian tindakan, Modul Ekspres Bantu Sejarahku, SISC+, Sejarah SPM, intervensi pendidikan

Abstract

Kajian tindakan ini bertujuan menilai keberkesanan penggunaan Modul Ekspres Bantu Sejarahku dalam meningkatkan penguasaan kosa kata, istilah, dan konsep asas Sejarah dalam kalangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC dan SJKT). Kajian dilaksanakan di 20 buah sekolah di daerah Hilir Perak, dengan melibatkan murid Tahun 4 hingga Tahun 6 yang dikenal pasti berisiko menghadapi cabaran penguasaan Sejarah di peringkat menengah. Reka bentuk kajian ini menggunakan model Kemmis dan McTaggart (1988) yang berasaskan kitaran tindakan reflektif: merancang, bertindak, memerhati, dan merefleksi. Instrumen kajian melibatkan ujian pra dan pasca, pemerhatian kelas, serta refleksi guru. Hasil kajian menunjukkan peningkatan ketara skor purata murid daripada 42% (pra ujian) kepada 78% (pasca ujian). Murid yang mengikuti intervensi lebih bersedia apabila memasuki Tingkatan 1 kerana telah terbiasa dengan istilah Sejarah dalam Bahasa Melayu. Guru Sejarah melaporkan peningkatan keyakinan murid untuk menjawab soalan peperiksaan serta pengurangan masalah pemahaman istilah Sejarah. Dapatan ini membuktikan bahawa Modul Ekspres Bantu Sejarahku berkesan sebagai intervensi awal untuk mengatasi cabaran bahasa pengantar, sekali gus menyumbang kepada peningkatan kelulusan Sejarah SPM di daerah Hilir Perak. Kajian ini mencadangkan agar modul ini diperluas penggunaannya ke sekolah jenis kebangsaan di daerah lain bagi menyokong penguasaan Sejarah secara bersepadu.

This action research aims to evaluate the effectiveness of the Express Aid to MyHistory in enhancing vocabulary mastery, historical terminology, and fundamental concepts among pupils in national-type schools (SJKC and SJKT). The study was conducted in 20 schools in Hilir Perak, involving Year 4 to Year 6 pupils identified as being at risk of facing challenges in History learning at the secondary level. The research employed the Kemmis and McTaggart (1988) action research model, which involves a cyclical process of planning, acting, observing, and reflecting. Data collection instruments included pre- and post-tests, classroom observations, and teacher reflections. Findings revealed a significant improvement in average scores from 42% (pre-test) to 78% (post-test). Pupils exposed to the intervention entered Form 1 better prepared, as they were already familiar with historical terms in Malay. Teachers reported increased student confidence in answering examination questions and reduced issues with understanding historical terminology. These findings demonstrate that the Express Aid to MyHistory is an effective early intervention to address challenges related to the medium of instruction, contributing to improved SPM History pass rates in Hilir Perak. The study recommends that the module be expanded to other national-type schools to support integrated History mastery.

Keywords: Action research, Express Aid to MyHistory, SISC+, SPM History, educational intervention.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Hashim, N. (2021). Coaching and mentoring in improving teachers’ pedagogical practice: A case study of SISC+. Journal of Educational Leadership, 9(2), 45–57.

Ismail, A., & Nair, S. (2019). Challenges of learning history among vernacular school students. Malaysian Journal of Education, 44(1), 67–80.

Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988). The Action Research Planner. Deakin University.

Lee, C. H. (2022). Structured vocabulary intervention and its impact on historical literacy. Asia Pacific Journal of Language in Education, 14(3), 121–139.

Rahman, H., & Abdullah, M. (2021). Early intervention in vocabulary enrichment for academic success. International Journal of Pedagogical Studies, 7(4), 89–104.

Snow, C. E., & Matthews, T. J. (2016). Reading and language in the early grades. The Future of Children, 26(2), 57–74.

Tan, L. Y. (2020). Language transition and academic performance in Malaysian secondary schools. Journal of Language and Education, 12(2), 34–50.

Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society: The development of higher psychological processes. Harvard University Press.

Published

2025-05-25

How to Cite

Osman, S., Ratnam, K., Hassan, M. H., Abdul Rahman, W., & bin Abdul Rahman, P. (2025). Keberkesanan Modul Ekspres Bantu Sejarahku dalam memperkukuh Literasi Sejarah Murid SJK melalui Bimbingan SISC+. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 19(1), 170-176. https://doi.org/10.37134/bitara.vol19.1.15.2026

Most read articles by the same author(s)