Garis panduan guru: Pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Berpandukan kanak-kanak autisma
DOI:
https://doi.org/10.37134/bitara.vol13.1.5.2020Keywords:
Garis panduan, Masalah tingkah laku, Agresif, Zikir, TADIKA Berkonsep IslamAbstract
Jenayah dalam kalangan kanak-kanak patut dipandang serius kerana terdapat banyak laporan akhbar menunjukkan kanak-kanak di Malaysia sudah mula terjebak dalam jenayah-jenayah esktrem. Kajian ini bertujuan untuk menguji kebolehgunaan elemen-elemen amalan zikir yang telah dibangunkan dalam Garis Panduan Guru terhadap kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun yang bermasalah tingkah laku agresif di sebuah TADIKA berkonsep Islam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Dua fasa yang terlibat dalam kajian ini adalah Fasa analisis keperluan dan pembangunan garis panduan guru (Fasa I) dan Fasa penilaian garis panduan guru (Fasa II). Kajian berbentuk kajian kes ini menggunakan kaedah penyelidikan berbentuk kualitatif dan 12 orang responden yang terdiri daripada enam orang guru dan enam orang ibu terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis dokumen, pemerhatian, senarai semak kanak-kanak agresif dan set soalan temu bual. Hasil temu bual bersama responden dalam Fasa I telah dapat membangunkan Elemen Pelaksanaan Amalan Zikir untuk Kanak-kanak serta Elemen Pelaksanaan Amalan Zikir untuk Guru (Surah-surah) dan (Asmaul Husna). Hasil temu bual dalam Fasa II menunjukkan responden telah dapat melaksanakan amalan-amalan zikir yang terdiri daripada bacaan surah-surah seperti al-Fatihah, al-Ikhlas, al-Insyirah dan selawat nabi serta beberapa kalimah Asmaul husna bagi mengawal tingkah laku agresif kanak-kanak. Manakala kanak-kanak yang dibimbing guru untuk melakukan amalan-amalan zikir seperti bertahmid, bertakbir, bertahlil, berselawat, beristighfar dan bertasbih telah dapat mengawal tingkah laku beremosi untuk menjadi lebih terkawal. Kesimpulannya, Garis Panduan Guru ini membantu mengawal tingkah laku agresif kanak-kanak di TADIKA ini supaya menjadi lebih terkawal. Implikasi kajian ini adalah kerjasama yang lebih erat diperlukan oleh guru dan ibu bapa bagi melaksanakan amalan zikir ini di TADIKA serta rumah supaya tingkah laku agresif kanak-kanak dapat dikawal.
Downloads
References
Badariah Sani (2017). A Narrative Inquiry On Malaysian Parents’ and Caregivers’ Experiences in Detecting Autism, Seeking Interventions, Challenges and Adaptions. Selangor: International Islamic University Malaysia
Badariah Sani, Muhmad Wan Chik, Nadia Raslee & Mastura Badzis. (2017). A Narrative Inquiry of Malaysian Parents’ and Caregivers’ Experiences in Detecting Autism and Providing Interventions. Journal of Applied
Environmental and Biological Sciences
Bernama. (2019). Pelajar Mula Berjinak Jenayah Ekstrem. Diperoleh pada Februari 24, 2019 daripada https://www.sinarharian.com.my/article/11869
Derman, M. T. (2017). Early Childhood Education Teacher’s Strategies Use in Order to Prevent Aggressive Behaviors in Classes: The Case of Turkey. Diperoleh pada Februari 25, 2019 daripada https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ114754.pdf
DiPierro, M. A. & Brown, S. M. A. (2016). Managing Negative Behaviour in Children and Adolescents. Lawrence: University of Kansas
Finger, B., Jobin, A., Bernstein, V.J. & Hans, S. (2017). Parenting Contributors to Early Emerging Problem Behaviour in Children of Mothers in Methadone Maintenance Treatment. JohnWiley & Sons, Ltd
Idayu Idris. (2017). Emotional and Behavioural Problems Among Children: Issues and Trends in Malaysia. International Journal of Public Health Research Vol 7 No 2 2017
Mastura Badzis. (2016). Tingkah Laku Esktrem Petunjuk Masalah. Berita Harian Online. Diperoleh pada Februari 24, 2019 daripada https://www.bharian.com.my/node/224179
Mohamad Fuzi. (2016). 8 Kanak-kanak Malaysia Terjebak IS. Diperoleh pada Februari 24, 2019 daripada https://www.bharian.com.my/node/113656
Mohd. Lazim Endut. (2018). Gejala LGBT di Terengganu Membimbangkan. Diperoleh pada Februari 24, 2019 daripada http://www.utusan.com.my/berita/nasional/gejala-lgbt-di-terengganu-membimbangkan-1.775566
Mukhamad Yasin (2015). The Concept of Dhikr According to Al-Ghazali and It’s Psychology Benefits. Semarang; State Institute of Islamic Studies (IAIN)
Rozali Senik & Nubli Wahab (2015). A Pilot Study of The Effect of Zikir on The Performance Psychology Using Heart Rate Variability (HRV). Gambang; Universiti Malaysia Pahang
Salmihah Mud, Fariza Sham, Manisah Ali & Zuliza Kusrin (2018). Kepentingan Pengajaran Al-Quran Untuk Perkembangan Psikologi Anak-anak Autisma. International Journal for Studies on Children, Women, Elderly And Disabled.Vol 4
Suffian Bakar (2017). Kadar Jenayah Juvana di Malaysia Terkawal. Diperoleh pada Februari 24, 2019 daripada http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/kadar-jenayah-juvana-di-malaysia-terkawal-1.501157
Walumoli, A. L. (2016). Influence of 5-8 Year Old Children’s Aggressive Behaviours On Their Educational Progress in Mwingi Central District, Kitui Couty Kenya. Kenyata University; Kenya
Zanariah Isa & Kamarul Mat Teh (2017). Tahap Penyesuaian Tingkah Laku Kanak-kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu. Malaysian Online Journal of Education Vol. 1, No.1 (2017), 36-44
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2020 UPSI Press
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.