Hubungan antara konsep kendiri dan sokongan ibu bapa terhadap pencapaian akademik pelajar, Kolej Vokasional Langkawi
DOI:
https://doi.org/10.37134/bitara.vol17.1.7.2025Keywords:
Hubungan, Kendiri, Sokongan, PencapaianAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara konsep kendiri dan sokongan ibu bapa terhadap pencapaian akademik pelajar dalam Program Seni Kulinari di Kolej Vokasional Langkawi. Menggunakan pendekatan kuantitatif, statistik deskriptif dan korelasi untuk menganalisis data. Sampel kajian ini melibatkan 48 orang pelajar yang dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak berstrata. Soal selidik yang digunakan terdiri daripada 31 item yang mengukur konsep kendiri, sokongan ibu bapa dan pencapaian akademik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 68.8% pelajar menunjukkan minat tinggi terhadap kursus dengan 60.4% pelajar lelaki dan 39.6% pelajar perempuan. Analisis ini menunjukkan hubungan positif antara konsep kendiri dan sokongan ibu bapa dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian ini memberi kesan kepada pelajar untuk melihat tahap minat pelajar, motivasi dan persekitaran belajar yang kondusif dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Kajian ini menekankan peranan penting ibu bapa dan institusi pendidikan dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar melalui sokongan dan pengembangan konsep kendiri yang positif.
Downloads
References
Abdul Rahman, S. N. (2017). Pendekatan Gamification Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Terhadap Murid Tingkatan Dua Bagi Topik Ungkapan Algebra [Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia].
Anwar, N. F. (2013, Januari). Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Aliran Vokasional. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional.
Azizi Yahaya. (2005). Psikologi Kognitif. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Aunillah, & Udin, M. (2021). Buku Ajar Statistik Pendidmasyarakat. Sidoarjo: UMSIDA Press.
Beharu, W. T. (2018). Psychological factors affecting students’ academic performance among freshman psychology students in Dire Dawa University. Journal of Education and Practice, 9(4), 59-65.
Dahri, M. (2020). Jenis Variabel dan Skala Pengukuran, Perbedaan Statistik Deskriptif sosiologi dan Inferensial dan Statistik Parametrik dan NonParametrik.
Ismail, A., & Hassan, R. (2013). Issues and Challenges of Technical and Vocational Education & Training in Malaysia for Knowledge Worker Driven. Dalam National Conference on Engineering Technology 2013 (ms. 1-11). Johor: ResearchGate.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample saiz for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610. https://home.kku.ac.th/sompong/guest_speaker/KrejcieandMorgan_article.pdf
Laman sesawang BPLTV. (2023). Senarai Program Seni Kulinari. Kolej Vokasional. Bahagian Pendidikan Latihan Teknikal Vokasional. Kementerian Pendidikan Malaysia. https://bpltv.moe.gov.my/kv-smt/
Mairin Gosman, Mohamad Nizam Nazarudin, Zakiah Noordin, Azmain Saharin & Siti Rozana Saili. (2020). Hubungan penglibatan ibu bapa dan peranan guru dengan pencapaian akademik pelajar sekolah. International Research Journal of Education and Sciences, 4(1), 1-12.
Mariani, O., & Muhammad, Z. A. R. (2023). Tekanan, Motivasi dan Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah.
Maslow, A. H. (1943). A theory of human motivation. Psychological Review, 50, 843-853.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Mohamad Shamim Mohd Shukri, HISHAMUDDIN AHMAD

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


