Analisis 200 Kosa Kata Bahasa Melayu Tinggi dalam Buku Bahasa Melayu Tinggi terpilih
DOI:
https://doi.org/10.37134/bitara.vol17.1.1.2024Keywords:
Kosa kata, bahasa Melayu tinggi, tatabahasa, keintelektualanAbstract
Kajian ini merupakan kajian yang berkaitan dengan analisis 200 kosa kata bahasa Melayu tinggi dalam buku bahasa Melayu tinggi terpilih. Bahasa Melayu tinggi merupakan bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang teknikal dan maju serta berfungsi sebagai sarana budaya tinggi (Nik Safiah Karim, 1986: 7). Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti 200 kosa kata bahasa Melayu tinggi dalam buku bahasa Melayu tinggi terpilih disamping menghuraikan justifikasi pemilihan 200 kosa kata bahasa Melayu tinggi yang disenaraikan dan membandingkan antara kosa kata bahasa Melayu tinggi dengan kosa kata bahasa Melayu rendah. Reka bentuk kajian ini ialah kualitatif, iaitu kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan untuk mendapatkan data berkaitan kosa kata bahasa Melayu tinggi. Kajian ini melibatkan lima orang guru bahasa Melayu sekolah menengah di Kajang, Selangor. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa 200 kosa kata yang disenaraikan merupakan kosa kata bahasa Melayu tinggi yang menepati ciri-ciri bahasa Melayu tinggi. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa Melayu tinggi merupakan bahasa yang mematuhi peraturan tatabahasa dan merupakan bahasa yang rapi. Jelaslah bahawa, kosa kata bahasa Melayu tinggi ini merupakan kosa kata dalam bahasa ilmu yang dapat melambangkan keintelektualan individu yang menggunakannya.
Downloads
References
Abdul Hamid Mahmood. (2000). Menguasai bahasa Melayu tinggi. Kuala Lumpur: Universiti Putra Malaysia.
Abdullah Hassan. (2023). Bahasa Melayu tinggi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. (1940). Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. (1993). Bahasa dalam pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Atika Hassan, Duli Kamit & Evelyn Bangkang Jawi. (2021). Faktor-faktor yang mempengaruhi pertukaran kod dalam pengajaran guru bahasa Melayu sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(1), 40-56. Diperoleh daripada https://journalarticle.ukm.my/16762/1/254-488-1-SM.pdf.
Berita Harian. (2016). Bahasa Melayu dipinggirkan bangsa sendiri. Diperoleh daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/09/189597/bahasa-melayu-dipinggirkan-bangsa-sendiri.
Berita Harian. (2022). UA, ahli akademik tak boleh culas martabat bahasa Melayu tinggi. Diperoleh daripada https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2022/10/1008402/ua-ahli-akademik-tak-boleh-culas-martabat-bahasa-melayu-tinggi.
Berita Harian. (2023). Rakyat Malaysia habiskan hampir tiga jam sehari guna media sosial. Diperoleh daripada https://www.bharian.com.my/bisnes/teknologi/2023/02/1062957/rakyat-malaysia-habiskan-hampir-tiga-jam-sehari-guna-media-sosial.
Faizah Abdul Rashid. (2022). Cabaran belajar subjek bahasa Melayu dalam kalangan pelajar bukan bumiputera di Sarawak. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 15(2), 13-22. Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPB/article/view/7598/4312.
Julaina Nopiah & Noratikah Lawi. (2023). Bahasa Slanga dalam kalangan masyarakat di media sosial: Pendekatan semantik inkuisitif. Jurnal Linguistik, 27(2), 43-59. Diperoleh daripada https://plm.org.my/wp-content/uploads/2023/12/4.-Bahasa-Slanga-dalam-kalangan-Masyarakat-di-Media-Sosial-Pendekatan-Semantik-Inkuisitif.pdf.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2023). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Rashid Md Idris. Memartabatkan bahasa Melayu melalui Pendidikan dan mendepani cabaran globalisasi. Malaysian Journal of Youth Studies, 8, 209-224. Diperoleh daripada https://iyres.gov.my/images/MJYS/2013/MJYS%20Vol%208%20June%202013-209-224.pdf.
Nik Safiah Karim. (1986). Bahasa Melayu tinggi teori dan penerapan. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.
Norfisah Mat Rabi. (2020). Penulisan Proposal Penyelidikan Ilmiah. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Noorhidayah Abu Hasim, Nurul Huda Adnan, Nuratiqah Suhaini & Nor Izzuani Izhar. (2019). Pengaruh persekitaran dalam penguasaan kosa kata pelajar KUIM. The 1st International Language, Culture and Education Conference 2019. Diperoleh daripada https://www.researchgate.net/publication/337438804_PENGARUH_PERSEKITARAN_DALAM_PENGUASAAN_KOSA_KATA_PELAJAR_KUIM.
Sinar Harian. (2020). Martabatkan bahasa Melayu tinggi. Diperoleh daripada https://www.sinarharian.com.my/article/111327/khas/pendapat/martabatkan-bahasa-melayu-tinggi.
Universiti Malaysia Sabah. (2020). Akta Pendidikan 1996. Diperoleh daripada https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&opi=89978449&url=https://www.ums.edu.my/ppuu/images/AKTA_PENDIDIKAN_1996_AKTA_550.pdf&ved=2ahUKEwiqxL3954eEAxWByjgGHRXZAg4QFnoECAQQAQ&usg=AOvVaw1q1Te2TDF3Wc4DZLx5_Ouq.
Utusan Malaysia. (2021). Bahasa slanga cemar imej bahasa Melayu. Diperoleh daripada https://www.utusan.com.my/nasional/2021/05/bahasa-slanga-cemar-imej-bahasa-melayu/.
Utusan Malaysia. (2022). Sakit hati bahasa Melayu masih terpinggir. Diperoleh daripada https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2022/03/sakit-hati-bahasa-melayu-masih-terpinggir/.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Nornabilah Md Daud, Mohamad Rozi Kasim
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.